PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Disember 15, 2017 -Jumaat

 
  MITSUI CHEMICALS AGRO, INC. (MCAG) DAN BASF TANDATANGAN PERJANJIAN PENGKOMERSILAN UNTUK RACUN SERANGGA BAHARU DENGAN MOD TINDAKAN NOVEL IRAC

Thursday 07/12/2017



TOKYO & LIMBURGERHOF, Jerman, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals Agro, Inc. (MCAG) dan BASF SE hari ini mengumumkan penandatanganan satu perjanjian jangka panjang bagi pengkomersilan Broflanilide, sejenis racun serangga baharu untuk serangga perosak yang mengunyah tanaman dan kawalan serangga perosak bukan tanaman. Perjanjian pengkomersilan ini mengikuti perjanjian lesen global dan pembangunan eksklusif di antara kedua-dua buah syarikat yang telah diumumkan pada 11 Jun, 2014.
 
Di bawah terma perjanjian ini, MCAG memberikan hak eksklusif kepada BASF untuk memasarkan dan menjual produk Broflanilide di pasaran tertentu di seluruh dunia, tidak termasuk Jepun dan beberapa negara Asia dan negara lain di mana MCAG memegang hak eksklusif dan/ atau eksklusif bersama.
 
Broflanilide adalah sejenis kompaun dengan satu cara tindakan novel, yang menunjukkan keberkesanan yang sangat baik di dalam mengawal serangga perosak mengunyah yang bermasalah, termasuk beluncas dan kumbang dalam tanaman khusus dan berbaris, dan perosak bukan tanaman seperti anai-anai, semut, lipas dan lalat. Ia mempunyai aplikasi penggunaan yang berpotensi dalam bijirin sebagai satu rawatan benih untuk mengawal cacing dawai, dan juga untuk kegunaan daun dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbunga, kentang, kacang soya, kapas, jagung dan kekacang. Bahan aktif itu ditemui oleh MCAG dan pembangunan bersama racun serangga dengan BASF bermula pada tahun 2014.
 
Jawatankuasa Tindakan Rintangan Racun Serangga (IRAC) baru-baru ini meluluskan klasifikasi Broflanilide sebagai sejenis kompaun dengan satu mod tindakan baharu dalam Kumpulan 30: pemodulasi alosterik saluran CI GABA. Sehingga hari ini, Broflanilide adalah satu-satunya bahan aktif dalam IRAC Kumpulan 30. Dengan kimia yang berbeza itu, Broflanilide adalah sejenis kompaun penggunaan meluas yang sangat berkesan dan alat baharu yang berharga dalam Pengurusan Rintangan Racun Serangga (IRM).
 
"Kami teruja untuk terus memanfaatkan kepakaran dan keupayaan syarikat masing-masing untuk menawarkan penyelesaian berinovatif yang berpotensi kepada petani dan profesional pengurusan serangga perosak yang mencari alternatif kepada bahan kimia sasaran serangga perosak yang sedia ada," kata Jürgen Huff, Naib Presiden Kanan Pemasaran Strategik Global, Perlindungan Tanaman BASF .
 
"Kami juga yakin bahawa produk Broflanilide, dengan prestasi dan mod tindakan novel mereka yang cemerlang, boleh menyumbang kepada mereka yang berada di kedua-dua pengurusan pertanian dan serangga perosak profesional yang mencari penyelesaian yang berkesan," kata Shoichi Kondo, Ketua bagi Bahagian Perniagaan Antarabangsa MCAG. "Kerjasama ini akan menyumbang kepada pertumbuhan masa hadapan kami."
 
Pengenalan pertama pasaran bagi produk Broflanilide dijangka pada tahun 2020. Syarat-syarat kewangan bagi perjanjian ini tidak didedahkan.
 
Maklumat mengenai Kumpulan Mitsui Chemicals
 
Mitsui Chemicals (TOKYO: 4183) (ISIN: JP3888300005), yang menjejaki akar umbinya pada tahun 1912, mempunyai jualan tahunan sebanyak 1,200 bilion yen pada tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2017 dan lebih daripada 130 buah syarikat dengan lebih 13,000 orang pekerja di 28 buah negara. Sebagai satu daripada syarikat kimia yang terkemuka di Jepun, Mitsui Chemicals menyumbang secara meluas kepada masyarakat dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan menerusi inovasi dan penciptaan bahan dan produk dan pada masa yang sama mengekalkan harmoni dengan persekitaran global. Portfolio perniagaan mereka termasuk bahan-bahan untuk mobiliti generasi akan datang, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pembungkusan, agrokimia, bahan elektronik, dan sektor persekitaran dan tenaga. Mitsui Chemicals akan terus menyumbang untuk menyelesaikan cabaran-cabaran sosial dengan teknologi canggih mereka dan dengan "Mewujudkan Nilai Pelanggan Baharu melalui Inovasi". Perniagaan agrokimia global oleh Mitsui Chemicals dikendalikan oleh anak syarikatnya 100%, Mitsui Chemicals Agro, Inc., yang membekalkan agrokimia yang berinovatif untuk perlindungan tanaman dan pengurusan serangga perosak. Dengan satu sudut pandang berpusatkan pelanggan, Syarikat itu menawarkan produk dan perkhidmatan yang unik dan berkesan, dan menyumbang kepada pertanian yang mapan dan produktif. Berita terkini kumpulan boleh diperolehi di https://www.mitsuichem.com/en/.
 
Maklumat mengenai bahagian Perlindungan Tanaman BASF
 
Dengan populasi yang pesat berkembang, dunia semakin bergantung kepada keupayaan kami untuk membangun dan mengekalkan pertanian lestari dan persekitaran yang sihat. Bahagian Perlindungan Tanaman BASF bekerjasama dengan petani, profesional pertanian, pakar pengurusan serangga perosak dan lain-lain untuk membantu agar memungkinkan perkara ini. Dengan kerjasama mereka, BASF mampu mengekalkan saluran R&D yang aktif, sebuah portfolio produk dan perkhidmatan yang berinovatif, dan pasukan pakar di dalam makmal dan di dalam bidang berkenaan untuk menyokong pelanggan dalam memastikan perniagaan mereka berjaya. Pada tahun 2016, bahagian Perlindungan Tanaman BASF telah menjanakan jualan sebanyak €5.6 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari kami di www.agriculture.basf.com atau di mana-mana saluran media sosial kami.
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51725769&lang=en
 
Hubungi
Hubungan Media BASF:
BASF SE
Sharon Hall, +49 621 60-28013
Sharon.Hall@basf.com
atau
Hubungan Media Mitsui:
Mitsui Chemicals Agro, Inc.
Hiroshi Yokoyama, +81 3 5290 2719
Hiroshi.Yokoyama@mitsuichemicals.com
 
Sumber: Mitsui Chemicals Agro, Inc.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171206005457/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.