ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PEMETERAIAN SURAT HASRAT (LOI) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) BERSAMA DUA BUAH UNIVERSITI TERKEMUKA DI UNITED KINGDOM

Thursday 14/12/2017


Dari Kiri : Encik Ramlan Mohd Imam, Dekan Fakulti Muzik ASWARA, Professor Olwen Moseley, Dekan Cardiff School of Art & Design, Cardiff Metropolitan University, YBhg. Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Rizon Juhari, Rektor ASWARA dan Dr. Fiaz Hussein, Timbalan Dekan, International, Cardiff Metropolitan University semasa Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LoI) di Cardiff Metropolitan University, United Kingdom (UK)



UNITED KINGDOM, 14 Dis (Bernama) -- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah melangkah setapak lagi apabila Majlis Pemeteraian Surat Hasrat (LoI) antara ASWARA dan Cardiff Metropolitan University serta ASWARA dan Royal Welsh College of Drama & Music mengenai jalinan kerjasama strategik menerusi kerjasama dalam bidang animasi & media, komunikasi dan seni halus, kerjasama mobiliti pelajar dan pensyarah ASWARA, menjalinkan perhubungan kerjasama atas pembangunan pengajian berasaskan amali, penyelidikan dan pertukaran ilmu yang boleh memanfaatkan kedua-dua belah pihak telah dimeterai pada 11 dan 12 Disember 2017.
 
Pada majlis ini, ASWARA diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Rizon Juhari, Rektor ASWARA manakala dari pihak Cardiff Metropolitan University diwakili oleh Professor Olwen Moseley FHEA, Dekan Fakulti Seni & Rekaan sementara itu dari pihak Royal Welsh College of Music & Drama diwakili oleh John Cranmer, Direktor Muzik.
 
Kerjasama ini diadakan bersempena lawatan akademik YBhg Prof Dato’ Ir Dr Mohd Rizon ke kedua-dua buah universiti tersebut. Turut serta semasa lawatan adalah Encik Ramlan Mohd Imam, Dekan Fakulti Muzik, ASWARA. 

NOTA KEPADA EDITOR
 
Mengenai ASWARA
 
AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) telah ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653).
 
ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.
 
ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.
 
Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT & ANTARABANGSA
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur
Tel: 03 2778 5999/5920/5922
Faks: 03-2778 5903

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.