ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  REVEAL GROUP DAN DATACOM MENGUMUMKAN PERKONGSIAN UNTUK MENAWARKAN PENYELESAIAN AUTOMASI PROSES ROBOTIK YANG UTAMA MERENTASI ASIA

Friday 10/11/2017



Pakar-pakar RPA Global, Reveal Group, telah menandatangani dengan syarikat perkhidmatan IT Australasia, Datacom, untuk membawa amalan terbaik yang terkemuka di dalam industri di dalam Automasi dan Pengurusan Tenaga Kerja ke pasaran Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu kerjasama untuk membantu syarikat-syarikat mengubah tempat kerja mereka dan memperkasakan tenaga kerja digital untuk masa hadapan, Reveal Group, pemimpin dunia di dalam transformasi operasi, hari ini mengumumkan perkongsian strategik mereka dengan Datacom Systems, satu daripada syarikat perkhidmatan IT profesional yang terbesar di Australasia.

Perkongsian itu, yang ditandatangani oleh Ian Crouch, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Reveal Group dan David Batrouney, Pengarah Urusan, Perusahaan Digital di Datacom Systems (Asia), akan menyaksikan kedua-dua pihak menggabungkan kepakaran dan sumber mereka untuk memanfaatkan kemampuan penyampaian perkhidmatan dan saling melengkapi perniagaan masing-masing di rantau itu.

"Jangkauan dan perhubungan Datacom yang digabungkan dengan kepakaran terkemuka di pasaran oleh Reveal Group di dalam menyampaikan penyelesaian Automasi Proses Robotik (RPA) dan Pengurusan Tenaga Kerja akan menjadikan sebuah perkongsian yang hebat," kata Ian Crouch.

"Reveal Group diktiraf sebagai pakar terkemuka di dalam teknologi RPA Prisma Biru di Australasia. Kami juga menawarkan Pemaju Bertauliah Prisma Biru yang terbesar dan paling berpengalaman di rantau itu, dan merupakan satu-satunya Rakan Latihan yang Dibenarkan di rantau itu. Kami sangat teruja untuk berkongsi kepakaran ini dengan organisasi-organisasi di Asia Tenggara bagi menyampaikan prestasi yang lebih baik menerusi pelaksanaan teknologi transformasi yang lebih pintar."

Mengulas mengenai perikatan strategik itu, David Batrouney dari Datacom berkata, "Perkongsian di antara Datacom dan Reveal menawarkan pelanggan dengan satu set keupayaan dan aset yang unik dalam mendigitalisasikan perusahaan mereka melalui Automasi Pintar untuk memacukan perkhidmatan perniagaan edaran yang lebih mudah, lebih pejal yang boleh membuat keputusan yang disokong kecerdasan buatan dengan pantas. Pemimpin AI digital dan kognitif Datacom yang digabungkan dengan kepimpinan Reveal Group dalam proses automasi akan menjadikan Automasi Pintar satu kenyataan bagi pelanggan kami."

Maklumat mengenai Reveal Group

Reveal Group mengkhususkan di dalam membantu pelanggan untuk mengubah prestasi perniagaan mereka dengan cepat dan menjimatkan kos. Mereka merevolusikan program Transformasi Operasi dengan perisian yang berinovatif, pengalaman industri yang terkemuka, kepakaran yang tiada tandingan dan sebuah rangkaian rakan global. Sejak tahun 2005 Reveal Group telah berada di barisan hadapan dalam menerapkan teknologi untuk mengubah pemprosesan, menjaminkan hasil yang pantas dan mampan. Merentasi ke seluruh industri perkhidmatan, peranti Reveal Group dapat membantu pasukan di seluruh dunia untuk memaksimumkan produktiviti dan mengoptimumkan tenaga kerja. Ketahui lebih lanjut di www.revealgroup.com

Maklumat mengenai Datacom

Dengan lebih 4700 orang, dan pendapatan melebihi $1 bilion, Datacom merupakan satu daripada syarikat perkhidmatan IT profesional yang terbesar di Australasia. Datacom mempunyai kepakaran yang luas di dalam operasi pusat data, pembekalan bagi perkhidmatan IT, awan, kejuruteraan perisian dan pengurusan aplikasi, senarai gaji dan reka bentuk dan operasi perkhidmatan pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 1965 dan beroperasi di seluruh Australia dan New Zealand, Asia, Amerika Syarikat dan United Kingdom, Datacom mempunyai sejarah pertumbuhan, keuntungan dan reputasi yang konsisten untuk memberikan penyelesaian yang berkualiti tinggi, nilai untuk wang dan berinovatif.

Hubungi

Untuk maklumat lanjut:
Reveal Group
Charley McGlinchey
info@revealgroup.com

Sumber: Reveal Group

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171109005507/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.