ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR HDD 10 TERABAIT BERKAPASITI PERUSAHAAN

Tuesday 26/09/2017



TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan penambahan model SATA 10 terabait (TB[1]) kepada siri MG06 bagi 3.5 inci[2] mereka, pemacu cakera keras (HDD) berkelas kapasiti perusahaan. Penghantaran bermula dari hari ini.

Kemajuan pendigitan yang berterusan, yang paling terbaharu adalah pengembangan IoT yang semakin pantas dan peningkatan pergantungan pada perkhidmatan awan bermakna bahawa lebih banyak maklumat kini dijana dan disimpan berbanding sebelum ini, dan kadar penciptaannya terus meningkat. Pusat-pusat data dan perkhidmatan berasaskan awan yang menggunakan data ini sentiasa memerlukan HDD yang berprestasi tinggi dan berkapasiti lebih tinggi.

HDD siri MG06 keluaran Toshiba memenuhi keperluan industri dengan menggunakan kepala rakaman magnetik dan lapisan magnetik cakera yang dipertingkatkan, dan kini menyampaikan kapasiti sehingga 10 terabait dengan HDD berasaskan udara, peningkatan 25%[3] ke atas kapasiti maksimum bagi siri MG05 sebelum ini. HDD itu mencapai kadar pemindahan yang berterusan sebanyak 237 MiB/s[4,5], dan peningkatan 25%[6] di dalam hayat pengendalian yang merangsangkan MTTF[7] kepada 2,500,000 jam. Peningkatan itu di dalam kapasiti, kelajuan dan kebolehpercayaan dapat menyumbang kepada sistem TCO (jumlah kos pemilikan) yang lebih rendah.

HDD baharu itu menyokong kedua-dua teknologi sektor format termaju 512emulasi (512e) dan 4K natif (4Kn), untuk kegunaan di dalam aplikasi legasi yang memerlukan 512 sektor panjang yang menggunakan persekitaran bertulis sejajar, dan juga sesuai untuk generasi terkini bagi pelayan dan sistem storan.

Pelanggan juga boleh memilih model 512e yang menyokong SIE (Padam Segera Sanitise), yang merealisasikan pembatalan pantas data yang dicatatkan pada cakera, sekali gus membolehkan pembuangan dan penggunaan semula secara cekap.

Toshiba akan terus membangun dan menawarkan produk-produk yang memenuhi permintaan pelanggan.

Nota
[1] Definisi bagi kapasiti: Toshiba mentakrif satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang berkurangan. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/ atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza-beza.
[2] "3.5 inci" merujuk kepada faktor bentuk HDD. Ia menunjukkan saiz bagi cakera, dan bukannya saiz fizikal HDD itu.
[3] Perbandingan di antara siri MG05: 8 TB dan siri MG06: 10 TB
[4] Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
[5] Satu mebibait (MiB) adalah 220, atau 1,048,576 bait.
[6] Perbandingan di antara siri MG05: 2M jam dan siri MG06: 2.5M jam
[7] MTTF (min masa kepada kerosakan) bukan satu jaminan atau anggaran bagi hayat produk; ia adalah satu nilai statistik yang berkaitan kepada kadar kerosakan min untuk sebahagian besar produk, yang mungkin tidak mencerminkan dengan tepat operasi sebenar. Hayat operasi sebenar bagi produk itu mungkin berbeza daripada MTTF.

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/enterprise-hdd/mg06acaxxxx.html

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan HDD Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/enterprise-hdd.html

Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Penyimpanan Produk
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51686805&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Yusuke Hatano, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170925005039/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.