ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LHDNM SANGKAL DAKWAAN PENGUATKUASAAN BERUNSUR POLITIK

Tuesday 26/09/2017



KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh organisasi ini adalah bertujuan melemahkan sumber kewangan kumpulan politik tertentu.
 
Seperti amalan negara lain, sistem pemilihan kes untuk tindakan penguatkuasaan LHDNM adalah berdasarkan kriteria dari sudut kegagalan mematuhi perundangan percukaian semata-mata. LHDNM tidak menyimpan maklumat kaum, agama apatah lagi kecenderungan politik individu di dalam pangkalan datanya kerana maklumat sebegini tidak membantu penilaian risiko sesuatu kes. Pada masa yang sama, maklumat individu atau syarikat yang dikenakan tindakan audit dan siasatan juga tidak didedahkan oleh LHDNM kerana tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan.    

LHDNM amat menitikberatkan pelaksanaan tugas pada tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi. LHDNM akan sentiasa memastikan agenda penguatkuasaan yang dilaksanakan menjurus kepada mewujudkan persekitaran yang adil kepada pembayar cukai yang sentiasa patuh dalam melaksanakan tanggungjawab mereka menyumbang untuk pembangunan negara.

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674  
Faks : 03-8313 7801
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.