ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​LITHIUM WERKS MEMPEROLEH VALENCE TECHNOLOGIES, INC.

Friday 09/02/2018



AUSTIN, Texas, 9 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Lithium Werks B.V. (www.lithiumwerks.com), kumpulan penyelesaian bateri ion litium dan tenaga mudah alih yang pesat berkembang, mengumumkan pada hari ini bahawa mereka telah memperoleh hampir semua aset Valence Technologies, Inc. (www.valence.com) termasuk hubungan pelanggan, pengilangan global, lokasi jualan dan pengedaran serta semua harta intelektual (IP) Litium Magnesium Ferum Fosfat Proprietari Valence, tanda dagangan dan inventori. Portfolio IP ini juga termasuk paten untuk bahan bateri voltan tinggi untuk kejayaan cemerlang yang berpotensi bagi bateri pada masa hadapan.

Lithium Werks B.V. dengan anak syarikatnya di AS, Eropah dan China ingin terus membekalkan Modul Valence dan Sistem Pengurusan Bateri berkualiti tinggi kepada pelanggan simpanan tenaga global, serta memperkenalkan faktor bentuk baharu dan Sistem Pengurusan Bateri yang dipertingkatkan dalam memperbaiki ketumpatan tenaga dan kuasa sementara mengembangkan kefungsian.

“Kami gembira dengan peluang baharu yang diberikan oleh Valence untuk mengembangkan produk Lithium Werks yang ditawarkan kepada pelanggan kami,” kata T. Joseph Fisher III, CEO, presiden dan salah seorang pengasas Lithium Werks. “Valence sesuai dengan kami dan mempunyai pekerja berbakat, teknologi inovatif, penyelesaian bateri litium bertaraf dunia dan pelanggan OEM terkemuka.”

“Ini merupakan pemerolehan pertama Lithium Werks dan ia sudah pun meletakkan syarikat ini di mata dunia,” kata Knut H. Nylaende, pengerusi dan pengasas bersama. Nylaende adalah CEO Xeilon AS, kumpulan ekuiti swasta Norway yang mengkhusus dalam membekalkan modal pembentukan untuk syarikat dengan pasukan pengurusan dan peluang global yang kukuh. Xeilon mengetuai pendanaan transaksi tersebut.

Valence Technologies, Inc. ditubuhkan pada tahun 1989 dan diiktiraf sebagai peneraju global dalam sel, modul dan sistem kuasa boleh skala Litium Ferum Fosfat yang menawarkan penyelesaian tenaga yang tahan lama, selamat dan boleh dipercayai. Valence merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan bateri gantian asid plumbum yang menampilkan penggunaan kimia Litium Ferum Fosfat untuk mendahului industri yang didominasi oleh asid plumbum tradisional seperti pengendalian bahan, UPS dan storan tenaga tetap.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
                  
En. Christian F. Ringvold             En. Knut H. Nylaende
EVP – Strategi korporat                 Pengerusi
Lithium Werks, Inc.           Lithium Werks B.V.
+1 (512) 527-2900         +47 47 00 00 00
cringvold@lithiumwerks.com         knut@moxie.no 

Sumber : Lithium Werks

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.