ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PROJEK PENINGKATAN KEMUDAHAN PELANCONGAN DI BURLINGTON, TAMAN KINABALU, RANAU, SABAH

Thursday 15/02/2018


Sesi penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Tiong Ing Sing dari Pembinaan HY Juta kepada Encik Yassin Miki, Pengurus Taman Kinabalu sambil disaksikan oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KPKAS)



SABAH, 15 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) menyerahkan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Burlington, Taman Kinabalu yang telah dilaksanakan dengan hasil kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KPKAS) di sini pada 13 Februari 2018.

Projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RP2, RMKe-10) dengan siling peruntukan sebanyak RM12 juta. Projek yang bermula pada 22 Mac 2016 ini dilaksanakan oleh pihak Taman-Taman Sabah dengan penyelarasan dikendalikan oleh pihak Bahagian Pembangunan Prasarana MOTAC dan KPKAS. Projek peningkatan kemudahan ini mengandungi empat (4) komponen utama iaitu menaiktaraf bangunan asrama, membaikpulih kuaters kakitangan termasuk pejabat operasi Taman Kinabalu di kawasan Burlington dan kaunter check-point. Keempat-empat komponen ini telah siap sepenuhnya pada 8 Disember 2017 dan diserahkan kepada pihak Taman-Taman Sabah untuk dikendalikan sebagai pusat tarikan pelancongan di Sabah.

Sesi penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Tiong Ing Sing dari Pembinaan HY Juta kepada Encik Yassin Miki, Pengurus Taman Kinabalu sambil disaksikan oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KPKAS).

Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan ini diwujudkan untuk meningkatkan kemudahan pelancongan dan menambah prasarana pelancongan sedia ada di kawasan Taman Kinabalu, Kundasang, Ranau, Sabah. Dengan siapnya projek ini, ia dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke Taman Kinabalu dan secara tidak langsung dapat menambahkan kapasiti pendaki ke Gunung Kinabalu serta mengurangkan tempoh menunggu para pendaki. Projek ini juga telah memberi manfaat kepada pengguna dan penduduk tempatan melalui perkhidmatan malim gunung yang disediakan.

Taman Kinabalu merupakan lokasi tarikan pengunjung dalam dan luar negara berkeluasan 754 kilometer persegi dan digazetkan pada tahun 1964. Dengan jarak 92 kilometer dari Kota Kinabalu dan ketinggian 1,520 meter dari paras laut ia menarik sejumlah pendaki ke Gunung Kinabalu. Untuk rekod, pada bulan Januari 2018, sebanyak 1,550 orang pelancong tempatan dan 1,119 orang pelancong asing telah berkunjung ke sini dan dijangka akan terus meningkat apabila projek tersebut memulakan operasi.

Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Corporate Communication Unit, Ministry of Tourism and Culture Malaysia
Tel: 03-80008000
Fax: 03-88917181
Email: info@motac.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.