ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  IC ALAT KAWAL ATUR LDO KECIL 300MA TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGGABUNGKAN ARUS BIAS KUIESEN RENDAH DENGAN NISBAH PENOLAKAN BERALUN TINGGI DAN RESPONS SEMENTARA BEBAN PANTAS

Tuesday 26/09/2017



TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) telah mengeluarkan siri "TCR3UG" bagi alat kawal atur keciciran rendah (LDO) berpakej kecil dengan arus output 300mA, yang sesuai untuk pengurusan kuasa bagi modul IoT, peranti boleh pakai dan telefon pintar. Penghantaran bagi produk pertama di dalam siri itu bermula hari ini, dan yang lain akan menyusul seterusnya.

Arus bias kuiesen bagi sebuah alat kawal atur LDO adalah hasil daripada keseimbangan di antara nisbah penolakan beralun dan respons sementara beban. Alat kawal atur siri TCR3UG itu menyampaikan keseimbangan terbaik industri di antara ciri-ciri[1] ini. Mereka juga menyampaikan pelbagai ciri-ciri perlindungan, seperti penutupan terma, perlindungan lebihan arus dan penindasan kemasukan arus. Ditempatkan di dalam pakej WCSP4F[1] kecil yang terkemuka di industri, yang berukuran 0.645mm x 0.645mm (jenis), t=0.33mm (maksimum), siri TCR3UG itu membantu mengurangkan saiz dan ketebalan bagi aplikasi mudah alih.

Alat kawal atur LDO baharu itu sesuai untuk digunakan di dalam bekalan kuasa sensor dalam aplikasi yang memerlukan hayat bateri yang panjang, dan aplikasi yang mudah terdedah kepada bunyi bising dan turun naik voltan. Siri itu menawarkan 62 alat kawal atur LDO, yang boleh didapati dengan 31 titik voltan output, dari 0.8V hingga 5.0V, dan dengan dan tanpa nyahcas output automatik, yang membolehkan pemilihan mudah bagi alat kawal atur yang paling sesuai dengan keperluan pelanggan.

Aplikasi
• Modul IoT, peranti boleh pakai dan telefon pintar 

Ciri-ciri
Arus bias kuiesen rendah: IB(ON1) = 0.34 μA (jenis)
Nisbah penolakan beralun tinggi: R.R. = 70 dB (jenis)
Respons sementara beban berkelajuan tinggi: ⊿VOUT = 60 mV (jenis)
Pakej WCSP4F kecil: 0.645 × 0.645 mm (jenis), t=0.33 mm (maksimum)
 
Table
 
Nota:
[1] Setakat 26 September, 2017 bagi IC alat kawal atur LDO dengan arus output 300mA. Kaji selidik TDSC.
[2] Keadaan ujian biasa: : VIN = VOUT + 1 V (VOUT > 1.5 V), VIN = 2.5 V (VOUT ≤ 1.5 V), CIN=1.0 μF, COUT=1.0 μF (kecuali dinyatakan sebaliknya)
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan Alat Kawal Atur LDO TDSC.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/power-supply/ldo-regulator.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51689581&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170926005783/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.