ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  UNISYS MERAMALKAN KEBANGKITAN DALAM SEBUAH GUDANG YANG LEBIH PINTAR DAN PERIKATAN STRATEGIK BAHARU YANG AKAN MENGUBAH INDUSTRI KARGO MENJELANG 2020

Tuesday 10/10/2017

AsiaNet 70478

SINGAPURA, 10 Okt., 2017/Medianet International-AsiaNet/ --
 
IoT dan suara AI membolehkan peranti dan sistem pintar, dron gudang dan perikatan strategik di antara syarikat penerbangan dan pengedar akan menjadi kunci kepada industri pengangkutan udara yang memanfaatkan ke atas pasaran e-dagang – Venkatesh Pazhyanur, Unisys

"Industri kargo perlu menerima dengan tangan terbuka teknologi-teknologi disruptif daripada dunia pengguna, termasuk Internet untuk Segala-galanya (IoT), pembantu digital dan dron, kepada meningkatkan kecekapan dan memenuhi jangkaan pelanggan bagi ketelusan yang lebih tinggi sepanjang rantaian bekalan itu," kata Venkatesh Pazhyanur
(http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation/Thought%20Leader/ven
katesh-pazhyanur-id-3108), pengarah kanan industri bagi Penyelesaian Pengangkutan untuk Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS).

Industri kargo udara di Asia Pasifik sedang mengalami pertumbuhan dan transformasi yang didorong oleh bekalan kapasiti yang semakin meningkat dengan pesat di penerbangan penumpang, dan peralihan kepada penghantaran bungkusan kecil daripada perniagaan kepada pengguna ekoran daripada e-dagang. Permintaan penumpang yang semakin berkembang akan meningkatkan jumlah penerbangan penumpang dan menambahkan bekalan kapasiti kargo. Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan jumlah penumpang udara di seluruh dunia akan meningkat hampir dua kali ganda di antara tahun 2016 dan tahun 2035, dengan pertumbuhan terbesar di Asia Pasifik – terutamanya di China dan China India[1]. Pada masa yang sama, populariti e-dagang telah mengubah cara penghantaran kargo, secara berperingkat meningkatkan jumlah bungkusan kecil – yang mana dijangka berkembang 5 peratus setahun dalam pasaran matang dan 17 peratus setiap tahun di China[2].

"Di Unisys kami meramalkan bahawa tekanan ke atas pasaran ini akan membawa inovasi dalam tiga bidang di dalam rantaian bekalan kargo: gudang pintar akan menjadi lebih bijak, dron akhirnya akan digunakan di dalam rantai bekalan kargo – tetapi di dalam gudang, dan pakatan baharu di antara syarikat penerbangan dan pengedar global akan membolehkan pengurusan kapasiti jangka lebih panjang. Kebanyakan daripada teknologi asas itu sudah digunakan di dalam sektor lain – termasuk dunia pengguna. Tetapi sekarang, lebih dari sebelumnya, pengendali kargo akan dipaksa untuk menggunakan inovasi sedemikian agar lebih cekap, tangkas dan proaktif di dalam pasaran yang semakin kompetitif dan semakin sedar mengenai harga," kata Encik Pazhyanur.

Pakar-pakar kargo Unisys percaya bahawa ramalan berikut akan menjadi kenyataan dalam tempoh lima tahun akan datang atau mungkin kurang daripada itu:

1) Gudang Pintar akan menjadi satu kenyataan

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penghantaran bungkusan kecil, gudang-gudang akan bertukar daripada sebuah lokasi penyimpanan, kepada sebuah kemudahan yang dinamik dengan menggunakan IoT dan suara kecerdasan buatan (suara AI) yang membolehkan pemprosesan lebih cepat bagi lebih banyak penghantaran untuk menjana pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan hartanah. Sama seperti peranti sesuai dipakai yang berhubungan seperti jam tangan pintar yang semakin menjadi aliran utama di dalam dunia pengguna, teknologi berasaskan IoT akan mewujudkan "gudang pintar" bagi masa hadapan. Inovasi terkini seperti kacamata pintar yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang dicetuskan dengan sebuah kod bar atau kod QR pada sebuah kontena[3] akan dibawa ke suatu tahap baharu dengan menggabungkan pengimbas untuk secara automatik merakam dan memasukkan maklumat ke dalam sistem gudang, dan mengintegrasikan suara AI untuk memulakan tindakan. Teknologi yang sama sudah digunakan di dalam pembantu digital seperti Siri, Cortana atau Amazon Echo. Unisys menjangkakan pengendali kargo melabur dalam menukarkan arahan mesin kepada suara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

