ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR MOSFET PENGAPIT AKTIF KECIL UNTUK PEMACU GEGANTI

Monday 25/09/2017



TOKYO, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) hari ini mengumumkan pelancaran "SSM3K357R," sebuah MOSFET baharu yang mengguna pakai struktur pengapit aktif dengan diod terbina dalam di antara terminal salir dan get. Peranti itu sesuai untuk memandu beban induktif, seperti geganti mekanikal. Penghantaran secara volum bermula hari ini.

SSM3K357R itu melindungi pemacu daripada kerosakan akibat pusuan voltan, seperti EMF balik yang disebabkan oleh induktans. Ia menggabungkan sebuah perintang tarik ke bawah, perintang bersiri dan diod Zener, yang membantu mengurangkan kiraan bahagian dan menjimatkan ruang papan.

Sebuah pakej kelas SOT-23 yang mematuhi piawaian industri, sebuah voltan pengendalian rendah 3.0V dan kelayakan AEC-Q101 membolehkan SSM3K357R sesuai untuk penggunaan automotif dan banyak lagi aplikasi lain.

Aplikasi
Kawalan geganti dan solenoid untuk automotif
Kawalan geganti dan solenoid untuk industri
Kawalan cekam untuk peralatan OA 

Ciri-ciri
Struktur cekam aktif yang sesuai untuk pemanduan sebuah muatan induktif
Voltan pengendalian rendah bagi 3.0 V
Kelayakan AEC-Q101


Table

 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai MOSFET rintangan rendah kecil terbaharu TDSC.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/small-mosfet.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51688760&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170925005537/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.