ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  PENGERUSI KUMPULAN TIENS LI JINYUAN MENGHADIRI FORUM PEMBANGUNAN GLOBAL PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA CHINA KELIMA

Monday 15/01/2018



AsiaNet 71861
 
HANGZHOU, China, 15 Jan., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 10 Januari 2018, Forum Pembangunan Global PKS China Kelima dan Forum Inovasi dan Pembangunan Jenama China Kelima telah diadakan di Hotel Intercontinental Hangzhou. Pengerusi Kumpulan Tiens Li Jinyuan, sebagai Naib Presiden Kanan untuk Perikatan Global bagi PKS Wilayah China, menghadiri majlis tersebut dan berbincang dengan pemimpin dan pakar antarabangsa yang lain mengenai peluang-peluang pembangunan PKS yang baharu di seluruh dunia pada 2018 untuk membantu PKS mengumpulkan sumber antarabangsa, berkembang ke dalam pasaran global, dan menemui peluang-peluang untuk kerjasama bagi membangun dan mewujudkan secara bersama platform-platform baharu.
 
Turut hadir adalah Encik Hou Yan, Penolong kepada Presiden bagi Kumpulan Tiens dan Cik Huang Jiazhen, Pengarah Kanan bagi Jabatan Penjenamaan dan Perhubungan Awam Global Kumpulan Tiens.
 
Acara itu telah dianjurkan oleh Perikatan Global bagi PKS, Persatuan Kerjasama dan Pertukaran Antarabangsa Amerika Syarikat-China, dan Projek Inovasi dan Pembangunan Jenama China. Dengan "Era Baharu" sebagai temanya, persidangan itu secara menyeluruh menganalisis perkembangan ekonomi pada tahun 2017 dan secara aktif menerokai trend bagi pasaran China dan antarabangsa pada tahun 2018 untuk memahami dengan pantas peluang-peluang perniagaan global.
 
Sebagai sebuah wakil korporat yang cemerlang di dalam strategi global yang berterusan bagi jenama-jenama kebangsaan China, usahawan yang hadir begitu memuji strategi antarabangsa yang diambil oleh Kumpulan Tiens. Perikatan Global bagi PKS, yang merupakan penganjur bagi persidangan tersebut, berkata Pengerusi Li mengetuai Kumpulan Tiens ke dalam pasaran antarabangsa dengan imej jenama China. Strategi globalisasi dan pencapaian cemerlang oleh Kumpulan Tiens sangat dikenali di dalam negara dan juga di luar negara. Perikatan Global bagi PKS telah melantik Pengerusi Li Jinyuan sebagai Naib Presiden Kanan bagi Wilayah China untuk membantu membimbing dan membantu perusahaan China di dalam menembusi pasaran global dan membentuk imej jenama China.
 
Semasa forum itu, Pengerusi Li Jinyuan telah dijemput untuk mengambil bahagian di dalam satu dialog di antara bekas Perdana Menteri Britain David Cameron dan usahawan-usahawan China. Wang Zhenghua, pengerusi bagi Kumpulan Chunqiu, Li Guangdou, perunding jenama CCTV dan pakar strategi pemasaran jenama yang terkenal, dan Chen Jun, Pengerusi bagi Guo-Chuang Limited bersama-sama dengan David Cameron telah bertukar-tukar idea secara mendalam mengenai globalisasi dan bagaimana kerajaan boleh membantu perniagaan berkembang. Pengerusi Li Jinyuan berkata bahawa acara-acara pada forum itu telah banyak meningkatkan persahabatan di antara China, Britain, Perancis, Korea Selatan, dan negara-negara lain dan telah membentuk satu platform yang sangat baik untuk kerjasama dan pertukaran di antara perusahaan.
 
Semasa majlis makan malam selepas forum itu, Pengerusi Li Jinyuan dan tetamu yang hadir telah bertukar-tukar pandangan secara mendalam berhubung strategi global mengenai kesihatan perniagaan bagi Kumpulan Tiens dan strategi bagi syarikat permulaan yang ketiga untuk mereka. Pengerusi Li Jinyuan berkata bahawa sebagai sebuah konglomerat transnasional yang mengintegrasikan modal industri, modal komersial, dan modal kewangan di dalam pelbagai bidang seperti bioteknologi, pengurusan kesihatan, pelancongan hotel, pendidikan dan latihan, e-dagang, perdagangan antarabangsa, dan pelaburan kewangan, Kumpulan Tiens dibimbing oleh prinsip-prinsip strategik mengenai kepelbagaian perniagaan, integrasi rangkaian, dan sinergi perniagaan. Dengan sebuah visi global yang didasarkan kepada strategi Belt and Road, Kumpulan Tiens akan mempromosikan pelancaran pelbagai model perniagaan di seluruh dunia untuk berkongsi model-model yang berinovatif berhubung pemasaran yang berasaskan ekonomi dan pengalaman pelanggan. Kami akan terus mempromosikan penggunaan untuk mewujudkan kekayaan, mewujudkan kekayaan yang lebih besar bagi perniagaan keluarga, mengintegrasikan sumber-sumber sosial, dan menggabungkan e-dagang dengan kedai-kedai runcit, mencapai peningkatan nilai dan membentuk sebuah perikatan global.
 
Beliau menyatakan bahawa sebuah "China yang sihat" sudah menjadi strategi kebangsaan China. Kumpulan Tiens, sebagai sebuah peneraju di dalam industri kesihatan, mematuhi dasar-dasar kerajaan dan trend umum, mendorong ke hadapan dengan pembangunan industri kesihatan dengan mengoptimum dan mengintegrasikan sumber-sumber rangkaian global Kumpulan Tiens. Pada masa ini, Kumpulan Tiens telah menubuhkan cawangan di 110 buah negara dan wilayah, membahagikan semula pasaran global kepada 21 wilayah dan juga memasuki pasaran baharu di 37 buah negara dan wilayah, seperti Australia, Perancis, Korea Selatan, dan Emiriah Arab Bersatu. Kumpulan Tiens telah membentuk pakatan strategik dengan syarikat-syarikat antarabangsa utama dan telah menetapkan aras berhubung pengantarabangsaan bagi perusahaan China.
 
Sumber: Kumpulan Tiens
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=304749
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.