ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  BRILLIANCE AUTO BERGABUNG TENAGA DENGAN RENAULT UNTUK MENEROKAI PASARAN ANTARABANGSA DI SEPANJANG "BELT AND ROAD"

Thursday 11/01/2018

AsiaNet 71831

SHENYANG, China, 11 Jan., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Kumpulan Brilliance Auto dari China baru-baru ini memeterai satu perjanjian dengan Kumpulan Renault untuk menubuhkan Renault Brilliance Jinbei Automotive Co., Ltd., satu usaha sama untuk menghasilkan kenderaan komersial ringan (LCV) di bawah tiga jenama iaitu Jinbei, Renault dan Huasong, dengan satu matlamat untuk menjual 150,000 kenderaan seumpama itu setahun menjelang tahun 2022.

Ia mengambil Kumpulan Brilliance Auto hanya satu tahun untuk bergabung tenaga dengan jayanya bersama Kumpulan Renault dan mewujudkan satu mod kerjasama baharu: untuk buat pertama kalinya dalam era baharu industri automobil China, usaha sama yang sama akan mereka bentuk dan menghasilkan kenderaan bagi kedua-dua jenama asing dan jenama domestik, yang akan menjadi sebuah platform bertaraf dunia untuk membangunkan kenderaan komersial.

Pengerusi Kumpulan Brilliance Auto, Qi Yumin berkata pada masa lalu, usaha sama seperti itu biasanya digunakan untuk mengendalikan sebuah jenama asing dan pihak China hanya boleh menggunakannya keuntungan itu untuk menyokong pembangunan jenama mereka sendiri. Sekarang, melalui usaha sama itu, ketiga-tiga jenama itu, iaitu Jinbei dan Huasong dari China, serta Renault dari Perancis, boleh berkembang seiringan, yang sesuai dengan pembangunan pesat bagi jenama China itu sendiri.

Perlu dinyatakan di sini bahawa kerjasama di antara Brilliance dan Renault akan menyatukan teknologi termaju dan pengalaman dari kedua-dua belah pihak di dalam bidang masing-masing dan kedua-dua buah syarikat akan menyumbangkan produk dan teknologi kepada perniagaan usaha sama itu. Brilliance boleh memanfaatkan sepenuhnya platform, teknologi dan konsep pengurusan termaju yang diperkenalkan oleh Renault, dan merealisasikan transformasi dan peningkatan mereka sendiri. Ini akan menambahkan satu reputasi luar biasa kepada kehadiran Brilliance di pasaran luar negara yang telah dipergunakannya selama bertahun-tahun.

Difahamkan bahawa Brilliance adalah di antara kumpulan pertama pembuat kereta China yang menggunakan satu pelan untuk bergerak ke dalam pasaran luar negara. Sehingga sekarang, rangkaian pengedaran luar negara Brilliance telah meliputi lebih daripada 100 buah negara dan wilayah di Afrika, Amerika Tengah dan Selatan dan Asia Pasifik, dan jumlah keseluruhan pengedar mereka mencapai hampir 400. Dengan pelaksanaan Inisiatif Belt and Road yang baik, Brilliance berhasrat untuk merangka satu strategi yang lebih mapan untuk membuka pasaran luar negara bagi jenama mereka sendiri di masa akan datang.
 
Sumber: Kumpulan Brilliance Auto
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=304523 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.