ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BAVARIA DAN MIDA MELANCARKAN SATU SIRI BENGKEL INDUSTRI 4.0 DENGAN PAKAR INDUSTRI JERMAN

Monday 14/08/2017



KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersama-sama dengan Bavaria International (German) dan TAPiO Management Advisory serta Invest Selangor, Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) dan Invest Penang melancarkan satu siri Bengkel Industri 4.0 di Selangor (21 Ogos), Johor (23 Ogos) and Penang (25 Ogos) pada tahun ini. Inisiatif ini bertujuan merevolusikan ekosistem perindustrian di Malaysia dengan membiasakan syarikat-syarikat tempatan dengan konsep dan praktis Industri 4.0.
 
Melalui bengkel tersebut, syarikat berpeluang untuk menyelaras operasi mereka dengan syarikat-syarikat Jerman yang inovatif. Industri 4.0, yang melibatkan penggunaan robot automatik dan pertukaran data dalam teknologi perkilangan, akan meningkatkan kualiti pengeluaran. Ini seterusnya menghasilkan keuntungan yang lebih besar, mengurangkan tenaga buruh tidak mahir, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan pekerjaan yang lebih berkualiti untuk penduduk tempatan. Dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian, syarikat-syarikat tempatan dapat memanfaatkan penggunaan jenama Jerman yang berkualiti tinggi dalam produk dan perkhidmatan mereka, seterusnya meningkatkan kedudukan Malaysia di pasaran global.
 
Bavaria yang merupakan salah satu negeri yang terkaya di Jerman dan Eropah, sedang berusaha untuk bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana dengan niat untuk mengintegrasi Industri 4.0 bagi sektor perkilangan, seperti industri aeroangkasa, automotif, bioteknologi, petrokimia dan elektrik. Dengan kerjasama yang wujud, Bavaria menjamin bahawa rakan kongsi Malaysia masih mempunyai kuasa penuh terhadap produk mereka, dan mempunyai peluang yang lebih luas dalam pasaran pengeluaran bertaraf dunia dengan jenama berkualiti Jerman.
 
Bagi acara yang akan datang, Bavaria akan menghantar pakar industri yang terlatih untuk membiasakan industri tempatan dengan piawaian Industri 4.0. Dua pemimpin kelas dunia yang akan mengendalikan bengkel-bengkel ini ialah Daniel Gottschald, Pengarah Urusan TUM International, Pakar Industri 4.0 dari Technical University Munich dan Encik Hans-Joachim Heusler, Ketua Pegawai Eksekutif Bavaria International.
 
Untuk maklumat lanjut, atau jika anda ingin melibatkan diri dalam pergerakan global ini, sila hubungi kami di info@germany.my atau Encik Vinothan Tulisinathzan dari Bahagian Penggalakan Pelaburan Asing MIDA di 03-2267 3410, vinothan@mida.gov.my


SUMBER : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.