ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PERKHIDMATAN BAHARU UNISYS DIGI-PET(TM) MEMBOLEHKAN PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN UNTUK MEMANTAU DAN BERSEMBANG DENGAN HAIWAN PELIHARAAN MEREKA KETIKA MEMBAWA MEREKA MENAIKI PESAWAT

Tuesday 20/02/2018



AsiaNet 72360

SYDNEY, 20 Feb., 2018/Medianet International-AsiaNet/


---- Sensor yang secara berterusan memantau keselesaan, memberikan makluman automatik, penstriman video secara langsung dan sembang suara menghapuskan tekanan perjalanan udara bagi haiwan kesayangan dan pemilik mereka

Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com/) mengumumkan Digi-Pet(TM)
(http://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/transportation-industry-solutions/logistics-solutions/digi-pet),
satu penyelesaian baharu yang direka untuk menghapuskan tekanan ketika mengangkut haiwan peliharaan di dalam ruang kargo pesawat dengan menyediakan kepada pemilik haiwan dengan keupayaan untuk memantau dan bercakap dengan haiwan kesayangan mereka melalui peranti peribadi mereka seperti telefon pintar. Digi-Pet membolehkan syarikat penerbangan untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan haiwan khusus yang memaparkan suatu pengalaman pelanggan yang berkualiti tinggi bagi kedua-dua pemilik haiwan dan haiwan peliharaan itu sendiri.

Unisys Digi-Pet menggunakan teknologi Internet untuk Segala-galanya (IoT) melalui sensor pintar yang dilekatkan pada tempat pemeliharaan haiwan kesayangan itu atau sangkar haiwan untuk memantau dan menghantar metrik utama seperti suhu, paras oksigen, getaran dan cahaya, dan secara automatik memberi amaran kepada pemilik haiwan dan kakitangan syarikat penerbangan jika ada perkara yang memerlukan tindakan.

Pemilik haiwan peliharaan boleh juga melanggan kepada penstriman video secara langsung, foto dan pertukaran suara supaya mereka boleh melihat dan bercakap dengan haiwan peliharaan mereka melalui satu aplikasi pada telefon pintar atau tablet mereka.

"Kami mempunyai hubungan dari segi emosi dengan haiwan peliharaan kami dan ia boleh mengganggu perasaan jika dipisahkan dari mereka semasa mengikuti perjalanan melalui udara," kata Venkatesh Pazhyanur, pengarah kanan industri bagi Penyelesaian Barangan bagi Unisys. "Haiwan peliharaan yang besar – sama ada diiringi atau tidak – mesti dibawa di dalam ruang kargo. Unisys Digi-Pet menggunakan sensor IoT untuk menyediakan kepada pemilik haiwan peliharaan dengan penglihatan penuh berhubung keselesaan dan keadaan sekeliling bagi haiwan peliharaan mereka, serta membolehkan mereka untuk bercakap dengan haiwan mereka – sekali gus menenangkan kedua-dua haiwan peliharaan dan pemilik haiwan itu."

Digi-Pet adalah sebahagian daripada Digistics(TM) (http://www.unisys.com/digistics) oleh suite penyelesaian logistik digital Unisys yang berinovatif bagi pengangkut kargo udara. Sebanyak 20 syarikat penerbangan global yang melanggan dengan Unisys Digistics mengangkut lebih daripada 180,000 ekor haiwan setiap tahun.

"Unisys Digi-Pet menggunakan teknologi IoT yang berinovatif bagi membolehkan syarikat pengangkut udara untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan haiwan peliharaan yang khusus, membolehkan mereka untuk menembusi dan menguasai kadar hasil yang tinggi dalam pasaran yang semakin meningkat dan pada masa yang sama meningkatkan pengalaman dan kesetiaan pelanggan memandangkan pemilik haiwan peliharaan tidak perlu mencari mod pengangkutan haiwan peliharaan yang khusus atau cara lain untuk keperluan mereka," kata Encik Pazhyanur.

Digi-Pet membantu syarikat-syarikat penerbangan untuk mematuhi Peraturan Haiwan Hidup (LAR) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) (http://www.iata.org/whatwedo/cargo/live-animals/Pages/index.aspx), iaitu standard di seluruh dunia untuk mengangkut haiwan hidup bagi memastikan semua haiwan dibawa dengan selamat dan berperikemanusiaan dengan memantau keadaan persekitaran haiwan peliharaan itu dari saat ia diturunkan sehingga kepada penghantaran ke destinasi akhir.

Selain mengangkut haiwan peliharaan domestik, perkhidmatan ini boleh digunakan oleh syarikat pengangkut dan pembawa untuk mengangkut kargo haiwan lain seperti kuda, anak ayam sehari atau telur menetas, yang memerlukan haba, oksigen dan cahaya yang konsisten.

Untuk mengetahui sama ada sesebuah syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan ini pemilik haiwan peliharaan diminta menghubungi bahagian penumpang syarikat penerbangan itu di lapangan terbang di tempat mereka ingin berlepas.

Unisys melancarkan Digi-Pet di Air Cargo India (http://www.stattimes.com/ACI2018/index.php),  di Mumbai.

Maklumat mengenai Unisys
 
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang pakar di dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut: sila layari: www.unisys.com.
 
Maklumat mengenai Unisys Asia Pasifik
 
Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian kepada pelanggan di lebih 15 buah negara merentasi rantau itu. Untuk maklumat lanjut sila layari:  www.unisys.co.in. Ikuti kami di twitter @UnisysAPAC, LinkedIn, dan di China di: www.weibo.com/unisyschina dan Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.
 
HUBUNGI: Asia Pasifik: Claire Hosegood,
+61 411 253 663,
claire.hosegood@au.unisys.com
 
SUMBER: Unisys

Pautan Lampiran Imej
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=307161
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=307162

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.