ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : PENGUATKUASAAN KESIHATAN AWAM KE ATAS PENJUALAN ROKOK DI BAWAH HARGA MINIMA

Wednesday 08/11/2017



KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu kemudahdapatan rokok yang tidak mematuhi undang-undang negara. Dewasa ini didapati penjualan rokok di bawah harga RM 10.00 sedang berleluasa di seluruh Negara meskipun undang-undang berkaitan harga minima rokok ini telah dipinda pada tahun 2015.

Di bawah Peraturan 8C(1), Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) yang jelas menerangkan harga minimum rokok bagi setiap paket dua puluh batang adalah RM10.00. Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan dengan itu, satu operasi penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah dijalankan pada 30 dan 31 Oktober 2017 di seluruh negara. Penguatkuasaan dijalankan oleh pegawai diberikuasa dari pejabat kesihatan dan rokok yang didapati melanggar undang-undang dirampas. Berdasarkan risikan awal sebanyak 173 premis menjual rokok di bawah harga minimum.

Sebanyak 173 premis yang dilawati, semua premis (100%) didapati menjual rokok di bawah harga minimum semasa pemeriksaan dibuat. Sejumlah 12,441 paket rokok yang bernilai RM 71,420.40 telah dirampas. Kesemua peniaga yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 setelah izin diperolehi dari Timbalan Pendakwaraya negeri masing-masing.

Sebanyak 187 notis kesalahan dikeluarkan termasuk bagi kesalahan-kesalahan lain seperti penjualan rokok dalam paket terbuka (jualan rokok sebatang-sebatang). Sejumlah 12,441 paket rokok telah dirampas dengan jumlah nilai RM 71,420.40.

KKM memandang serius perbuatan melanggar undang-undang negara. Masyarakat perlu sedar bahawa undang-undang yang dikuatkuasa di bawah kementerian ini adalah bagi melindungi masyarakat daripada bahaya dan kemudaratan kepada kesihatan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan yang mendatangkan risiko. KKM akan meneruskan operasi penguatkuasaan secara berterusan sebagai langkah membendung gejala yang tidak sihat ini.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.