ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ​EVERISE DAN FIRMA BPO KOREA YANG TERKEMUKA UBASE TANDATANGANI MOU UNTUK USAHASAMA

Thursday 17/08/2017



Usahasama itu yang berpangkalan di Singapura akan memberi tumpuan kepada jualan bersilang bagi kedua-dua firma dan menubuhkan sebuah hab pelbagai bahasa, rentas penempatan (cross-shoring) di Malaysia

SEOUL & KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Everise, sebuah perkongsian di antara Sunrise dan Everstone, telah menandatangani satu MoU dengan UBASE, sebuah syarikat perkhidmatan BPO Korea yang terkemuka, untuk mewujudkan satu usahasama yang akan berpusat di Singapura. Usahasama ini menjajarkan dua buah syarikat BPO yang unik untuk menyediakan suatu pengalaman perkhidmatan global yang tiada tandingannya.

Melalui unit operasi Everise, C3/CustomerContactChannels, UBASE akan dapat memperluaskan penawaran mereka untuk memasukkan perkhidmatan pusat panggilan berbahasa Inggeris yang berpusat di Timur Jauh. Begitu juga, C3 akan dapat memberikan sokongan kepada klien mereka, melalui UBASE, di Amerika Syarikat yang mencari perkhidmatan dalam bahasa Jepun, Cina dan Korea.

C3 yang dimiliki oleh Everise, yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, menyediakan khidmat sokongan di dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol dari lapan pusat hubungan yang berada di Amerika Syarikat, Filipina dan Amerika Latin. Dengan lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, syarikat itu komited untuk memberikan pengalaman pelanggan yang paling berkuasa dengan menerapkan kepimpinan pemikiran yang berinovatif ke dalam setiap aspek perniagaan mereka. C3 menyokong pangkalan klien mereka yang berorientasikan jenama dengan analisis, proses dan metodologi latihan yang unggul yang memaksimumkan setiap pengalaman pelanggan. Klien syarikat itu merangkumi pelbagai industri termasuk penjagaan kesihatan, pelancongan dan perhotelan, telekomunikasi, dan pengangkutan.

UBASE, syarikat pusat panggilan terbesar di Korea, berkongsi cara berfikir ke hadapan seperti yang dimiliki Everise megenai pasal pengurusan hubungan klien dan pelanggan. Dengan operasi bermula pada tahun 1999, UBASE pada masa ini mempunyai lebih 13,000 tempat duduk yang menyediakan sokongan hubungan pelanggan peringkat atas kepada Korea, China dan Jepun. Pasaran mereka termasuk syarikat-syarikat domestik Korea serta syarikat-syarikat multinasional tempatan dan global.

Di samping memperluaskan tapak perkhidmatan bagi kedua-dua buah syarikat, usahasama itu akan menubuhkan satu hab penghantaran baharu di Malaysia untuk menawarkan satu pusat sehenti bagi penyelesaian pelbagai bahasa. Pusat baharu itu akan mempunyai keupayaan untuk menyelenggarakan kesemua bahasa utama di seluruh Asia Tenggara dan rantau Timur Jauh pada kos yang lebih rendah dan pada masa yang sama mengekalkan standard yang bermutu tinggi yang diharapkan oleh klien bagi kedua-dua firma itu. Ia juga akan menyokong pelbagai bahasa Eropah.

Rancangan perniagaan yang unik itu akan dihantar dengan mendapatkan penutur asli. Ini akan menghapuskan keperluan bagi klien untuk melibatkan diri dengan sama ada pelbagai rakan serantau atau penyelesaian sumber dalaman untuk mencapai keupayaan bahasa yang terbaik bagi pangkalan pelanggan mereka di rantau itu. Dengan mempunyai penutur asli yang memberi sokongan kepada penceramah asli, pengalaman pelanggan secara keseluruhan akan dapat ditingkatkan dengan ketara. Hab baharu itu akan diwujudkan di Kuala Lumpur, Malaysia, dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Mengenai penandatanganan MoU itu, Daegun Hur, Ketua Pegawai Eksekutif, UBASE menyatakan: "Kami sangat bersemangat mengenai perkongsian kami dengan Everise Holdings dan C3 kerana ia memperluaskan pelbagai perkhidmatan kami untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan kami yang melampaui Korea dan Timur Jauh. Perkongsian ini berwujud ketika kami meneruskan pertumbuhan dan perkembangan kami. Kami tidak sabar-sabar untuk membawa perkongsian ini ke peringkat seterusnya dalam tahun-tahun akan datang."

