PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Disember 15, 2017 -Jumaat

 
  APLIKASI PRIME VIDEO AMAZON KINI BOLEH DIPEROLEHI DI APPLE TV DI LEBIH 100 BUAH NEGARA

Thursday 07/12/2017



Penyepaduan dengan Aplikasi Apple TV, Alat Kawalan Jauh Siri dan pencarian universal membolehkan pencarian dan memainkan video kegemaran Prime Video sangat mudah untuk penonton

Prime Video pada Apple TV tiba tepat pada masanya untuk tayangan perdana The Grand Tour Musim 2 pada 8 Disember

SEATTLE, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- (NASDAQ: AMZN) — Amazon hari ini mengumumkan aplikasi Prime Video kini boleh diperolehi di Apple TV 4K dan generasi Apple TV sebelum ini di lebih 100 buah negara. Ahli-ahli Prime Video kini mempunyai lebih banyak cara untuk menyalurkan tajuk-tajuk yang telah memenangi anugerah dan yang diiktiraf termasuk Filem Asal Amazon, Filem Asal Prime dan blokbuster Hollywood dan siri TV dan lebih 140 langganan Saluran di Amerika Syarikat dan 95 di United Kingdom, Jerman dan Austria. Bermula esok, pelanggan dapat menikmati sukan Ragbi Khamis Malam secara langsung di Apple TV 4K dan Apple TV. Perpustakaan Amazon bagi tajuk-tajuk Julat Dinamik Tinggi 4K kini boleh didapati di Apple TV 4K. Mencari kandungan di Prime Video adalah sangat mudah untuk penonton Apple TV dengan aplikasi Apple TV, Alat Kawalan Jauh Siri dan pencarian universal di negara-neagara terpilih.

"Tidak ada apa-apa yang mengujakan kami selain daripada menggembirakan pelanggan kami, dan kami sangat gembira kerana mereka akan menyalurkan Prime Video pada Apple TV," kata Mark Eamer, Naib Presiden bagi Prime Video. "Aplikasi itu tiba tepat pada masanya untuk musim baharu The Grand Tour yang sangat dinanti-nantikan, yang dilancarkan pada 8 Disember, dan ahli-ahli Prime Video yang menyalurkannya di Apple TV 4K akan mempunyai pengalaman menonton 4K HDR yang luar biasa."

Pemilik Apple TV di seluruh dunia kini mempunyai akses kepada Filem Asal Amazon dan Filem Asal Prime seperti The Grand TourThe Marvelous Mrs. Maisel  dan The Tick bersama-sama dengan tayangan perdana yang akan datang Jean-Claude Van Johnson pada 15 Disember dan Phillip K. Dick’s Electric Dreams  pada 12 Januari. Prime Video menawarkan pelbagai kandungan kanak-kanak yang telah memenangi anugerah termasuk Tumble LeafIf You Give a Mouse a Cookie  dan The Snowy Day  serta tajuk-tajuk berlesen yang popular yang datang kepada perkhidmatan itu pada setiap bulan.

Maklumat mengenai Prime Video

Amazon Video adalah satu perkhidmatan hiburan premium atas permintaan yang menawarkan kepada ahli-ahli dengan pilihan terbaik mengenai apa yang harus ditonton, dan bagaimana untuk menontonnya. Prime Video menawarkan beribu-ribu filem dan rancangan TV, termasuk kandungan berlesen yang popular di samping Filem Asal Prime dari Amazon Studios seperti The Tick, siri Prime Video yang paling ditonton di seluruh dunia, The Grand Tour dari Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May, dan siri yang telah memenangi anugerah seperti The Man in the High CastleTransparentMozart in the Jungle dan lebih banyak tersedia untuk penstriman tanpa had sebagai sebahagian daripada keahlian Amazon Prime. Prime Video juga kini boleh diperolehi kepada ahli di lebih 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia di www.primevideo.com.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Capai Keinginan Prime oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Hubungi
Amazon.com, Inc.
Talian Penting Media
Amazon-pr@amazon.com
www.amazon.com/pr


Sumber: Amazon.com, Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20171206005741/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.