ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY, MQA) YANG BAHARU

Wednesday 03/01/2018



KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)  ingin memaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Dr. Rahmah binti Mohamed telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MQA yang baru berkuat kuasa 2 Januari 2018.  Pelantikan ini bagi menggantikan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Rujhan Mustafa yang bertukar jabatan.
 
YBhg. Dato’ Dr. Rahmah merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran dalam Biokimia dari University of Queensland Australia.  Sebelum menyertai MQA,  beliau merupakan Naib Canselor di INTI International University.
 
Beliau memulakan kerjayanya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kemudiannya dilantik sebagai pensyarah, Profesor Madya dan Profesor. Semasa memegang jawatan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UKM, beliau telah membawa banyak perubahan terutamanya dalam bidang inovasi dan pengkormersialan hasil penyelidikan.
 
Pencapaian penyelidikan YBhg. Dato’ Dr. Rahmah dalam bidang genom bakteria tropika telah membawa kepada penghargaan di peringkat nasional dan antarabangsa, antaranya Anugerah Saintis Muda Sedunia Akademi Dunia Ketiga, Anugerah Saintis Muda Negara, Anugerah British Council, Alumnus Antarabangsa Universiti Queensland Australia, Malaysian Australian Distinguished Alumni Award dan Private Education Excellence Award (Research Commercialization).
 
Sumbangan beliau terhadap kemajuan sains biologi telah diiktiraf dengan pemilihannya sebagai Fellow  dan Ahli Majlis di Akademi Sains Malaysia. 

SUMBER : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
 
Nama : Mohamad Fairul Mohamad Hatim
Penolong Pengarah
Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa, MQA
Tel : 03-7968 6034 / 017-9796783
Emel : mfairul@mqa.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.