ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  KUMPULAN TIENS LANCAR STRATEGI PENJENAMAAN GLOBAL BAHARU YANG MENSASARKAN GENERASI MUDA

Friday 02/02/2018



AsiaNet 72145

TIANJIN, China, 2 Feb., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 28 Januari, 2018, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan memulakan satu sidang akhbar di ibu pejabat Kumpulan Tiens di Tianjin untuk mengumumkan pelancaran di seluruh dunia bagi strategi dan penambahbaikan penjenamaan baharu mereka. Dengan kehadiran lebih 6,000 orang, persidangan itu merupakan acara utama yang pertama yang diadakan oleh Kumpulan Tiens pada tahun baru itu. Bagi mempercepatkan pengembangan antarabangsa dan strategi penjenamaan baharu untuk Kumpulan Tiens, yang memberi tumpuan kepada generasi muda dalam usia 30-an, strategi baharu Kumpulan Tiens akan mengintegrasikan tema bagi permulaan baharu, kaedah baharu, model perniagaan baharu, dan satu masa hadapan yang baharu, sambil mengekalkan pengembangan mereka yang mantap di peringkat antarabangsa.

Kumpulan Tiens ditubuhkan pada tahun 1995 dan dalam sejarahnya selama 23 tahun, syarikat itu telah berkembang daripada sebuah perusahaan persendirian yang kecil kepada konglomerat antarabangsa seperti yang wujud pada hari ini. Pada masa ini, Kumpulan Tiens mempunyai lokasi di 110 buah negara dan wilayah yang meliputi pasaran di lebih 190 buah negara di seluruh dunia dalam bidang seperti bioteknologi, pengurusan kesihatan, hotel dan pelancongan, pendidikan dan latihan, e-dagang, perdagangan antarabangsa, dan kewangan. Ia juga telah membentuk pakatan strategik dengan perusahaan besar di banyak negara dan telah menjadi sebuah jenama global China yang terkemuka.

Persidangan Strategi Penjenamaan Global Kumpulan Tiens telah dilancarkan oleh Carol Huang, Pengarah Kanan bagi Kumpulan Jenama dan Perhubungan Awam Antarabangsa. Huang menjelaskan bahawa penyelidikan pasaran Kumpulan Tiens telah membawa syarikat itu untuk mengalihkan tumpuan penjenamaan mereka kepada golongan wanita muda pada usia 30 tahun dan Kumpulan Tiens akan meningkatkan usaha mereka untuk mempromosikan strategi penjenamaan baharu mereka. Pada persidangan itu, Kumpulan Tiens juga mendedahkan Logo / VI / CI jenama baharu mereka, pembungkusan produk baharu dan dinaik taraf, dan laman web rasmi baharu. Strategi pemasaran digital baharu oleh syarikat itu telah digunakan kepada setiap sektor, dengan menyediakan kepada pengguna global yang berminat di dalam peluang-peluang pembangunan dan kolaborasi Kumpulan Tiens dengan idea-idea pelaksanaan yang jelas, sebuah komuniti yang mesra untuk berinteraksi, dan pemasaran.

Turut ditekankan pada persidangan itu adalah nilai-nilai teras bagi jenama Kumpulan Tiens, yang termasuk memberi tumpuan kepada pasaran global, memacukan pelaksanaan, dan misi jenama Kumpulan Tiens iaitu menyayangi, kesihatan, dan berkhidmat kepada masyarakat.

Peningkatan keseluruhan bagi strategi penjenamaan Kumpulan Tiens dan menaik taraf sistem CI dan VI korporat mereka akan membolehkan imej baharu syarikat itu menjadi satu daya positif di dalam dunia dan mewujudkan pakatan global.

Siri CELLES TIANE M&Y HYDRA yang baharu bagi Kumpulan Tiens, yang baru-baru ini telah memenangi ANUGERAH CITA RASA TERBAIK 2017 - Anugerah Produk Penjagaan Kulit Tenaga Tahunan (dianugerahkan oleh SINA Corporation, sebuah syarikat media dalam talian yang berkhidmat di China dan komuniti Cina di peringkat global) telah didedahkan secara umum buat kali pertama pada majlis itu, yang telah mencetuskan kegembiraan di kalangan penonton.

