ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  PENERAJU KUNCI PINTAR GLOBAL ASSA ABLOY MENYERTAI LEMBAGA PENGARAH Z-WAVE ALLIANCE

Thursday 14/12/2017



ASSA ABLOY menggalas peranan pemimpin dalam Alliance untuk membantu penerimaan Z-Wave dan untuk menyokong jualan global Kunci Pintu Pintar Z-Wave


FREMONT, Calif., 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Z-Wave Alliance, sebuah konsortium terbuka untuk syarikat peneraju global yang membekalkan standard rumah pintar Z-Wave mengumumkan pada hari ini tentang penyertaan ASSA ABLOY dalam Lembaga Pengarah Alliance. Pemilik jenama kunci yang terkemuka dan dipercayai seperti Yale, Mul-T-Lock dan ABLOY, ASSA ABLOY menyertai ahli utama seperti ADT, Alarm.com, FIBARO, Huawei, Ingersoll-Rand, Jasco Products, LEEDARSON, LG Uplus, Nortek Security & Control, SmartThings dan Sigma Designs.

“ASSA ABLOY sudah pun menjadi peneraju dalam industri kunci pintar dan sedang mengambil langkah untuk menjadi daya global dalam keselamatan pintar dan kawalan akses terhubung,” ujar Mitchell Klein, Pengarah Eksekutif Z-Wave Alliance,“Seluruh Alliance akan memperoleh manfaat daripada sumbangan ASSA ABLOY kepada Lembaga Pengarah dan kepimpinan pada masa hadapan.”

Kumpulan ASSA ABLOY merupakan peneraju global dalam penyelesaian buka pintu dan menghasilkan pelbagai produk untuk pasaran komersial dan pelanggan. Kumpulan tersebut mempunyai produk buka pintu lengkap, penyelesaian dan perkhidmatan untuk pasaran institusi, komersial dan pelanggan serta kedudukan peneraju sedunia dalam bahagian kunci pintu pintar. Kini menawarkan kunci pintu pintar didayakan Z-Wave, ASSA ABLOY mencuri perhatian baru-baru ini dengan pemerolehan August Home, satu lagi ahli Alliance dan pengilang bagi penyelesaian kunci pintar Z-Wave.

“Kami menyokong Z-Wave dengan mantap menerusi kunci pintar Yale kami dan bercadang untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai pembuat keputusan dalam Z-Wave Alliance yang semakin berkembang,” kata Kevin Kraus, Pengarah Sokongan Teknologi dan Integrasi untuk Kediaman Yale di ASSA ABLOY Americas. “Sebagai ahli Lembaga, kami mahu membantu membangunkan keperluan produk Z-Wave global dengan mengembangkan tawaran kunci pintar kami di pelbagai kawasan di seluruh dunia.”

Sebagai ahli utama, ASSA ABLOY akan menyertai pembangunan keperluan produk Z-Wave global dan mempromosikan kunci pintar digital didayakan Z-Wave di seluruh dunia.

Z-Wave Alliance mempunyai lebih daripada 600 syarikat ahli di seantero dunia dan lebih daripada 2100 rumah pintar dan peranti IoT yang diperakui. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Z-Wave Alliance, sila lawati http://z-wavealliance.org. Ikuti Z-Wave Alliance di Facebook, Twitter dan di LinkedIn untuk maklumat terkini.

Perihal Z-Wave

Teknologi Z-Wave® adalah piawaian ITU terbuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (G.9959). Ia merupakan teknologi kawalan rumah wayarles yang terkemuka dalam pasaran hari ini, dengan lebih daripada 2100 produk sah yang boleh saling beroperasi di seluruh dunia. Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 600 buah syarikat di seluruh dunia, piawaian ini merupakan penyumbang utama bagi penyelesaian kehidupan pintar untuk aplikasi bidang keselamatan rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan komersial ringan.

Z-Wave® ialah tanda dagangan berdaftar Sigma Designs (NASDAQ SIGM) dan anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara lain.

Perihal Z-Wave Alliance

Ditubuhkan pada bulan Januari 2005, Z-Wave Alliance merupakan konsortium bagi syarikat terkemuka dalam ruang teknologi rumah yang dikhususkan bagi usaha menjayakan Z-Wave sebagai piawaian bagi produk kawalan rumah wayarles. Ahli utamanya termasuk: ADT, Alarm.com, ASSA ABLOY, FIBARO, Huawei, Ingersoll Rand Nexia Intelligence, Jasco Products, Leedarson, LG Uplus, Nortek Security & Control, SmartThings dan Sigma Designs. Ahli Perikatan ini menerajui pasaran kawalan rumah, menyediakan produk dan sistem yang tercanggih yang menyampaikan keselesaan, kemudahan, pemulihan tenaga, keselamatan dan keterjaminan yang dipertingkatkan.

Perihal ASSA ABLOY

ASSA ABLOY merupakan peneraju global untuk penyelesaian buka pintu yang mengkhusus dalam memenuhi keperluan keselamatan dan keselesaan pengguna akhir. Sejak penubuhannya pada tahun 1994, ASSA ABLOY telah berkembang daripada sebuah syarikat serantau menjadi kumpulan antarabangsa dengan kira-kira 47,000 orang pekerja, dengan operasi di lebih 70 buah negara dan jualan bagi SEK 71 bilion. Dalam segmen keselamatan elektromekanik yang pesat membangun, Kumpulan tersebut memegang kedudukan peneraju dalam bidang seperti kawalan akses, teknologi pengecaman, pengautomasian kemasukan dan keselamatan hotel.

Pernyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan dalam lingkungan makna bagi Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk pernyataan tentang manfaat keahlian Z-Wave Alliance, manfaat penggunaan Z-Wave dalam tawaran produk, termasuk manfaat ciri tertentu peranti Z-Wave yang dipertingkat. Hasil sebenar mungkin berbeza dengan ketara kerana beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerimaan Z-Wave Alliance oleh pengguna dan pelanggan (termasuk manfaat keahliannya), dan teknologi Z-Wave di rantau yang berkaitan, keupayaan Z-Wave Alliance untuk bersaing dengan perikatan yang serupa dalam industri dan berkenaan teknologi Z-Wave untuk bersaing dengan teknologi atau produk lain yang berkaitan di pasaran, jika ada, serta risiko lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan kami kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk laporan yang dibuat pada Borang 10-Q. Pembaca dinasihatkan agar tidak meletakkan kepercayaan yang tidak wajar pada pernyataan masa hadapan ini, yang hanya setakat tarikh yang dinyatakan di sini. Kami tidak memikul apa-apa tanggungjawab untuk menyiarkan kepada umum atau dengan cara lain mendedahkan hasil apa-apa semakan kepada pernyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat kerana peristiwa atau keadaan selepas tarikh tersebut atau untuk mencerminkan peristiwa yang tidak dijangka.

Hubungan Akhbar:
Caster Communications, Inc. Di 401.792.7080
Ashley Daigneault ashley@castercomm.com
Untuk gambar digital, daftar masuk ke www.castercomm.com 

SUMBER : Z-Wave Alliance

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.