ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  ​PRA HEALTH SCIENCES DINAMAKAN CRO TERBAIK DI ASIA

Wednesday 07/03/2018



RALEIGH, N.C., 7 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ:PRAH) berbangga untuk sekali lagi dinamakan sebagai CRO Terbaik di Asia. PRA menerima pengiktirafan di Festival Farma dan Bioteknologi Phar-East (sebelum ini dikenali sebagai BioPharma Asia). Ini merupakan kali keempat PRA menerima anugerah ini sejak 2013. Anugerah ini mengiktiraf CRO terbaik yang telah menunjukkan komitmen berterusan untuk meningkatkan perkhidmatan penyelidikan klinikal mereka di Asia dan mengurangkan tempoh pendahuluan untuk pelanggannya.

“Terima kasih kepada kumpulan Asia Pasifik kami yang luar biasa kerana memungkinkan penerimaan anugerah ini,” kata David MacMurchy, Timbalan Presiden Eksekutif, Eropah, Asia Pasifik dan Afrika. “PRA terus melabur dalam bakat dan infrastruktur terbaik secara global dan ini termasuklah Asia Pasifik. Saya sangat gembira bahawa kumpulan ini telah diiktiraf dan teruja untuk terus membina dan melabur untuk menyokong pelanggan dan pesakit di rantau ini.”

PRA telah mengembangkan operasinya di Asia Pasifik secara strategik sejak 2000 dan telah menyokong 345 ujian klinikal dalam rantau di 4300+ tapak merentasi Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

PRA telah menubuhkan infrastruktur ujian klinikal profesional dalaman yang canggih di seluruh Asia Pasifik, dengan lebih daripada 1000 pekerja pengurusan klinikal dan projek tempatan memberikan perkhidmatan komprehensif di 12 negara. Melalui Bahagian Penyelesaian Strategik, PRA juga membekalkan Embedded Solutions™ yang kumpulan kami mengintegrasi ke dalam operasi pembangunan klinikal dalaman pelanggan, menguruskan fungsi merentasi kepelbagaian rancangan pembangunan mereka. Penawaran penyelesaian Strategik kami melambangkan alternatif yang inovatif kepada pendekatan pembangunan tradisi yang membenarkan pelanggan untuk mengekalkan kawalan yang lebih baik ke atas proses pembangunan klinikal mereka dan pada masa yang sama membekalkan penjimatan kos yang ketara.

PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES

PRA merupakan salah satu organisasi penyelidikan kontrak global terkemuka, yang secara pendapatannya, menyediakan perkhidmatan pembangunan klinikal yang di sumber luar kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA termasuk lebih daripada 70 pejabat merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia, Timur Tengah dan lebih daripada 15,800 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah menyertai lebih kurang 3,700 ujian klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA telah menyertai ujian utama atau sokongan yang membawa kepada kelulusan kawal selia Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. atau antarabangsa untuk lebih daripada 75 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

Pertanyaan Media: Christine Rogers, Pengarah, Perhubungan Awam, Komunikasi Korporat rogerschristine@prahs.com

Sumber : PRA Health Sciences, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.