ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​CUBA SELONGKAR KARISMA MENGENAI TANAH LEMBAP CHINA DI PANTAI MERAH

Wednesday 27/09/2017



AsiaNet 70248
 
PANJIN, China, 27 Sept., 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Pantai Merah, kawasan paya yang utama di dunia mengikut kawasan, telah memasuki musimnya yang terbaik. Pokok renek yang tumbuh di sepanjang garis pantainya telah bertukar warna seakan merah lembayung manakala sekawan burung terbang melayang di atas air, berkicau di celah-celah menerung. Landskap ini di Bandar Raya Panjin di Wilayah Liaoning adalah satu daripada destinasi contoh terawal di China bagi pelancongan tanah lembap dan mempunyai suatu keindahan yang tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain di seluruh dunia.

Warna merah pada tanah paya itu sangat jarang berlaku memandangkan pokok renek yang biasa terdapat di  kawasan pantai lazimnya berwarna hijau. Sebuah laluan rekreasi yang diperbuat daripada kayu, yang mungkin yang paling hebat jenisnya di China, telah dibina bagi pelancong untuk bergaul mesra dengan unggas air, menikmati pemandangan tanah lembap yang hebat dan mengalami budaya tempatan yang kaya dan mendalam.

Di tanah yang mempunyai ikan dan padi, sebuah budaya masakan yang eksklusif telah dibangunkan selama bertahun lamanya. Satu acara memancing musim sejuk yang hebat diadakan setiap tahun di kawasan Tasik Wolong yang berdekatan. Bagi penduduk tempatan, acara itu lebih mirip kepada upacara berdoa kepada alam semula jadi dan satu ungkapan mengenai penumpuan mereka kepada air sungai.

Tanah lembap itu menyediakan suatu persekitaran yang unggul untuk menanam padi. Dengan ketam eriocheir mendiami di sawah-sawah, padi satu musim di sana mempunyai satu tempoh penanaman selama 186 hari. Padi ini sebenarnya telah ditetapkan sebagai beras rasmi bagi Sukan Olimpik Beijing 2008.

Rebung cattail atau pusun dalam bahasa Cina, adalah sejenis tumbuhan asli yang terdapat di hilir Sungai Liaohe. Pusun sangat sensitif terhadap persekitarannya, hanya boleh tumbuh liar dan mempunyai hasilan yang sangat rendah. Makanan yang kaya dengan nutrien itu digemari oleh semakin ramai orang.

Pantai Merah menyaksikan paduan sempurna dari segi pemandangan alam semula jadi dan pembangunan perindustrian. Panjin adalah sebuah bandar raya minyak yang terkenal. Di kawasan sekitar yang indah, terdapat barisan derik dan peralatan pengekstrakan. Hasil daripada amalan pengeluaran bersih yang ketat, tiada kesan minyak boleh ditemui pada platform pengeluaran.

Ia adalah sebuah percutian yang hebat di mana pelancong boleh melakukan lebih daripada bersiar-siar. Mereka boleh merasai nikmat pertanian ekologi, pergi ke sawah untuk melihat gambar-gambar tanaman yang comel dan juga mempunyai kawasan tanaman mereka yang tersendiri. Khusus di dalam penggunaan biotenaga, resort itu menawarkan sebuah pemandangan luar bandar mesra alam sekitar yang bagus sekali.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Cik Li
Tel: +86-186-4277-7977
 
Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Resort Tanah Lembap Pantai Merah Panjin
  
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=297250
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.