ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  DENTSU PR AKAN MENERBITKAN EDISI TERBAHARU BAGI BUKU PANDUAN YANG TELAH MEMENANGI ANUGERAH, "BERKOMUNIKASI: SATU PANDUAN KEPADA PERHUBUNGAN AWAM DI JEPUN," YANG BOLEH DIPEROLEHI DARI 1 MAC

Thursday 22/02/2018



AsiaNet 72343

TOKYO, 22 Feb., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


Dentsu Public Relations Inc., bahagian Perhubungan Awam bagi Kumpulan Dentsu (Dentsu Inc.: TOKYO: 4324; ISIN: JP3551520004) mengumumkan pada 22 Februari bahawa dari 1 Mac, 2018, edisi kelapan bagi penerbitan mereka yang telah memenangi anugerah "Berkomunikasi: Satu Panduan kepada Perhubungan Awam di Jepun" akan boleh diperolehi untuk edaran umum dalam kedua-dua versi edisi berkulit lembut dan digital dari Wiley Publishing Japan, sebuah anak syarikat bagi John Wiley & Sons (NYSE: JWA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
 
Sebagai ekonomi ketiga terbesar di dunia, Jepun merupakan satu prospek yang menarik kepada kebanyakan syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di luar negara. Tetapi landskap budaya dan linguistik negara itu yang unik sering kali boleh membawa maksud, berbeza dengan hab perniagaan yang berdekatan seperti Hong Kong dan Singapura, norma dunia bagi komunikasi korporat tidak semestinya boleh diterima pakai. Penuh dengan maklumat yang direka untuk membantu merapatkan jurang ini, "Berkomunikasi" adalah sesuatu yang wajib dibaca oleh pengamal Perhubungan Awam, pengurus perniagaan, dan penyelidik kajian media yang mempunyai minat di Asia.

Disusun dan diedit oleh sebuah pasukan profesional komunikasi antarabangsa, sejak penerbitan pertama mereka pada tahun 1988, "Berkomunikasi" telah secara konsisten menawarkan satu eksplorasi bahasa Inggeris yang mendalam mengenai ekosistem komunikasi Jepun yang kompleks. Pada tahun 2015, edisi ketujuh itu telah menerima Anugerah Dunia Keemasan untuk Kecemerlangan dari International Public Relations Association.
 
Edisi kelapan itu telah dikemas kini dan diperluaskan dengan ketara untuk menangani perkembangan terbaharu, terutamanya dalam bidang digital dan media sosial yang sentiasa berkembang. Terdapat juga kajian kes yang banyak memberi maklumat yang diambil daripada pengalaman tempatan bagi jenama antarabangsa seperti Burberry, IBM, Jetstar Group dan McDonald's. Buku itu dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

Bahagian 1: Media di Jepun
Satu gambaran keseluruhan mengenai landskap media Jepun, dari kuasa dan pengaruh yang berterusan yang dipegang oleh media arus perdana domestik, untuk merundingkan sistem kelab media yang penuh rahsia di Jepun, ciri-ciri utama dalam penggunaan media sosial tempatan, dan lebih banyak lagi.
 
Bahagian 2: Berkomunikasi dengan Pihak Berkepentingan Anda
Pendekatan khusus untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan penonton sasaran, termasuk penyelidikan, komunikasi dalaman, strategi B-ke-B dan B-ke-C, hubungan pelabur, hal ehwal awam, kewarganegaraan korporat, komunikasi krisis dan pengiklanan.
 
Senarai Kata & Lampiran
Satu koleksi bagi istilah penting bahasa Jepun, data yang memberikan gambaran jelas mengenai Jepun, dan maklumat hubungan yang berguna
 
Dari 1 Mac, "Berkomunikasi: Satu Panduan kepada Perhubungan Awam di Jepun" boleh diperolehi dalam bentuk berkulit lembut dari kedai-kedai buku utama di seluruh Jepun, dan juga cawangan Books Kinokuniya di seluruh dunia. Ia juga boleh diperolehi dari 25 April sebagai sebuah e-buku melalui iBooks dan peruncit dalam talian utama yang lain.

Imej Judul Kulit: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201802150999/?images
 
Maklumat mengenai Penulis:
Dentsu Public Relations Inc. (http://dentsu-pr.com/) 
Sejak penubuhannya pada tahun 1961, Dentsu PR telah berkhidmat sebagai rakan strategik kepada pelbagai syarikat, badan kerajaan dan organisasi lain. Lebih 270 orang pekerja menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian pengurusan reputasi yang komprehensif, meningkatkan keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan masyarakat yang lebih luas melalui pendekatan termasuk analisis data, reka bentuk kandungan yang didorong oleh wawasan, dan pengoptimuman pengedaran maklumat. Dentsu PR diiktiraf oleh Laporan Holmes pada tahun 2009 dan 2015 sebagai Perundingan Terbaik Jepun.
 
Sumber: Dentsu Public Relations Inc.
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=307103 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.