ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  SIEMENS MALAYSIA BERHASRAT UNTUK MENJADI RAKAN KONGSI PILIHAN NEGARA DI DALAM PENDIGITALAN

Wednesday 13/09/2017



Ahli Lembaga Pengurusan Siemens AG Encik Cedrik Neike berkongsi pandangan tentang bagaimana Malaysia mampu beralih ke arah pendigitalan

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Siemens Malaysia berhasrat untuk menjadi peneraju dan pemangkin peralihan pendigitalan selaras dengan Inisiatif Transformasi Nasional (TN50). Hal ini diumumkan di acara “Shaping Digitalization – Malaysia & Siemens: Our Journey Together” di Kuala Lumpur yang menampilkan sesi diskusi antara panel jemputan, sesi trek dan tapak pasaran yang mengandungi pameran teknologi realiti maya. 

Acara ini dirasmikan oleh tetamu kehormat, Timbalan Menteri Perdagangan & Industri Antarabangsa, YB Datuk Chua Tee Yong. Turut hadir untuk menyaksikan acara bersejarah ini ialah Ahli Lembaga Pengurusan Siemens AG Rantau Asia/Australia, Pengurusan Tenaga, Encik Cedrik Neike.

Di dalam ucaptama yang dibentangkan, Chua berkata, “Pendigitalan bukan sekadar kata-kata, ianya realiti yang mempengaruhi setiap aspek gaya hidup termasuk kehidupan seharian, cara kerja, beriadah, melancong, mengikuti perkembangan semasa dan urusan jual beli.”

“Perubahan yang dicetuskan oleh pendigitalan meningkatkan permintaan perkerja berkemahiran tinggi dan membuka peluang perkerjaan baru,” kata Chua.

Cedrik menegaskan bahawa Siemens bercita-cita untuk menjadi pemimpin global dalam industri teknologi dan syarikat unggul di dalam pendigitalan. “Kepakaran, pengetahuan dalaman pasaran dan industri, ekosistem menyeluruh dan rangkaian portfolio yang komprehensif di Mindsphere adalah ciri-ciri yang membezakan Siemens berbanding pesaing yang lain di dalam pasaran.”

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Siemens Malaysia, Datuk Prakash Chandran pula berkata, “Ada beberapa sektor kritikal yang dikenalpasti di bawah TN50 seperti Teknologi Maklumat, Alam Sekitar dan Ekonomi. Oleh itu, bagi merangsang pembangunan pendigitalan, Siemens akan berusaha dalam menyelaraskan dan menyumbang teknologi canggih bagi mencapai matlamat sektor-sektor kritikal ini.”

“Langkah pendigitalan kami sudah dilaksanakan oleh beberapa divisyen Siemens Malaysia, seperti Industrie 4.0 oleh Kilang Digital, Proses dan Pemacu, Grid Pintar melalui Pengurusan Data Meter di bawah Pengurusan Tenaga, Pusat Penjejakan Ramalan Pemantauan Jauh oleh Perkhidmatan Penjanaan Kuasa, dan set kereta api tanpa pemandu untuk KVMRT dan LRT3 baru di bawah Mobiliti,” kata Prakash.

“Kami bekerjasama rapat dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam menyokong entiti Kerajaan dengan perundingan dan cadangan yang bersesuaian ke arah pendigitalan.”

Acara diteruskan dengan pelbagai topik perbincangan panel yang merangkumi lanskap dan analisa pendigitalan di Malaysia, manfaat dan cabaran pendigitalan, peluang pembiayaan yang tersedia dan cara membuat keputusan dalam memperoleh teknologi baru, disamping mengekalkan pembentukkan modal insan. Para panel terdiri daripada pakar dari dalam dan luar negara dari sektor yang berlainan, manakala sesi trek menampilkan wakil Siemens bersama rakan kongsi dan pelanggan mereka. Tapak pameran Marketplace pula mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pengunjung yang kagum dengan tawaran digital khususnya ruang pameran realiti maya yang menyediakan pengalaman istimewa video realiti maya.

Pada April lepas, Presiden Global dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Siemens AG, Encik Joe Kaeser mengumumkan geran perisian sebanyak EUR100 juta (RM505.74 juta) akan dilaburkan kepada kolej dan universiti tempatan sebagai persediaan para pelajar generasi seterusnya dalam menempuh arus pendigitalan dan era perindustrian masa hadapan, dimana ia memberi penekanan khusus kepada pemerkasaan generasi muda tentang simulasi pembuatan dunia maya.

Siemens Malaysia telah banyak menyumbang sejak bertapak di negara ini 109 tahun dahulu. Hingga kini, Siemens telah melabur sebanyak EUR9.2bil (RM46.53bil) di Malaysia melalui pelbagai projek dan penyelesaian teknologi. Pada Julai lepas, Siemens telah melancarkan sejumlah 58 set keretapi elektrik automatik, Inspiro untuk Saluran 1 MRT Lembah Klang disamping keseluruhan sistem gerabak.

About Siemens Malaysia 

Siemens AG (Berlin and Munich) is a global technology powerhouse that has stood for engineering excellence, innovation, quality, reliability and internationality for more than 165 years. The company is active in more than 200 countries, focusing on the areas of electrification, automation and digitalization. One of the world’s largest producers of energy-efficient, resource-saving technologies, Siemens is No. 1 in offshore wind turbine construction, a leading supplier of gas and steam turbines for power generation, a major provider of power transmission solutions and a pioneer in infrastructure solutions as well as automation, drive and software solutions for industry. In fiscal 2016, which ended on September 30, 2016, Siemens generated revenue of €79.6 billion and net income of €5,584 billion. At the end of September 2016, the company had around 351,000 employees worldwide. Further information is available on the Internet at www.siemens.com. 

Follow us on Twitter at: www.twitter.com/Siemens_SEA  

SUMBER : Global Creative Media Agency 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama  : Vasanthe Narayanasamy
Head of Communications
Siemens Malaysia
Tel : +603-7952 4180 / +6012-315 0515
Emel :  vasanthe.narayanasamy@siemens.com


--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.