ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN PENGALAMAN PERUNCITAN PERCUTIAN DENGAN AMAZON FASHION

Friday 17/11/2017



NEW YORK, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE: PVH], dan Amazon Fashion hari ini mengumumkan pengalaman peruncitan percutian CALVIN KLEIN X Amazon Fashion, yang kini tersedia untuk pelanggan membeli-belah sehingga 31 Disember. Pengalaman itu akan termasuk kedai pop-up di Bandar Raya New York dan Los Angeles, serta kedai jenama dalam talian di Amazon.com/mycalvins.

Pengalaman peruncitan percutian itu adalah yang pertama di antara Amazon Fashion dan CALVIN KLEIN, dan akan termasuk gaya eksklusif yang hanya disediakan kepada pelanggan Amazon di kedai pop-up dan kedai jenama dalam talian. Kedai pop-up akan ditempatkan di kejiranan SoHo di Bandar Raya New York dan di kota raya Santa Monica di Los Angeles. Setiap lokasi akan menjual produk CALVIN KLEIN UNDERWEAR, termasuk penawaran seluar dalam lelaki dan wanita serta pakaian kasual atau loungewear, manakala kedai dalam talian CALVIN KLEIN akan menawarkan pemilihan yang diperluaskan bagi produk CALVIN KLEIN UNDERWEAR dan CALVIN KLEIN JEANS.

"Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Amazon Fashion berhubung konsep peruncitan yang menarik ini," kata Cheryl Abel-Hodges, ketua bagi Calvin Klein Underwear dan President, The Underwear Group bagi PVH. "Adalah menjadi matlamat kami untuk menyampaikan persekitaran membeli-belah yang mendalam dan yang didorong oleh kandungan kepada pengguna, dan kami sangat gembira untuk memperkenalkan pengalaman ini kepada pembeli CALVIN KLEIN dan Amazon, baik yang berada di dalam talian dan di luar talian, tepat pada masanya untuk musim cuti."

Pengunjung ke kedai-kedai pop-up akan dapat dengan mudah membeli dengan mengimbas kod bar di Amazon App dan meminta barang mereka dihantar ke rumah, atau mereka boleh membeli di kedai. Bilik persalinan akan mengandungi peranti Amazon Echo, yang akan membolehkan pembeli untuk bertanyakan kepada Alexa pelbagai soalan mengenai produk dan pengalaman CALVIN KLEIN, mengawal ciri-ciri pencahayaan, dan memainkan muzik pilihan mereka.

Kedua-dua kedai pop-up akan menampilkan kawasan yang bertujuan untuk melibatkan diri dan menghiburkan pelanggan. Stesen pengubahsuaian akan membolehkan pembeli untuk membuat sulaman khas ke atas barangan CALVIN KLEIN UNDERWEAR yang dibeli. Ruang penciptaan kandungan akan menggalakkan pembeli untuk membuat klip media sosial mereka sendiri yang unik dan boleh dikongsi. Kawasan lounge akan menghubungkan pembeli di antara kedai bi-pesisir melalui panggilan video di Amazon Echo Show, yang membolehkan mereka untuk berinteraksi dan berkongsi kandungan yang menarik secara tepat masa.

Sepanjang musim percutian itu, kedai-kedai itu akan mengadakan acara istimewa dengan personaliti yang terkenal, termasuk supermodel dan usahawan Karlie Kloss dan pelawak dan penulis Lilly Singh. Kedua-dua Kloss dan Singh akan muncul di kedai jenama Amazon.com/mycalvins dan dengan ketara di sepanjang tempoh pengalaman peruncitan percutian itu.

"Musim percutian itu adalah satu daripada masa beli-belah yang paling penting bagi pelanggan kami, dan kami gembira untuk bekerjasama dengan CALVIN KLEIN untuk menyediakan pengalaman interaktif dan menyeronokkan yang menghubungkan pelanggan kami dengan produk dalam cara yang menarik," kata Michelle Rothman, Naib Presiden di Amazon Fashion. "Pelanggan juga akan dapat membeli barang CALVIN KLEIN eksklusif di amazon.com/mycalvins."

CALVIN KLEIN adalah sebuah jenama gaya hidup global yang menggambarkan cita-cita yang berani, progresif dan menggoda. Kami berusaha untuk mengasyikkan dan memberi inspirasi kepada audiens kami dan pada masa yang sama menggunakan imejan yang provokatif dan reka bentuk menarik untuk merangsangkan pancaindera.

Diasaskan pada tahun 1968 oleh Calvin Klein dan rakan perniagaannya Barry Schwartz, kami telah membina reputasi kami sebagai sebuah peneraju di dalam gaya fesyen Amerika melalui reka bentuk kami yang estetik dan berinovatif. Jualan runcit global bagi jenama produk CALVIN KLEIN melebihi $8 bilion pada tahun 2016 dan diedarkan di lebih 110 buah negara. CALVIN KLEIN mempunyai lebih 10,000 rakan bersekutu di seluruh dunia. Kami telah diperolehi oleh PVH Corp. pada tahun 2003.

Dengan sejarah yang menjangkau lebih 135 tahun, PVH telah unggul dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang kaya, untuk menjadi satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia. Kami mempunyai lebih 35,000 syarikat bersekutu yang menjalankan operasi di lebih 40 buah negara dan lebih $8 bilion dalam pendapatan. Kami memiliki jenama ikonik CALVINKLEINTOMMYHILFIGERVan eusenIZODARROWSpeedo*, Warner’s dan Olga, dan juga jenama peribadi True & Co. yang berpusatkan digital, dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenama ini dan jenama lain yang dimiliki dan dilesenkan di peringkat nasional dan antarabangsa.
 
*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan daripada Speedo International, Limited.

KREDIT EDITORIAL:          CALVIN KLEIN
                               
KREDIT RUNCIT – NYC:   CALVIN KLEIN X Amazon Fashion Pop-Up, 545 Broadway, New York, NY 10012
                               
KREDIT RUNCIT – LA:      CALVIN KLEIN X Amazon Fashion Pop-Up, 1444 Third Street Promenade, Santa Monica, CA 90401
                               
KREDIT IMEJ – NYC:         © 2017 Griffin Lipson/BFA.com
                               
KREDIT IMEJ – LA:            © 2017 Owen Kolasinski/BFA.com
                               
MEDIA SOSIAL:        facebook.com/calvinklein; calvinklein.tumblr.com; google.com/+calvinklein;
youtube.com/calvinklein; twitter.com/calvinklein; instagram.com/calvinklein
pinterest.com/calvinklein;snapchat: calvinklein;brand handle: @calvinklein
   
Hubungi
Calvin Klein, Inc.
Alexandra Wagner, 212-292-9794
Naib Presiden Kanan, Perhubungan Korporat
alexandrawagner@ck.com
atau
Amanda Peña, 212-292-9223
Pengarah, Perhubungan Korporat
amandapena@ck.com
 
Sumber: Calvin Klein, Inc.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171116005843/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.