ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  EKSPO PENERBANGAN PERTAMA DUNIA MEMBAWA JURUTERBANG BERANI KE LANGIT WUHAN

Tuesday 07/11/2017



AsiaNet 70894 

WUHAN, China, 7 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Mendongak ke langit Wuhan, ibukota bagi Wilayah Hubei di tengah China, kita tidak akan hanya melihat awan putih, tetapi juga pertunjukan udara oleh juruterbang dari Latvia, Amerika Syarikat, Sepanyol dan negara-negara lain. Satu pesta pertunjukan udara kini diadakan untuk peminat penerbangan dari seluruh dunia.

Ekspo Penerbangan Dunia (WFE) berlangsung pada Sabtu di Lapangan Terbang Umum Wuhan Selatan, dengan menarik lebih 1,000 peserta dari kira-kira 37 buah negara dan wilayah. Acara itu akan menampilkan 788 buah pesawat, lapan pertunjukan besar, lima pertandingan utama dan dua aktiviti mencatatkan rekod selain festival muzik, yang menawarkan satu pertunjukan udara antarabangsa sekali dalam seumur hidup buat 600,000 orang penonton.

WFE adalah sebuah projek utama bagi pelan Lima Tahun ke-13 bagi Persekutuan Sukan Aero China (ASFC). Dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Udara Dunia (WASF), ASFC, kerajaan Wuhan dan Biro Sukan Hubei, acara itu akan diadakan setiap dua tahun di Wuhan. Acara itu memaparkan teknologi terkini di peringkat sukan aero dunia dan juga mempamerkan kehebatan China di dalam bidang ini, menjadikannya sesuatu yang wajib dilihat bagi industri itu.

Acara empat hari itu menampilkan persembahan penerbangan aero, pertandingan sukan penerbangan, aktiviti mencatatkan rekod, pengalaman interaksi awam, pameran statik dan forum.

Ini adalah lawatan pertama saya ke tempat ini dan saya amat kagum dengan kemodenan dan kesegaran Wuhan, dan saya mendoakan agar acara yang menarik ini mencapai kejayaan yang besar, kata presiden WASF Frits Brink.

Hampir 200 buah pesawat dipamerkan di dalam kawasan pameran dalaman seluas 20,000 meter persegi dan pavilion luaran seluas 60,000 meter persegi, iaitu bersamaan dengan kira-kira 10 peratus daripada jumlah pesawat pengemudian China, yang menetapkan satu rekod untuk pameran statik bagi pertunjukan udara domestik. Terdapat juga jet bisnes mewah, pesawat pengangkut, pesawat terkenal, pesawat sukan domestik, helikopter, pesawat persendirian dan sebagainya, yang memaparkan pesawat aliran utama di dalam industri.

Untuk meningkatkan penyertaan orang biasa, acara itu telah memperkenalkan pensimulasi penerbangan pendidikan sains penerbangan yang popular, pensimulasi profesional, jurulatih penerbangan atas meja dan projek lain untuk orang awam, terutamanya golongan muda bagi mengalami pengajaran dan operasi simulasi dan merasakan kegembiraan untuk terbang.
 
Lebih 100 persatuan industri, kelab dan wakil perniagaan turut mengambil bahagian di dalam acara itu untuk menyertai di dalam forum sidang kemuncak industri penerbangan yang akan diadakan di kemudian hari untuk membincangkan cara bagaimana menggunakan sumber-sumber penerbangan dengan lebih baik.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, China telah menekankan kepentingan kepada industri pengemudian dan mengeluarkan beberapa undang-undang dan peraturan untuk secara aktif merancang pembangunan industri itu. Untuk terus menarik dan mengumpulkan bakat-bakat dan perusahaan yang bertaraf dunia bagi membina sebuah rantaian industri penerbangan am yang bertaraf dunia, Wuhan telah mewujudkan Taman Perindustrian Penerbangan Am dan Satelit pada tahun 2015 mengikut keperluan "yang terbaik di dunia, fungsi yang paling lengkap, yang terbaik dalam paparan dan yang paling inklusif di dalam produk".

Taman perindustrian itu terletak di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Wuhan (Daerah Hannan) dengan keluasan keseluruhan 24.75 kilometer persegi. Ia telah menubuhkan sebuah taman perindustrian bersepadu yang termasuk pembuatan pesawat kecil, pembuatan alat ganti pesawat, latihan penerbangan, operasi dan penyelenggaraan, pameran dan perdagangan, pelancongan dan bersiar-siar, penyelidikan dan pembangunan peralatan aplikasi satelit. Taman itu dibahagikan ke dalam kawasan fungsian teras lapangan terbang, kawasan pembangunan & penyelidikan pengemudian dan pembuatan, kawasan perindustrian satelit, kawasan tercantum, daerah perniagaan penerbangan, kawasan sukan dan riadah penerbangan dan komuniti boleh layar.
Pada masa ini, Lapangan Terbang Penerbangan Am Hannan telah membina sebuah landasan lapangan terbang sepanjang 1600 meter, dengan bangunan terminal sokongan, bangunan acara, hangar, FBO dan bangunan bantuan yang lain, di mana FBO mempunyai keluasan keseluruhan pembinaan 40,000 meter persegi, yang terbesar di antara lapangan terbang pengemudian domestik di China.

Wuhan telah menandatangani satu kontrak pada Sabtu dengan 19 projek yang meliputi pembuatan pengemudian, pemasangan, penyelenggaraan, latihan, operasi dan perkhidmatan, dan teknologi satelit, dengan jumlah pelaburan mencapai 145 bilion yuan. Penandatanganan bagi projek-projek di atas akan memperkayakan rantaian industri penerbangan Wuhan, sekali gus menjadikan ia sebagai sebuah taman perindustrian aero rantaian perindustrian menyeluruh yang meliputi pengeluaran, penerbangan, latihan dan penyelenggaraan.

Taman Perindustrian Penerbangan Awam dan Satelit Wuhan telah mula mengambil bentuk dan ia bukan sahaja akan menjadi tempat yang normal untuk WFE, tetapi juga merupakan hab baharu untuk industri penerbangan domestik dan global dan syurga bagi amatur penerbangan, menurut sebuah penganjur, sambil menambah bahawa Wuhan berharap dapat melihat lebih ramai rakan menyertai mereka untuk menerokai industri aero.

Sumber: Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Wuhan
 
Pautan Lampiran Imej: 
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=300057

--BERNAMA 

 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.