ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​NTT COMMUNICATIONS DINAMAKAN SEBAGAI PENGANGKUT BORONG GLOBAL (DATA) TERBAIK DAN PENGANGKUT BORONG AMERIKA UTARA TERBAIK PADA ANUGERAH PENGANGKUT GLOBAL 2017

Thursday 09/11/2017



Pemimpin Telekom Fortune 500 Memenangi Pengiktirafan sebagai Pengangkut Borong Amerika Utara Terbaik untuk Tahun Keempat berturut-turut
 
NEW YORK & LONDON, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Comunications (NTT Com), cabang perkhidmatan data dan IP global bagi pemimpin telekom Fortune Global 500 NTT (TOKYO:9432), telah dinamakan sebagai Pengangkut Borong Global (Data) Terbaik dan Pengangkut Borong Amerika Utara Terbaik pada Anugerah Pengangkut Global 2017, yang dianjurkan oleh Capacity Media.
 
Ini merupakan tahun keempat berturut-turut yang menyaksikan NTT Com menerima anugerah itu bagi Amerika Utara dan kali kedua dalam tempoh empat tahun yang lalu ia telah memenangi anugerah utama di peringkat global. Majlis itu berlangsung pada 25 Oktober di London semasa Persidangan Capacity Eropah 2017.
 
"NTT Com telah berusaha untuk menjadi sebuah pemimpin data dengan kecemerlangan pelanggan yang serba boleh. Pada masa apabila data dan keselamatan lebih penting daripada sebelumnya, syarikat itu sedang membantu industri itu untuk bersatu, mengenal pasti dan mengurangkan serangan," kata penganjur Anugerah Pengangkut dalam satu kenyataan yang disediakan. "Di antara persaingan sengit, syarikat itu adalah sebuah perintis yang sebenarnya di dalam menguji dan menggerakkan perkhidmatan dan teknologi baharu."

Meraikan inovasi, visi dan kecemerlangan, Anugerah Pengangkut Global Capacity adalah di antara pengiktirafan yang paling berprestij bagi industri telekomunikasi borong di peringkat serantau dan global di dunia. Acara tahun ini telah dihadiri oleh 400 eksekutif kanan.
 
"Kami amat berbangga untuk menerima pengiktirafan ini yang memperakui prestasi dan kepimpinan NTT Com di Amerika Utara dan di seluruh dunia," kata Michael Wheeler, naib presiden eksekutif bagi Rangkaian IP Global NTT Communications di NTT Amerika. "Anugerah ini mengiktiraf usaha dan komitmen yang berterusan oleh pasukan global kami, yang berdedikasi sepenuhnya untuk menyampaikan penyelesaian yang paling berinovatif dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia."
 
Dengan jumlah paling banyak yang melebihi 225 penyertaan dikemukakan untuk anugerah tahun ini, kesemua kategori telah dinilai oleh sebuah panel penganalisis bebas telekom, pakar industri dan pasukan editorial kanan di Capacity Media. Maklumat lanjut mengenai Anugerah Pengangkut Global boleh diperolehi di sini.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai semua anugerah yang diterima oleh NTT Com, sila klik di sini.
 
Maklumat mengenai NTT Communications
 
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global bagi syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
 
Maklumat mengenai Rangkaian IP Global NTT Communications

Menduduki secara konsisten di antara rangkaian utama di seluruh dunia, Rangkaian IP Global Peringkat-1 NTT Com merangkumi Amerika, Eropah, Asia dan Oceania, dan memberikan persekitaran yang terbaik mungkin untuk pengangkutan video, kandungan dan data melalui sebuah nombor sistem berautonomi tunggal (AS 2914).
 
Untuk maklumat lanjut mengenai NTT Com dan Rangkaian IP Global sila layari http://www.gin.ntt.net/. Berita dan kemas kini di Twitter di @GIN_NTT_Net@NTTCom dan @NTTComLatam #globalipnetwork # AS2914.

Hubungi
Hubungan Media untuk NTT Com:
NTT Communications | NTT Amerika
Fernando Costantino, +1-425.250.7051
Rangkaian IP Global
fcostantino@us.ntt.net


Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171108005655/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.