ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KAJIAN UNISYS : ORGANISASI YANG MELAKUKAN ANALISIS ROI TERPERINCI SEBELUM MEMULAKAN PENGHIJRAHAN AWAN ADALAH 44 PERATUS LEBIH BERJAYA DI DALAM MEREALISASIKAN PENJIMATAN KOS YANG DIJANGKA

Wednesday 13/09/2017



AsiaNet 70021

BLUE BELL, Pa, Amerika Syarikat, 13 Sept., 2017/Medianet International-AsiaNet/ -- 
 
*             80 peratus responden menjangkakan penjimatan kos daripada awan
*             59 peratus melakukan satu analisis formal mengenai potensi pulangan di atas pelaburan (ROI) sebelum memulakan penghijrahan awan
*             82 peratus daripada mereka yang melakukan analisis ROI mencapai jangkaan penjimatan
*             57 peratus daripada mereka yang melangkau analisis ROI memenuhi objektif penjimatan
 
Organisasi yang melakukan analisis pulangan di atas pelaburan (ROI) yang menyeluruh  sebelum memulakan penghijrahan awan mereka adalah 44 peratus lebih berjaya di dalam merealisasikan jangkaan penjimatan kos mereka daripada mereka yang tidak berbuat demikian, menurut satu kaji selidik global baharu oleh Unisys Corporation [http://www.unisys.com ]( (NYSE: UIS). 

Lapan puluh (80) peratus responden di dalam kaji selidik itu – yang dijalankan di kalangan 400 eksekutif IT dan perniagaan di lapan buah negara – mengatakan bahawa mereka telah menjangkakan penjimatan kos daripada menerima awan sebagai satu saluran untuk mengakses sumber IT dan perniagaan. Lima puluh sembilan (59) peratus responden mengatakan bahawa mereka menjalankan analisis ROI yang formal sebelum memulakan penghijrahan awan mereka. 

Lapan puluh dua (82) peratus responden yang mana organisasi mereka menjalankan analisis ROI secara formal terlebih dahulu mengatakan bahawa mereka merealisasikan penjimatan kos yang mereka harapkan. Sebaliknya, 57 peratus daripada mereka yang berhijrah tanpa membuat analisis ROI berkata bahawa mereka merealisasikan jangkaan penjimatan kos mereka –  perbezaan 44 peratus di antara kedua-dua kumpulan itu. 

Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa melibatkan pakar pihak ketiga untuk membantu di dalam transformasi awan meningkatkan kemungkinan mencapai matlamat yang diinginkan. Enam puluh lapan (68) peratus daripada responden mengatakan bahawa mereka telah menugaskan pihak ketiga untuk penghijrahan atau pengurusan awan. Tujuh puluh dua (72) peratus daripada mereka menggunakan rakan untuk strategi dan perancangan awan, dan 79 peratus daripada kumpulan itu mengatakan bahawa bekerjasama dengan pakar luar membolehkan organisasi mereka mencapai penjimatan kos yang diharapkan. 

"Penyelidikan kami dengan jelas menunjukkan bahawa di dalam transformasi awan, pepatah lama memang benar: 'Gagal untuk merancang adalah ibarat seperti merencanakan untuk gagal,'"kata Paul Gleeson, Naib Presiden, Perkhidmatan Awan dan Infrastruktur, Unisys. "Penghijrahan menawarkan pelbagai pilihan awan – persendirian, awam, hibrid, komuniti dan kombinasi lain. Walau bagaimanapun, pilihan tersebut boleh mewujudkan kerumitan yang tidak diduga yang boleh dengan mudah menggagalkan jangkaan. Organisasi-organisasi yang merancang penghijrahan awan mereka dengan teliti, dengan mendapatkan kepakaran rakan-rakan yang sudah mantap di mana ia adalah yang paling masuk akal, adalah yang berada pada kedudukan terbaik untuk merealisasikan kejayaan operasi, kewangan dan daya saing daripada transformasi awan." 

Perubahan Beban Kerja Pengehosan, Perjanjian mengenai Faedah, Kebimbangan Keselamatan yang Berterusan Responden mengatakan bahawa organisasi mereka berpindah dengan cepat daripada pusat data tradisional di premis kepada pelbagai jenis awan, dan mensasarkan bagaimana mereka menjangka beban kerja pengkomputeran pada setiap jenis sumber akan berubah sepanjang dua tahun akan datang. Mereka menunjukkan bahawa penggunaan pusat data tradisional di premis akan turun dari 43 peratus sekarang kepada 29 peratus pada tahun 2019, sementara penggunaan awan persendirian akan meningkat dari 20 peratus sekarang kepada 28 peratus dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh yang sama, penggunaan awan awam akan meningkat dari 18 peratus kepada 21 peratus, awan hibrid dari 11 peratus kepada 13 peratus, dan penggunaan awan komuniti (sebuah awan persendirian yang dikongsi oleh pelbagai organisasi dengan satu misi yang sama) akan kekal stabil pada 9 peratus.
 