Dalam satu temu bual media sebelum persidangan itu, Pengerusi Li Jinyuan bercakap berhubung peluang-peluang untuk pengembangan Kumpulan Tiens di peringkat global pada tahun 2018, dengan berkata, "Pada tahun 2018, integrasi ekonomi dan maklumat global akan menjadi trend. Kumpulan Tiens menggunakan teknologi data besar dan pengkomputeran awan untuk mengintegrasikan rangkaiannya dan mencapai sinergi perniagaan, mencakupi 21 wilayah yang meliputi 224 buah negara dan rantau dan menembusi lima benua di dunia, sekali gus memenuhi strategi Belt and Road China. Bukan sahaja Kumpulan Tiens sedang 'berkembang keluar' tetapi juga 'membawa masuk', dengan memperolehi pelbagai projek untuk memastikan perniagaan, melindungi pekerjaan, menggalakkan kesihatan dan keselamatan, dan memastikan pembangunan."

Richard Shaw, seorang Cina warga Amerika yang pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden bagi Perancangan Strategik /Naib Presiden bagi Pengurusan Jenama Portfolio untuk sebuah kumpulan jualan langsung yang terbesar di dunia, baru-baru ini menyertai perniagaan jualan langsung global Kumpulan Tiens sebagai pengurus besar dan juga membuat penampilan di persidangan itu. Shaw berkata bahawa kepelbagaian perniagaan, integrasi rangkaian, dan model ekosistem sinergi perniagaan oleh Pengerusi Li Jinyuan membentuk satu mekanisme komersil untuk saling bersambung di peringkat antarabangsa. Sudah pasti satu strategi berinovatif yang mempunyai potensi untuk menjadi satu model perniagaan utama dan trend pembangunan jenama.

Berhubung pembangunan Kumpulan Tiens di Dubai, yang telah dinyatakan oleh CATV Dubai, Pengerusi Li berkata bahawa Kumpulan Tiens telah meninjau pasaran Dubai sejak awal tahun 2000. Walaupun menghormati dan memahami penuh terhadap adat dan kebudayaan tempatan, Kumpulan Tiens telah dengan tepat menempatkan kumpulan pengguna Dubai, mensasarkan terutamanya pasaran belia dan menyediakan kepada pengguna dengan pemasaran yang berasaskan pengalaman untuk benar-benar meyakinkan pengguna mengenai nilai produk Kumpulan Tiens. Ini akan menjadi titik kemasukan bagi Kumpulan Tiens di dalam menyebarkan pengaruh jenama mereka dan akhirnya mencapai pengiktirafan nilai di Dubai. Pada masa akan datang, Kumpulan Tiens akan memanfaatkan industri OEM dan ODM yang mantap di Dubai untuk menggunakan OEM, ODM, dan juga logistik, penggudangan, dan sistem pengedaran Tiens di rantau itu bagi membekalkan produk Tiens ke wilayah jiran, termasuk Eropah, Timur Tengah, dan Afrika Utara.

Berkenaan dengan masa depan bagi pembangunan global Kumpulan Tiens, Pengerusi Li menekankan bahawa Kumpulan Tiens akan menggunakan sebuah imej jenama antarabangsa dengan ciri-ciri unik dari segi budaya dan memanfaatkan dasar yang berfaedah untuk membantu melaksanakan integrasi rangkaian dan strategi pembangunan sinergi perniagaan. Ia akan juga berusaha untuk mendalami pembangunan di sepanjang wilayah Belt and Road untuk membina platform seperti Maya E-dagang, Kesihatan Tai Ji Sun, All-Legend International Tourism Union, International Hotel Alliance, Pendidikan dan Latihan SynaCo, Yiwu Antarabangsa, mata, e-dompet, dan platform penjagaan kesihatan berskala besar yang berasaskan pengalaman yang lain. Pemasaran platform bersilang dan integrasi perkhidmatan akan juga digunakan untuk membantu mempromosikan falsafah Kumpulan Tiens berhubung pengujudan kekayaan untuk keluarga di seluruh dunia, dengan mencapai satu perikatan perniagaan global yang pelbagai, dan mewujudkan jenama China yang terkenal di dunia.

Selepas berbulan-bulan melakukan perancangan yang teliti dan penyediaan di peringkat tinggi, Kumpulan Tiens akan melaksanakan strategi jenama global mereka ke peringkat seterusnya pada tahun 2018, dengan persidangan akhbar ini sebagai titik permulaannya. Untuk mengumumkan strategi pengantarabangsaan baharu bagi Kumpulan Tiens, Pengerusi Li Jinyuan telah menyusun eksekutif dan wakil perniagaan Kumpulan Tiens dari seluruh pelusuk dunia ke acara tersebut dan beliau secara peribadi telah memimpin eksekutif yang baharu dilantik itu, yang berasal dari sebuah perusahaan Fortune 500, untuk menyertai beliau di atas pentas.
 
SUMBER: Kumpulan Tiens
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=306162 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.