ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MALAYSIA & UK MENJALINKAN KERJASAMA UNTUK MEMBANGUNKAN MERCU TANDA PERTAMA ASEAN UNTUK EKONOMI DIGITAL

Tuesday 26/09/2017



Yang Berusaha Tuan Abu Bakar Koyakutty, Pengarah Kanan, Bahagian Akses Pasaran dan Kerjasama Antarabangsa MATRADE Menggalakkan Usaha Pelajar untuk Menjalani Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Latihan Praktikal Sejajar dengan Kemunculan Industri 4.0

CYBERJAYA, 26 Sept (Bernama) -- Selaras dengan misi kerajaan untuk meningkatkan jumlah pekerja berpengetahuan kepada 35% menjelang 2020, AIMSMET Executive Education Sdn Bhd telah merangka sebuah program yang unik dalam pengurusan komersil melalui pembelajaran sepanjang hayat dan latihan praktikal untuk para penuntut. Pada majlis perasmian yang berlangsung di Cyberjaya, mercu tanda kerjasama pertama ASEAN untuk ekonomi digital di antara AIMSMET, Malaysia dan Institut Pengurusan Komersial (ICM, UK) telah dilancarkan. 

Pengarah Kanan, Bahagian Akses Pasaran dan Kerjasama Antarabangsa MATRADE, Yang Berusaha Tuan Abu Bakar Koyakutty menghadiri majlis pelancaran dan merasmikan program tersebut.

Tujuan kerjasama ini adalah untuk merapatkan jurang dan mempercepatkan proses menghasilkan pekerja berpengetahuan melalui sektor swasta. Bercakap pada majlis itu, Yang Berusaha Tuan Abu Bakar Koyakutty berkata, "Malaysia sedang berusaha ke arah menghasilkan lebih ramai pekerja berpengetahuan seiring dengan kewujudan ekonomi digital. Kerajaan juga bekerjasama dengan sektor swasta untuk memastikan bahawa kami berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran 35% dalam tempoh tiga tahun akan datang."

Turut hadir untuk menyaksikan acara ini ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pendidikan Eksekutif AIMSMET, Prof. Dato' Dr. Jayles Yeoh berkata, "Kami menjangkakan untuk mewujudkan seramai 5,000 tenaga mahir yang berpengalaman di seluruh industri. Dengan berbuat demikian, industri berupaya menyediakan buruh mahir mereka mengikut bidang tertentu selaras dengan usaha kerajaan menjelang 2020."

Beliau menambah bahawa AIMSMET bercita-cita tinggi untuk merevolusikan pemikiran akademik dengan memperkenalkan pendidikan kehidupan sebenar bagi memastikan tiada kepincangan untuk ekonomi digital.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ICM, UK, Encik Adair Somerville Ford berkata, institusinya amat berbesar hati kerana menjadi rakan kerjasama pilihan dalam sektor pendidikan sebagai jawapan untuk bakat masa depan. 

"Latihan praktikal adalah pemacu ekonomi digital ke hadapan, dan peralihan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi hanya mungkin tercapai sekiranya struktur pembelajaran dioptimumkan selain ketersediaan industri untuk ekonomi masa depan," kata Adair.

10 rakan industri penaja termasuk Only World Group Holdings, Gintell (M) Sdn Bhd, Marrybrown, Metro Optical Group, Minori Japanese Restaurant, Malaysia International Exhibitors Association, Pecol Engineering, AIA Malaysia, Starbucks Coffee Malaysia dan AIMSMET Executive Education diumumkan dalam sidang akhbar tersebut. Rakan industri akan menaja penuntut dalam menjalankan latihan praktikal melalui program ICM, UK di Asia Metropolitan Universiti di mana para penuntut akan berusaha ke arah kelayakan UK mereka. Turut diumumkan diacara tersebut adalah rakan International Executive MBA termasuk International Entrepreneur Network, Teresa Chew International, ADLA Group and Brandker Academy. 

Acara yang diadakan di AIMSMET, Cyberjaya berkenaan dihadiri oleh rakan industri serta para penuntut.

About AIMSMET Malaysia
AIMSMET Executive Education embedded in one of Asia’s top emerging Universities – Asia Metropolitan University. AIMSMET has a growing reputation for inspirational teaching and research industry-scale facilities and superior links with industry & commerce providing one-of-a-kind opportunities for alternative education for both its learners and corporate partner alike. Research from AIMSMET and its partnering industry & institution of higher learning is always at the forefront of some of the world’s most practical cutting edge projects. Regional business models for retailing & franchising, setting up of skills training academia, and imparting management & applied knowledge in business management though lifelong learning are just some of the many areas in which AIMSMET applies its continuous research & teaching. Global Creative and Media Agency is the Official PR for AIMSMET and ICM, UK launch. 

About Institute Of Commercial Management (ICM, UK)
Established in the 1970s, the Institute of Commercial Management (ICM) is the leading professional body for Commercial and Business Development staff working in various industry sectors including Tourism & Hospitality, Utilities, Construction and Facilities Management. The Institute is also an international examining and Awarding body, providing globally recognised Awards for business and management students. In its capacity as a course developer and an examining and certifying Board, the Institute offers a wide range of professional and vocational Awards in Business, Management and related vocational areas. ICM provides examinations in more than 200 subject areas ranging from accounting and finance to tourism and hospitality and from marketing and advertising
to project management and examines and certifies candidates to an internationally consistent standard. For more information, please visit http://icm.education/

SUMBER : Global Creative Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Ainul Ghani
PR & Communications Executive at Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 03 7733 4262 / 017 211 8326
Emel : ainul.ghani@gcma.tv

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.