Responden memperlihatkan persetujuan yang meluas mengenai manfaat yang boleh diperolehi oleh perusahaan daripada awan. Sekurang-kurangnya 94 peratus menyatakan pemulihan bencana yang lebih baik/ kesinambungan, ketangkasan dan kelenturan perniagaan, storan yang lebih cekap, kos modal yang dikurangkan dan penyeragaman IT sekurang-kurangnya sebagai sangat penting. Memperbaiki ketangkasan – keupayaan untuk menggunakan sumber IT secara bergegas sebagai tindak balas kepada perubahan keadaan perniagaan yang pantas dan faktor yang paling rapat untuk mendapatkan kelebihan daya saing – adalah pemacu utama keseluruhan, dengan 78 peratus responden mengatakan ia adalah kritikal atau sangat penting. 

Walaupun responden jelas menghargai faedah ketara awan, mereka juga terus terang mengakui cabarannya. Banyak laporan menemui sekatan atau halangan yang tidak dijangka, dengan 60 peratus mengatakan bahawa halangan tersebut telah memperlahankan penghijrahan awan mereka dan 17 mengatakan bahawa halangan itu telah menghentikan penghijrahan mereka. 

Empat puluh dua (42) peratus daripada responden menamakan kebimbangan tentang keselamatan (berkisar daripada identiti dan pengurusan akses kepada pensegmenan mikro bagi data) dan pematuhan sebagai kedua-dua penyebab yang paling lazim dan potensi hasil bagi kelembapan di dalam penghijrahan awan. Mungkin tidak secara kebetulan, 42 peratus responden kepada satu kaji selidik Unisys pada tahun 2016 [http://www.unisys.com/offerings/cloud-and-enterprise-compute-services/news%20release/unisys-study-shows-us-cios-leading-charge-to-cloud ] memetik keselamatan sebagai cabaran terbesar mereka di dalam pengurusan awan.
 
Perkhidmatan Penghijrahan Unisys Melakukan Perbezaan
Berdasarkan kepada pengalaman yang luas di dalam merangka transformasi awan dan menguruskan beberapa prasarana IT terbesar di dunia, proses Penilaian Trek Pantas Unisys yang terbukti membantu pelanggan memulakan dan mempercepatkan projek penghijrahan. Di dalam penglibatan antara empat hingga enam minggu, sebuah pasukan pakar perunding Unisys melaksanakan satu proses melibatkan empat fasa, termasuk penemuan isu-isu IT dan perniagaan yang boleh ditangani dengan baik oleh awan; analisis jurang mengenai persekitaran semasa; pembangunan strategi, kes perniagaan, analisis ROI dan pelan rangka bagi penghijrahan itu; dan pelan pelaksanaan dengan hala tuju dan garis masa sejajar dengan keperluan perniagaan.
 
Satu penilaian ROI Unisys baru-baru ini dengan tepat menunjukkan bahawa sebuah pelanggan boleh menjimatkan 20 peratus di dalam kos IT dengan memindahkan operasi daripada sebuah awan persendirian kepada sebuah awan awam yang dijamin selamat oleh perisian suite perisian keselamatan Unisys Stealth® )[http://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth ] yang telah memenangi anugerah. Dengan memanfaatkan sumber dalaman dan kelompok kepakaran yang sedia ada bersama-sama dengan pengalaman dan kepakaran keselamatan Unisys, pelanggan dapat mengawal kos pelaksanaan dan muncul dengan persekitaran awan yang selamat yang mereka perlukan untuk memindahkan perniagaan mereka ke hadapan.  

Klik di sini [http://www.unisys.com/cloudtransformation] untuk sebuah mikrosit dengan butiran terperinci mengenai hasil kaji selidik itu – termasuk satu laporan yang boleh dimuat turun dan maklumat grafik – dan di sini [http://www.unisys.com/offerings/infrastructure-transformation] untuk maklumat lanjut mengenai Unisys awan dan perkhidmatan transformasi infrastruktur. 

Maklumat mengenai Penyelidikan itu
Penyelidikan IDG [https://www.idg.com/research] meninjau 400 perusahaan IT dan eksekutif perniagaan di peringkat pengarah dan ke atas bagi pihak Unisys pada April dan Mei 2017. Eksekutif adalah bergabung dengan organisasi yang mempunyai 1,000 pekerja dan ke atas, dengan respons dibahagikan secara geografi seperti berikut:
 
*             100 di Amerika Syarikat;
*             75 di Eropah (25 masing-masing di United Kingdom, Jerman dan Perancis);
*             100 di Amerika Latin (50 masing-masing di Brazil dan Mexico);
*             125 di Asia Pasifik (50 masing-masing di Australia dan China, dan 25 di Hong Kong).
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang pakar di dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut: sila layari www.unisys.com

Ikuti Unisys di Twitter [http://twitter.com/UnisysCorp ] dan LinkedIn [http://www.linkedin.com/company/unisys ].
 
Hubungi:               
Claire Hosegood,
Unisys +61 411 253 663
claire.hosegood@au.unisys.com
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
 
###
NOMBOR SIARAN: 0912/9535
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
 
UIS-C
 
SUMBER: Unisys Corporation
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=296247

 
 --BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.