ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KUMPULAN AMBANK MENERUSKAN USAHA MURNI DALAM MEMBANTU PENDUDUK KAMPUNG PASIR ERA, DI KUALA KRAI, KELANTAN

Friday 18/08/2017



KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kumpulan AmBank berada dalam fasa terakhir dalam menyediakan bantuan kepada penduduk Kampung Pasir Era yang terjejas dengan banjir pada tahun 2015. Sumbangan Kumpulan AmBank kepada masyarakat di Kampung Pasir Era pada fasa ini merangkumi pembinaan tiga rumah tambahan serta membaik pulih 29 lagi buah rumah untuk para penduduk.

Sebuah majlis yang ringkas telah diadakan pada Khamis, 17 Ogos 2017 untuk penyerahan rasmi kunci kepada para penerima, serta menyerahkan rumah yang telah dibaiki kepada penduduk Kampung Pasir Era. Tiga rumah baru yang terdiri daripada dua unit bilik telah disediakan dengan perabot, manakala pembaikan bumbung, siling, dapur dan dinding telah dibuat untuk 29 buah rumah lagi. Jumlah sumbangan bagi pembinaan semula rumah, perabot, serta pemulihan adalah RM255,000.

Turut hadir di majlis penyerahan kunci kepada para penerima rumah baharu serta memeriksa kerja-kerja pembaikan adalah Syed Anuar Syed Ali, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran Kumpulan AmBank, dan disertai oleh para pengurusan kanan dan warga kerja AmBank cawangan Kelantan.

Pada 2 Januari 2015, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan AmBank telah membuat lawatan ke kawasan yang dilanda banjir. Susulan dari lawatan beliau, Kumpulan AmBank memperuntukkan RM1 juta bagi membantu para penduduk Kampung Pasir Era yang terjejas. Pada 16 Jun 2015, Tan Sri Azman hadir untuk menyerahkan kunci kepada para penerima bagi 17 rumah yang baharu dibina serta 27 rumah lagi yang dibaiki diatas kerosakan yang dialami disebabkan banjir. Jumlah kos sebanyak RM1 juta yang diperuntukkan bagi tujuan pembinaan semula rumah serta kerja-kerja pembaikan pada tahun 2015 telah disumbangkan bersama oleh Tan Sri Azman Hashim dan Kumpulan AmBank.

“Upacara yang diadakan pada hari ini menandakan satu lagi program bersama yang amat bermakna bagi kami AmBankers, dalam meneruskan usaha tanggungjawab sosial korporat kami untuk memulihkan taraf hidup penduduk di Kampung Pasir Era,” kata Syed Anuar Syed Ali.

“Kami amat bersyukur dan gembira melihat keceriaan serta senyuman yang terpapar di setiap wajah 32 ahli keluarga yang hadir bagi menerima kunci kepada kediaman mereka yang telah siap dibina dan dibaiki,” tambahnya lagi.

Pembinaan dan pembaikan rumah para penduduk di Kampung Pasir Era telah memanfaatkan 76 keluarga secara keseluruhannya, termasuk 44 keluarga yang telah menerima bantuan pada tahun 2015.

“Inisiatif program komuniti kami kekal sebagai sebahagian daripada DNA korporat kami untuk membantu kesemua lapisan masyarakat yang memerlukan, dan kami akan terus memberi sokongan serta sumbangan kami kepada pelbagai badan amal dan program kebajikan di negara ini,” kata Syed Anuar.

SUMBER : Kumpulan AmBank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : 
Syed Anuar Syed Ali
Ketua, Komunikasi Korporat & Pemasaran Kumpulan
Kumpulan AmBank
Tel : 03 2036 1703 
Emel : sasa@ambankgroup.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.