ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  TPM ENGINEERING BEKERJASAMA DENGAN UKM UNTUK PROJEK ENDOSKOPI R-ENTIQUE

Tuesday 12/09/2017


Dari kiri: Dato' Ir. Mohd Azman Shahidin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dr. Mohamad Zaihirain Mohamed Rasin, Pengurus Besar TPM Engineering, Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Pengerusi TPM and Prof. Madya Dr. Salina Husain, Fakulti Perubatan UKM.



KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- TPM Engineering Sdn Bhd (TPME) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) untuk bekerjasama dalam pembangunan prototaip alat pensterilan endoskopi yang dikenali sebagai R-Entique untuk pengkomersialan di masa hadapan.

R-Entique, sebuah unit pensterilan endoskopi dengan alat pemegang dan built-in timer, adalah alat mudah alih serba guna yang direka untuk penggunaan dan penyelenggaraan endoskopi. Projek ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Salina Husain dari Fakulti Perubatan UKM.

TPME, anak syarikat Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) diwakili oleh pengarahnya, Dato' Ir. Mohd Azman Haji Shahidin, yang juga Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM. Sementara itu, Prof. Madya Dr. Salina menandatangani bagi pihak Universiti.

Bercakap pada majlis menandatangani MoA, Pengerusi TPM, Dato' Ahmad Fauzi Zahari berkata perkongsian antara UKM dan TPME membuktikan kepetingan dalam keperluan kerjasama yang lebih erat antara institusi penyelidikan dan industri ke arah membangunkan inovasi baru.

Beliau berkata inisiatif UKM dalam membangunkan R-Entique jelas mencerminkan keupayaannya sebagai salah satu daripada lima universiti peneraju penyelidikan di Malaysia dengan hala tuju strategik untuk menjadi pemimpin serantau dalam kecemerlangan akademik dan penyelidikan.

"TPM dan TPME amat bangga untuk dikaitkan dengan UKM dan berharap dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat dalam membantu pengkomersilan penyelidikan masa depan mereka. Kami yakin dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan dan kepakaran dalam menambah nilai kepada pembangunan baru inovasi ke arah pencapaian aspirasi negara menjadi sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan," tambah Ahmad Fauzi.

Mengenai ciri unik R-Entique, ia terdiri daripada pemegang tunggal dengan sembilan tiub silikon yang mampu memegang sembilan alat endoskop pada satu-satu masa. Tab berkod-warna membolehkan pembezaan antara endoskop kotor, sedang disterilkan dan telah steril. Tiub silikon boleh menampung cecair steril untuk sterilisasi secara serentak, sementara built-in timer mencatatkan tempoh rendaman semasa pensterilan.

Produk ini dianggap sebagai alat yang mudah dan berkesan, bukan sahaja untuk menyimpan tetapi juga untuk membersihkan/mensterilkan endoskopi pada masa yang sama, sekali gus meminimumkan kesilapan manusia, masa dan kos. Di samping itu, ia mesra pengguna dan tidak memerlukan tenaga profesional teknikal untuk mengendalikannya.

Mengenai peluang perniagaan, sejak bertahun permintaan terhadap endoskopi telah meningkat dengan ketara kerana pemilihan yang semakin tinggi terhadap operasi pembedahan yang kurang invasif. Kemajuan dan penemuan teknologi dalam bidang endoskopi dijangka memacu pasaran peralatan endoskopi global pada tahun-tahun akan datang.

Pasaran peralatan endoskopi global dianggarkan bernilai USD 28.2 bilion pada tahun 2013 dan dijangka mencecah USD 37.9 bilion menjelang 2018, berkembang pada CAGR sebanyak 6.1% dari tahun 2013 hingga 2018. Amerika Utara memegang bahagian terbesar pasaran peralatan endoskopi global, diikuti oleh Eropah dan Asia. Walaubagaimanapun, pertumbuhan dalam pasaran endoskopi mungkin akan tertumpu kepada rantau Asia yang berkembang pesat disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan penjagaan kesihatan, semakin banyak pembedahan endoskopik; peningkatan infrastruktur endoskopik, sokongan luas untuk aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan endoskopi, dan sebagainya. 

TPME menyediakan program teknologi kerjasama yang memanfaatkan keupayaan penuh kepakarannya untuk menyokong syarikat atau entiti berasaskan teknologi, industri kecil dan sederhana, institut penyelidikan dan universiti yang membangunkan produk dan inovasi melalui kemudahan kejuruteraan canggih dalam bidang pemesinan CNC, fabrikasi kepingan logam, prototaip dan reka bentuk produk. 

Reka bentuk kejuruteraan ketepatan dan penyelesaian perkilangan membolehkan industri tempatan, terutama PKS, menghasilkan produk nilai-tambah yang tinggi yang membolehkan para pelanggan bersaing dengan cekap dan berkesan di pasaran global.

Dikeluarkan oleh: 
Jabatan Komunikasi Korporat
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

SUMBER : Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Puan Aniz Adura Abdul Majid
Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepentingan
Tel : 603-8998 2020  /  019-646 6258 
Faks : 603-8998 2110


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.