PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 20, 2017 -Isnin

 
  CIMB MENINGKATKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MELINDUNGI TRANSAKSI PELANGGAN

Tuesday 14/11/2017



KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB”) ingin memaklumkan bahawa beberapa pita magnetik yang mengandungi maklumat sandaran telah hilang di dalam perjalanan semasa satu operasi rutin. Sesetengah pita tersebut mengandungi maklumat tertentu pelanggan CIMB Bank dan anak-anak syarikatnya. Berikutan siasatan menyeluruh dan terperinci, pihak bank mendapati tiada bukti bahawa maklumat tersebut telah dikompromi sama sekali. Pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti nombor PIN, kata laluan mahupun  nombor CVV kad kredit.
 
Pihak Bank memilih untuk mengambil langkah-langkah konservatif dalam menitikberatkan  keselamatan dan perlindungan data, dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan melipatgandakan usaha untuk melindungi kepentingan para pelanggannya. Oleh kerana pita tersebut mengandungi data sandaran, maklumat pelanggan masih lagi bersama CIMB.
 
Berikutan insiden ini, CIMB telah mempertingkatkan lagi langkah-langkah keselamatan di semua saluran termasuk memberhentikan sementara beberapa perkhidmatan melalui telefon seperti penukaran alamat/ nombor telefon/ e-mel bagi kad debit/kredit; pemindahan wang / urusan pembayaran tanpa T-PIN dan permintaan T-PIN baru. Buat masa ini, tiada apa-apa langkah yang perlu diambil oleh para pelanggan. Walaubagaimanapun, CIMB menyarankan agar para pelanggannya sentiasa berwaspada dan jika curiga, sila rujuk saluran maklumat rasmi CIMB sama ada melalui laman web utama, pusat panggilan perkhidmatannya mahupun cawangannya seluruh negara.
 
“Kami mengambil berat akan tanggungjawab kami terhadap para pelanggan dan yakin bahawa langkah-langkah tambahan ini akan terus memelihara keselamatan transaksi para pelanggan. Walaupun ini adalah satu insiden terpencil, kami telah mengkaji semula dan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan memperbaiki proses kami untuk memastikan ia tidak berulang,” kata Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz, Ketua Eksekutif Kumpulan, CIMB Group. 

“Kami juga memohon maaf jika peningkatan tahap dan  langkah-langkah  keselamatan  buat masa ini menyulitkan pelanggan. Ketahuilah bahawa kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang risiko susulan dari insiden ini,” Zafrul menerangkan. 
 
Pelanggan yang memerlukan maklumat selanjutnya memanggil mana-mana nombor berikut:
+60 3 6204 7788 (Consumer Banking)
+60 3 6204 7799 (Premier Card)
1300 88 5300 (Preferred)
1300 88 8828 (Business Call Centre – Commercial/Enterprise Banking)
1300 88 8068 (Business Call Centre - Corporates)
 
Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui mana-mana cawangan CIMB atau di halaman web kami www.cimbbank.com.my or www.cimb-bizchannel.com.my.  

Sila klik di sini untuk PUBLIC FAQ CIMB Tingkatkan Langkah Keselamatan 


About CIMB Group
 

CIMB Group is Malaysia’s second largest financial services provider and one of ASEAN’s leading universal banking groups. It offers consumer banking, investment banking, Islamic banking, asset management and insurance products and services. Headquartered in Kuala Lumpur, the Group is now present in nine out of 10 ASEAN nations (Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Cambodia, Brunei, Vietnam, Myanmar and Laos). Beyond ASEAN, the Group has market presence in China, Hong Kong, India, Sri Lanka, Korea, the US and UK. 
 
CIMB Group has the most extensive retail branch network in ASEAN of around 900 branches as at 30 September 2017. CIMB Group’s investment banking arm is also one of the largest Asia Pacific-based investment banks, offering amongst the most comprehensive research coverage of more than 1000 stocks in the region. 
 
CIMB Group operates its business through three main brand entities, CIMB Bank, CIMB Investment Bank and CIMB Islamic. CIMB Group is also the 92.5% shareholder of Bank CIMB Niaga in Indonesia, and 94.1% shareholder of CIMB Thai in Thailand. 
 
CIMB Group is listed on Bursa Malaysia via CIMB Group Holdings Berhad. It had a market capitalisation of approximately RM57.0 billion as at 30 September 2017. The Group has 38,000 employees located in 15 countries. 



SUMBER : CIMB Group

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Suria Zainal 
Head - Group Corporate Communications  
Group CEO’s Office 
CIMB Group Holdings Berhad 
Tel : +603 - 2261 0638 
Emel : suriawati.zainal@cimb.com 

Nama : Yeow Mei Ling 
Managing Director (Southeast Asia) 
Text 100 
Tel : +603 – 2282 2152 
HP : +6012 – 203 6612    
Emel : meiling.yeow@text100.com.my 

Nama : Lynn Guha Thakurta 
VP – Group Corporate Communications 
Group CEO’s Office 
CIMB Group Holdings Berhad 
Tel : +603 - 2261 0630 
Emel: lynn.thakurta@cimb.com

Nama : Radiance Leong 
Senior Director 
Text 100 
Tel : +603 – 2282 2152 
HP : +6016 – 335 6234 
Emel : radiance.leong@text100.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.