|
|
|
|
|
|
HEBAHAN MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN BAHARU 2018 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Monday 22/01/2018
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Majlis Amanat Naib Canselor Tahun Baharu 2018 pada 24 Januari 2018, pukul 9.00 pagi bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Majlis ini merupakan landasan tahunan kepada Naib Canselor untuk menyampaikan sasaran/ amanat/ perancangan bagi melonjakkan imej dan nama UPSI selain mencetus semangat dan idea baharu kepada warganya untuk membangunkan diri dan organisasi untuk cemerlang bersama-sama dengan kepimpinan Naib Canselor.
Bersempena majlis itu juga, UPSI akan melancarkan lagu bertajuk Cemerlang Bersama hasil kreativiti dekan dan pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan iaitu Profesor Madya Zaharul Lailiddin Saidon, Nazimin Nazeri dan Husnil Amin Zakaria. UNIT MEDIA DAN PENERBITAN KORPORAT BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama : Pn. Sajarutul Nor Kasim Tel : 0129433729 / 05-4506000
--BERNAMA |
|
|
|
|
|