ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MYCC - SME CORP. ANJURKAN "BETTER BUSINESS WITH COMPETITION COMPLIANCE FOR SMES"

Friday 13/10/2017


Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, Pengerusi MyCC, berucap di Seminar "BETTER BUSINESS WITH COMPETITION COMPLIANCE FOR SMES". Seminar ini adalah anjuran Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia.Seminar ini adalah sesi khas di mana MyCC telah memperkenalkan portal pembelajaran atas talian yang boleh digunapakai oleh pihak industri terutamanya golongan PKS untuk lebih mudah memahami dan mematuhi Akta Persaingan 2010.



KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) --  Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia telah menganjurkan Seminar “BETTER BUSINESS WITH COMPETITION COMPLIANCE FOR SMES” semalam. Seminar ini merupakan kesinambungan kepada seminar-seminar untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang telah dianjurkan oleh MyCC sebelum ini. MyCC juga telah bekerjasama secara aktif dengan PKS sejak tiga tahun lepas dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran. Pada tahun ini, seminar ini adalah sesi khas di mana MyCC telah memperkenalkan portal pembelajaran atas talian yang boleh digunapakai oleh pihak industri terutamanya golongan PKS untuk lebih mudah memahami dan mematuhi Akta Persaingan 2010. 

Akta Persaingan 2010 (AP 2010) yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012 adalah bertujuan untuk menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan
perusahaan agar pengguna mendapat manfaat melalui pilihan barangan yang pelbagai dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang kompetitif.

MyCC berharap agar 'Sistem e-Pembelajaran mengenai Program Pematuhan Persaingan untuk PKS' ini akan memberi penjelasan yang lebih mendalam kepada golongan PKS dalam memahami Akta Persaingan 2010. Lima modul di dalam Sistem e-Pembelajaran ini, antara lain, menjelaskan tentang pelanggaran di bawah peruntukan-peruntukan tertentu dan amalan yang perlu dielakkan pada setiap masa. Terdapat juga senarai semak bagi PKS untuk menilai sendiri pematuhan mereka terhadap peruntukan yang berkaitan dalam AP 2010 dan pertimbangan yang harus diambil kira.

Sistem ini kini boleh didapati di laman sesawang ini http://elearning.mycc.gov.my. Seterusnya, MyCC juga telah merancang untuk mengadakan seminar yang sama di Sarawak dan Sabah pada bulan November tahun ini. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang MyCC, www.mycc.gov.my. 

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Ditubuhkan pada Jun 2011, MyCC ialah satu badan bebas bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010, yang dilaksanakan untuk menggalakkan persaingan sihat yang seterusnya akan merangsang produktiviti dan inovasi, lantas mewujudkan pilihan produk atau servis yang lebih banyak kepada pengguna dengan kualiti yang lebih baik pada harga yang berpatutan. Akta ini terpakai untuk semua aktiviti komersil yang ditanggung di dalam dan di luar Malaysia yang boleh menjejaskan persaingan dalam pasaran Malaysia. Ia memberikan satu rangka kerja kawal termasuk kuasa menyiasat, menghakimi dan mengenakan penalti-penalti kepada pesalah undang-undang persaingan. Untuk maklumat lanjut tentang Akta dan MyCC, sila rujuk laman web www.mycc.gov.my

SUMBER : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Hal Ehwal Korporat
Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Tel : 03 - 2273 2277

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.