2) Dron akan digunakan di dalam gudang

Walaupun dron telah menjadi satu cara biasa untuk menyediakan rakaman dari udara bagi sukan TV, pengeluaran dron aliran utama yang banyak yang sememangnya dijangkakan untuk menghantar bungkusan ke pintu depan pelanggan terhalang oleh sekatan ruang penerbangan, kelulusan kerajaan dan pertimbangan privasi. Unisys meramalkan bahawa lebih cepat permohonan dron dalam rantaian bekalan kargo akan berada di dalam ruang gudang yang terbatas untuk melakukan pemeriksaan inventori dengan kadar lebih kerap dan lebih tepat, sekali gus menggantikan proses manual yang sebahagian besarnya dilakukan sekarang. Selain mencari item yang hilang atau salah letak, dron itu akan menggunakan sensor untuk memantau maklumat alam sekitar seperti cahaya atau suhu untuk makanan mudah rosak, farmaseutikal atau ternakan, dan mengeluarkan amaran kepada bunyi atau pergerakan yang luar biasa yang mungkin menunjukkan haiwan berada dalam keadaan kecemasan. Unisys meramalkan ini akan dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

3) Perikatan baharu di antara syarikat penerbangan dan pengedar global akan ditempa untuk menghasilkan pengoptimuman pendapatan jangka panjang

Dengan kapasiti kargo berpotensi untuk meningkat lebih cepat daripada permintaan kargo akibat daripada penerbangan penumpang tambahan dan pesawat yang lebih besar, pengurusan kapasiti kargo telah menjadi cabaran nombor satu bagi syarikat penerbangan. Di dalam persekitaran kapasiti yang tidak terkawal ini, pendekatan tradisional untuk menghasilkan pengurusan tidak akan berjaya memandangkan syarikat penerbangan mungkin melambakkan ruang kargo ke pasaran, sekali gus mewujudkan suatu perang harga. Unisys meramalkan satu langkah asas kepada pengoptimuman pendapatan jangka panjang berdasarkan kepada perikatan strategik di antara syarikat penerbangan dan organisasi dengan keperluan penghantaran besar yang berterusan seperti pihak berkuasa pos, peruncit dalam talian utama, pengedar global dan syarikat pengurusan rantaian bekalan. Ini akan memerlukan syarikat penerbangan untuk menyediakan rakan-rakan perikatan mereka dengan akses tepat masa yang telus kepada keupayaan sedia ada dan analisis ramalan untuk menentukan laluan terbaik berdasarkan kepada kelajuan, kebolehpercayaan dan kos. Jangkaan untuk ketampakan ini akan juga dilanjutkan kepada "menghubungkan pengguna dengan rangkaian perhubungan" bagi rantaian bekalan kargo untuk perniagaan ke pengguna, yang membawa kepada pembangunan aplikasi mudah alih bagi membolehkan penerima akhir menjejaki ketibaan penghantaran mereka – serupa dengan bagaimana pengguna pada masa ini boleh mengesan sebuah teksi atau Uber yang hampir tiba.
 
Layari Unisys di persidangan PayloadAsia 2017 (http://conference.payloadasia.com/)
Pada 11 hingga 12 Oktober di Singapura.
 
1 – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Ramalan Penumpang Udara 20 Tahun
(http://www.iata.org/pressroom/pr/Pages/2016-10-18-02.aspx).

2 – Penghantaran Bungkusan McKinsey & Company – masa hadapan untuk menghubungkan pengguna dengan rangkaian perhubungan
(http://www.mckinsey.com/~/media/mckinsey/industries/travel%20transport%
20and%20logistics/our%20insights/how%20customer%20
demands%20are%20reshaping%20last%20mile
%20delivery/parcel_delivery_the_future_of_last_mile.ashx
 ).

3 – Siaran media SATS: SATS Bersedia bagi Lapangan Terbang untuk Masa Hadapan dengan Teknologi Realiti yang Diperkuatkan
https://www.sats.com.sg/Media/
NewsContent/5Sep17-SATS%20gears%20up%20for%20the%20airports%20for%20the%
20future%20with%20augmented%20reality%20tech.pdf
 )

Maklumat mengenai Unisys

Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang pakar di dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisys.com. Ikuti Unisys di Twitter (https://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn
(https://www.linkedin.com/authwall?trk=gf&trkInfo=AQHGQ7
Jrj11t-wAAAV7-digwCLF_Wc2RLMEjs-_a4mhMiskgKl6Nn
PqKyTp3vIrbM2wigiPXIt96Ru1gLresfHZ2eAwln4XRamIoKUenqdwnq
9Bz5C_NNw7WgIiP0KNRlXdxrE=&originalReferer=&
sessionRedirect=https%3A%2F%2Fwww.linkedin.com%2Fcompany%2Funisys
 ).

Maklumat mengenai Unisys Asia Pasifik

Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian kepada pelanggan di lebih 15 buah negara merentasi rantau itu.
Untuk maklumat lanjut sila layari:  www.unisys.com.au. Ikuti kami di twitter @UnisysAPAC (https://twitter.com/UnisysAPAC),
LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys), dan di China di: www.weibo.com/unisyschina dan Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.
 
Hubungi:
Claire Hosegood, Unisys Asia Pasifik,
+61 411 253 663 claire.hosegood@au.unisys.com
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
 UIS-C
 
SUMBER: Unisys Corporation  

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.