ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  LEGO® EDUCATION MEMBAWA PEMBELAJARAN STEAM KE BILIK DARJAH PRASEKOLAH

Tuesday 07/11/2017



Taman STEAM LEGO® Education yang baharu mencetuskan sifat ingin tahu semula jadi kanak-kanak prasekolah di dalam sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik menerusi  fleksibiliti, kreativiti dan pembelajaran yang tiada berkesudahan melalui bermain


BILLUND, Denmark, 7 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LEGO® Education hari ini mengumumkan penyelesaian Pembelajaran Awal mereka yang baharu, Taman STEAM yang direka untuk mencetuskan sifat ingin tahu semula jadi kanak-kanak prasekolah di dalam sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik (STEAM). Kanak-kanak bermain dalam kumpulan yang terdiri daripada enam orang dengan batu-bata LEGO DUPLO® untuk membina sebuah taman hiburan dengan tunggangan dan daya tarikan yang direka untuk membantu mereka menemui gear dan tanjakan, eksperimen, dan memperoleh keyakinan dengan kaedah cuba-cuba.

"Kami dengan rasa gembira ingin menawarkan penyelesaian Taman STEAM LEGO Education kami yang baharu pada detik di mana ia lebih penting berbanding sebelum ini bagi kanak-kanak untuk mengetahui apa yang boleh dihasilkan melalui sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik," kata Esben Stærk Jørgensen, presiden bagi LEGO Education. "Taman STEAM membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran abad ke-21 yang bersifat formatif termasuk penyelesaian masalah, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritikal yang diperlukan untuk membantu mereka berjaya di dalam semua bidang pelajaran sepanjang pendidikan mereka. Kami juga tahu bahawa dengan STEAM peluang pekerjaan dijangka berkembang hampir dua kali ganda berbanding sektor pekerjaan yang lain, ini pun hanya dalam dekad yang akan datang, meneroka kemahiran ini sekarang akan membantu mempersiapkan kesemua kanak-kanak untuk pekerjaan pada hari esok."

Set baharu itu disertakan oleh Panduan Guru Taman STEAM LEGO Education, yang mempunyai lapan pelajaran STEAM-sentrik yang dicipta dengan pandangan daripada penyelidikan terkini mengenai STEAM dalam pembelajaran awal dan garis panduan sains, matematik dan teknologi untuk Persatuan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak. Halaman Pinterest LEGO Education juga menawarkan satu koleksi mengenai aktiviti STEAM prasekolah yang kreatif dan bergembira.

Taman STEAM LEGO Education boleh didapati di seluruh dunia pada hari ini atau pada minggu-minggu akan datang. Layari LEGOEducation.com/preschool atau hubungi pengedar LEGO Education tempatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat mengenai LEGO Education

LEGO Education menawarkan pengalaman pembelajaran dan penyelesaian pengajaran yang menyeronokkan berdasarkan kepada sistem batu-bata LEGO, bahan kurikulum yang relevan, dan sumber-sumber fizikal dan digital kepada prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan selepas sekolah. Penyelesaian dan sumber dari  LEGO Education membolehkan setiap pelajar untuk berjaya dengan menggalakkan mereka untuk menjadi pelajar yang aktif, pelajar kolaboratif, membina kemahiran untuk menghadapi cabaran masa depan, dan mewujudkan daya pemikiran yang positif ke arah pembelajaran. Ketahui maklumat lanjut di LEGOeducation.com.

LEGO, logo LEGO dan DUPLO adalah cap dagang /dan atau hak cipta bagi Kumpulan LEGO. ©2017 Kumpulan LEGO. Semua hak cipta terpelihara.

LEGO, the LEGO logo and DUPLO are trademarks /and or copyrights of the LEGO Group. ©2017 The LEGO Group. All rights reserved.

Hubungi
LEGO Education
Kari Sherrodd, +1 860-835-6510
kari.sherrodd@lego.com

Sumber: LEGO Education

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51707717&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.