ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KUALA LUMPUR TEMPAT KE-10 BANDAR RAYA MENERIMA PELANCONG ASING TERTINGGI OLEH LAPORAN TOP-100 CITY DESTINATIONS RANKING 2017

Friday 15/12/2017



PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) -- Kuala Lumpur menduduki tempat ke-10 sebagai bandar raya yang menerima jumlah kedatangan pelancong asing tertinggi. Demikian menurut Laporan Top 100 City Destinations Ranking 2017 Edisi terbitan Euromonitor International.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam mempromosikan Malaysia serta melonjakkan bandar raya Kuala Lumpur sebagai destinasi tarikan pelancongan utama dunia.

Tambahan pula, keputusan kerajaan untuk menjadikan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya termasuk Jalan Alor sebagai pusat membeli belah terkenal serta moden telah membuahkan hasil apabila bilangan pengunjung bertambah secara mendadak dan setaraf dengan pusat-pusat beli belah terkenal di dunia seperti Oxford Street (London), Shinjuku (Tokyo) dan Tsim Sha Tsui (Hong Kong).

Sebagai destinasi membeli-belah terkenal, Kuala Lumpur menjadi tumpuan pelancong antarabangsa dengan menawarkan harga berpatutan, menyediakan infrastuktur yang mesra pelanggan dan sistem pengangkutan awam yang efisien.

Kuala Lumpur telah berkembang daripada sebuah penempatan perlombongan kini muncul sebagai kotaraya yang pesat maju dengan kemudahan infrastruktur dan sistem pengangkutan dan komunikasi yang moden.

Selain itu, Kuala Lumpur juga menawarkan banyak tarikan dan keunikan lain, antaranya Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah serta Hutan Simpan Bukit Nanas.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88917181
Laman Web : www.motac.gov.my
Emel : info@motac.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.