ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  POLYPLASTICS MENAWARKAN RANGKUMAN TERMOPLASTIK KEJURUTERAAN YANG MELUAS UNTUK KIMPALAN LASER

Tuesday 16/01/2018



AsiaNet 71884 

TOKYO, 16 Jan., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Polyplastics Co., Ltd. menawarkan pelbagai jenis termoplastik kejuruteraan yang memudahkan kimpalan laser bagi komponen perumahan bagi industri automotif dan elektrik/ elektronik. Bahan-bahan seperti DURACON(R) POM dan DURANEX(R) PBT adalah sangat sesuai dengan kimpalan laser dan mempunyai semakin luas aplikasi penggunaan akhir.

(Imej: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201801129848/?images)
 
Kimpalan laser adalah satu kaedah ikatan yang menggunakan kebolehpindahan laser bagi sebuah bahan plastik di satu pihak (bahan penghantaran) dan bahan lain yang mengandungi bahan tambahan seperti karbon hitam yang menyerap cahaya laser (bahan penyerap) di satu pihak yang lain. Jarak gelombang bagi laser, seperti laser diod atau laser YAG, adalah kira-kira 800 - 1,200nm yang sedikit lebih panjang berbanding dengan jarak gelombang cahaya yang boleh dilihat.

Rangkuman gred kimpalan laser oleh Polyplastics termasuk DURANEX PBT, sebuah resin yang mengimbangi kos yang mempamerkan rintangan haba yang sangat baik, boleh dibentuk, dan sifat-sifat elektrik untuk perumahan. Syarikat itu telah mengoptimumkan produk DURANEX PBT mereka dengan mengkaji semula kandungan getah, bersama-sama dengan ejen penyebatian, bagi membangunkan DURANEX PBT 730LW yang membolehkan kimpalan laser dari bahan kerja yang setebal 2mm yang tidak boleh dicapai dengan bahan yang digunakan sebelum ini.

Satu lagi produk utama ialah DURACON POM yang mempamerkan kebolehpindahan cahaya yang cemerlang, walaupun apabila dibandingkan dengan plastik kejuruteraan separa kristal yang lain. Ia juga mempunyai satu takat lebur yang rendah, yang membolehkan output laser yang diperlukan untuk mengimpal dikekalkan di paras yang rendah, Polyplastics telah mengeluarkan DURACON POM M90LP, yang mana menggunakan pigmen yang tidak menghalang kebolehpindahan laser.

Polyplastics tidak hanya melakukan pemilihan gred dan pembangunan yang sesuai untuk kaedah kimpalan laser; ia juga menawarkan sokongan reka bentuk produk CAE dan sebuah sistem penilaian yang memaksimumkan sebuah mesin kimpalan laser yang sebenar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.polyplastics.com/en/support/proc/laser/index.vm
 
DURACON (R) adalah sebuah cap dagang berdaftar milik Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan
negara lain
DURANEX(R) adalah sebuah cap dagang berdaftar milik Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan negara lain dan digunakan di bawah lesen oleh WinTech Polymer Ltd.
 
Maklumat mengenai Polyplastics
Polyplastics adalah sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan dan pengeluaran bagi penyelesaian termoplastik kejuruteraan. Portfolio produk syarikat itu yang luas termasuk POM, polibutilena terephthalate (PBT), polifenilena sulfida (PPS), dan polimer kristal cecair (LCP). Syarikat itu mempunyai penguasaan pasaran yang terbesar di dunia bagi POM. Dengan memiliki lebih 50 tahun pengalaman, syarikat itu disokong oleh sebuah rangkaian penyelidikan & pembangunan, pengeluaran, dan sumber jualan global.
 
Sumber: Polyplastics Co., Ltd.

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.