Sudhir Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Everise dan C3, berkata, "Di Everise, kami sedang dalam satu perjalanan untuk membina sebuah syarikat berpengalaman di mana kami memanfaatkan teknologi canggih dan penghantaran saluran semua arah (omni-channel) untuk mewujudkan peminat bagi pelanggan kami, bukan sekadar pelanggan yang berpuas hati.

Di sebuah pasaran yang dikuasai oleh firma-firma domestik yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan domestik, kami berhasrat untuk menawarkan satu perkhidmatan yang benar-benar bersifat global bagi membolehkan rangkaian pelanggan kami yang sedia ada menjangkau ke wilayah baharu untuk meningkatkan perniagaan. Saya amat berbesar hati untuk menyertai usaha sama ini dengan UBASE dan secara kolektif meningkatkan keupayaan setiap syarikat untuk menyediakan pengalaman yang terbaik mungkin bagi pelanggan klien kami," kata Agarwal.

"Everstone amat teruja untuk menyokong perhubungan Everise dengan UBASE. Ini akan meningkatkan kecekapan bagi kedua-dua UBASE dan C3 dan pada masa yang sama membolehkan mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efektif kepada pelanggan mereka dan di wilayah dan kawasan baharu," kata Atul Kapur, pengasas bersama & rakan urusan bagi Everstone Capital. "Apa yang menjadikannya menarik ialah hakikat bahawa pasaran BPO di Timur Jauh/ Asia Tenggara dianggarkan di sekitar $40 bilion, yang membuat kami optimis mengenai potensi kerjasama ini."

Maklumat mengenai UBASE

UBASE adalah Syarikat BPO terbesar di Korea, yang mengkhususkan diri di dalam Penjagaan Pelanggan. Kapasitinya sendiri yang mempunyai 13,000 tempat duduk memberikan ekonomi skala yang unik, yang membolehkan syarikat itu mengadakan portfolio pelanggan yang kukuh daripada syarikat-syarikat utama Korea seperti Samsung, Hyundai, LG, dan SK di samping firma-firma perkhidmatan dunia yang utama. Ia kini memperluaskan penawaran perkhidmatannya daripada bidang-bidang baharu seperti pengurusan saluran jualan; perkhidmatan jaminan sehingga kepada penyelesaian baharu seperti laporan analisis pasaran & analisis VOC yang dibolehkan AI. Perkhidmatan pelbagai bahasa mereka iaitu Korea, Jepun, dan Cina dijangka mencapai 1,000 ejen pada tahun 2018.

Maklumat mengenai Everise

Everise adalah sebuah Syarikat yang berpangkalan di Singapura yang dimiliki oleh Sunrise and Everstone. Visi Everise adalah untuk mewujudkan sebuah Syarikat Berpengalaman bernilai AS$500 juta di dalam Industri BPO. Pada Disember 2016, Everise memperolehi C3/CustomerContactChannels, sebuah Syarikat BPO yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Kumpulan Everstone, iaitu pemilik bersama Everise, adalah sebuah firma pelaburan ekuiti persendirian dan hartanah yang utama di India dan Asia Tenggara dengan aset di bawah pengurusan sebanyak AS$4 bilion. Sunrise BPO Pte. Ltd. adalah sebuah syarikat pengurusan Proses Perniagaan ("BPO") yang berpusat di Singapura dengan misi perniagaan untuk menjadi penyedia penyelesaian khidmat pelanggan bersepadu yang terkemuka di dunia, yang memberi tumpuan kepada pasaran Amerika dan Timur Jauh.

Maklumat mengenai C3

C3 menyediakan satu rangkaian lengkap perkhidmatan pengurusan hubungan pelanggan bagi pelanggan korporat di dalam industri penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, tenaga dan utiliti, media, pelancongan, peruncitan, logistik, perhotelan dan perkhidmatan kerajaan, dari kedua-dua lokasi di Amerika Syarikat dan antarabangsa. C3 menyediakan sokongan pelbagai bahasa kepada pelanggan dan mempunyai lapan buah pusat operasi di Amerika Syarikat, Filipina dan Amerika Latin, dengan lebih 8,000 orang pekerja. Dengan setiap pengalaman klien, pelanggan, dan pekerja, C3 mengekalkan satu matlamat ringkas, "Kami akan memastikan anda menjadi seorang peminat." Ibu pejabat C3 di Amerika Syarikat adalah di Plantation, Florida. Sila layari www.c3connect.com

Hubungi
Alicia Laszewski, Alicia.Laszewski@C3Connect.com

Sumber: Everise

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51669768&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.