ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  HARI MESRA PELANGGAN (HMP), MQA

Wednesday 28/02/2018



KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) meneruskan usaha mengeratkan hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan melalui Hari Mesra Pelanggan MQA (HMP) yang diadakan pada hari Khamis minggu pertama dan hari Khamis minggu ketiga.  Program tersebut diadakan di Galeri Aras 1, Bangunan Mercu MQA, Cyberjaya, Selangor bermula pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. 
 
HMP memberi peluang kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT), pemegang taruh, orang awam dan pihak-pihak berkepentingan untuk berurusan secara terus dengan YBhg. Dato' Dr. Rahman Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MQA dan pegawai-pegawai yang berkaitan melalui pertemuan dan perbincangan dua hala. 
 
HMP dijadikan sebagai platform perkongsian perkembangan mutakhir berkenaan jaminan kualiti pendidikan tinggi negara. Antara isu yang sering dibincangkan ialah status penilaian akreditasi program, dasar-dasar berkenaan pendidikan tinggi, standard program, kelayakan masuk program pendidikan tinggi dan sebagainya. Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Acceditation of Prior Experiential Learning, APEL) juga sering menjadi agenda perbincangan semasa HMP terutamanya oleh pihak industri dan orang awam. 

Hasrat MQA adalah untuk merapatkan hubungan di antara MQA dengan pihak luar. Pendekatan proaktif ini bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan MQA dengan pelanggannya, malah ia juga dapat membantu MQA dalam mendapatkan maklum balas bagi menambah baik proses dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. MQA berharap agar inisiatif ini dapat memudahkan semua pihak untuk berurusan dengan MQA.
 
Pihak yang berhasrat untuk menghadiri HMP adalah disarankan untuk membuat janji temu dengan menghubungi Puan Nagaletchumy A/P Sittamparam  di talian 03-7968 3341 atau e-mel nagaletchumy@mqa.gov.my.

SUMBER : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohamad Fairul Mohamad Hatim
Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa 
Tel : 03-7968 6034 
Emel : mfairul@mqa.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.