ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TIENS MENGADAKAN PERAYAAN ULANG TAHUN KE-22 DI NEW DELHI

Wednesday 08/11/2017



AsiaNet 70913
 
NEW DELHI, 8 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Konglomerat multinasional China, Kumpulan Tiens, mengadakan perayaan ulang tahun mereka ke-22 pada Ahad selain satu siri aktiviti yang berkaitan di New Delhi, ibu negara India.
 
Kira-kira 10,000 rakan perniagaan Tiens dari hampir 50 buah negara dan wilayah mengambil bahagian di dalam perhimpunan antarabangsa ini.
 
“Tiens telah secara aktif melaksanakan Inisiatif Belt and Road, mempercepatkan ruang globalisasi dan mengambil India sebagai satu daripada pasaran teras mereka untuk meningkatkan pelaburan dan menubuhkan lebih banyak cawangan dan kedai francais,” kata Li Jianing, pengurus besar bagi pusat pelaburan dan pembangunan Tiens.
 
“Tiens telah membahagikan pasaran global kepada 21 kawasan dan mengoptimumkan peruntukan sumber-sumber mereka,” kata Li, sambil menambah bahawa pada masa ini, Tiens telah berjaya menembusi ke dalam kira-kira 37 buah negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Korea Selatan (ROK), Emiriah Arab Bersatu (UAE), dll.
 
Menurut Li, Tiens akan memperluaskan lagi kehadiran mereka di pasaran e-dagang India, membangunkan kerjasama dengan pembekal berkualiti tinggi India dan mengambil kesempatan daripada rangkaian pemasaran global Tiens untuk mempromosikan produk-produk India yang dipaparkan ke seluruh dunia. Sementara itu, ia akan sentiasa menambahkan input kebajikan awam di India.
 
Li Jinyuan, pengerusi dan presiden bagi Kumpulan Tiens, menyampaikan mesej video kepada hadirin di New Delhi, dengan mengatakan bahawa Tiens akan melancarkan secara rasmi strategi global baharu mereka dan memulakan satu perjalanan keusahawanan baharu.
 
Ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Li Jinyuan di bandar raya pinggir pantai di Tianjin di utara China, Kumpulan Tiens mempunyai kehadiran di dalam banyak bidang seperti bioteknologi, pengurusan kesihatan, pelancongan, pendidikan, e-dagang dan pelaburan kewangan, dan mempunyai cawangan di 110 buah negara dan wilayah. Tiens mempunyai akses ke pasaran India pada tahun 2002 dan pada masa sekarang ia mengendalikan 12 cawangan dan 75 kedai francais di negara itu.
 
Sumber: Kumpulan Tiens
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=300181
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.