ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  C6 INTELLIGENCE MELANTIK PENGARAH URUSAN APAC UNTUK MEMPERLUASKAN PASUKAN ASIA MEREKA

Thursday 08/02/2018



SINGAPURA, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- C6 Intelligence, sebuah syarikat Acuris yang merupakan pemimpin industri di dalam Anti Rasuah, Anti Pengubahan Wang Haram dan Jenayah Siber, hari ini mengumumkan pelantikan Christophe Barel sebagai Pengarah Urusan APAC untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka di Asia.

Christophe Barel menyertai C6 Intelligence pada 15 Januari 2018. Beliau akan memainkan satu peranan utama di dalam strategi pembangunan perniagaan keseluruhan C6 Intelligence di APAC dan mengukuhkan kehadiran syarikat itu di rantau berkenaan.

"Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan Christophe Barel ke dalam syarikat ini kerana pengalaman komersial dan pengurusan beliau yang luas," kata Joel Lange, Pengarah Urusan bagi C6 Intelligence. "Dengan pengetahuan Christophe di dalam industri risikan data, kami yakin bahawa beliau adalah orang yang paling sesuai untuk memimpin perniagaan C6 di Asia ke tahap yang lebih tinggi."

Sebelum menyertai C6 Intelligence, Christophe telah menjadi Pengarah Jualan APAC di Acuris selama 5 tahun, dengan memberi tumpuan kepada perundangan dan pematuhan produk: Laporan Dasar dan Kawal Selia (PaRR), Profil Modal dan Kumpulan Laporan Undang-undang (LRG). Sebelum menyertai Acuris, beliau sebelum ini memegang jawatan di Capgemini, Arkadin dan Altran, di Asia dan Eropah.

"Saya tidak sabar untuk menjalin kerjasama dengan pasukan pakar di C6 Intelligence untuk memperkenalkan jenama hebat ini di Asia. Potensi yang terdapat di pasaran ini sangat besar dan saya amat teruja kerana C6 sedang berkembang ke arah anti penyogokan dan  rasuah, keselamatan siber dan anti penipuan di samping kekuatan teras mereka dalam AML / KYC. Dengan memanfaatkan pangkalan data C6 yang komprehensif bagi kecerdasan yang boleh dilaksanakan, saya yakin kami bersedia untuk menawarkan perkhidmatan yang tiada tandingannya kepada pelanggan kami," kata Christophe Barel.

Christophe Barel baru-baru ini telah melantik Cheryl Kwok sebagai Pengarah Jualan APAC. Sebelum turut serta, Cheryl Kwok memegang jawatan sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan APAC bagi ethiXbase. Sebelum itu, beliau bekerja sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau di Bureau van Dijk.

-Akhir-

Maklumat mengenai C6 Intelligence:

Ditubuhkan pada tahun 2004 C6 Intelligence, sebuah syarikat Acuris adalah pakar di dalam Anti Rasuah, Anti Pengubahan Wang Haram dan Jenayah Siber. Sejak itu, C6 telah mengumpulkan pangkalan data yang paling komprehensif berhubung perisikan yang boleh diambil tindakan yang berkaitan dengan Orang Yang Terdedah Dari Segi Politik (Pep’s) dan Orang Perseorangan, Syarikat dan Bidang Kuasa Yang Disekat. Pada masa ini, C6 telah mengenal pasti sumber-sumber tempatan dan global yang paling relevan yang membolehkan kami mewujudkan satu proses pengumpulan Kritikan Media yang kena pada masanya, tepat dan relevan yang berkaitan dengan senarai jenayah yang diramalkan oleh FATF. Kesemua maklumat ini disahkan oleh perisikan manusia dan telah membawa kepada pembangunan perkhidmatan terurus Kritikan Media kami yang baharu. Pangkalan data kami meliputi lebih 200 bidang kuasa dengan lebih 40 bahasa, yang membolehkan kami menentukan risiko yang berkaitan dengan membentuk perhubungan perniagaan baharu. Suite penyelesaian data pencarian dan pemantauan KYC kami, yang mengakses pangkalan data kami yang unik dan sentiasa berkembang, memberikan anda hasil data risikan risiko yang tepat dan mengurangkan positif yang palsu.

Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
C6 Intelligence
Brooke Petersen
Telefon: + 44 (0) 203 741 1198
E-mel: Brooke.Petersen@Acuris.com


Sumber: C6 Intelligence
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180207005878/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.