ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  AGROBANK SAMBUT BAIK USAHA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DALAM MEMPERKASAKAN WANITA

Wednesday 07/03/2018


Puan Masaat Awadz, Menanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank



KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Agrobank menyambut baik inisiatif Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) untuk memperkasakan wanita bagi tahun 2018, sejajar dengan agenda kerajaan yang telah diumumkan pada Januari lalu iaitu  2018 sebagai Tahun Memperkasakan Wanita.
 
YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani baru-baru ini telah mengumumkan bahawa “Segalanya Wanita” akan menjadi fokus dan konsep bagi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018).  MAHA 2018 akan mengetengahkan peranan wanita dalam sektor pertanian sebagai objektif utama pameran tersebut.
 
Puan Masaat Awadz, yang menanggung tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Wanita memainkan peranan penting di dalam bidang pertanian bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.  Dianggarkan seramai 70% daripada pekerja di dalam bidang pertanian, 80% pengeluar makanan dan 10% di dalam bidang pemprosesan makanan asas adalah wanita dan mereka juga menjalankan 60% sehingga ke 90% pemasaran di luar bandar yang membentuk lebih daripada dua pertiga tenaga kerja dalam pengeluaran pertanian (FAO, 1985) ".
 
Dengan ini, Agrobank yakin inisiatif yang dilaksanakan MOA dalam memperkasakan wanita terutamanya di dalam sektor pertanian adalah tepat pada masanya. Agrobank menyambut baik inisiatif ini kerana ianya penting untuk mengetengahkan wanita di dalam bidang pertanian dan industri asas tani sekaligus membantu mereka untuk masa depan yang lebih baik.
 
Agrobank sentiasa menyokong usaha memperkasakan wanita terutamanya di dalam industri pertanian. Agrobank baru-baru ini juga telah mendapatkan slot istimewa di satu persidangan kepimpinan pemikiran (thought leadership), ROSE 2018 anjuran Astro Awani yang memfokuskan tentang wanita dan pertanian.  Selain daripada itu, semenjak tahun 2016, Agrobank turut meraikan kejayaan wanita menerusi salah satu kategorinya di ‘Anugerah Agropreneur Agrobank (AAA)’ iaitu Anugerah Agropreneur Wanita.
 
“Pada tahun 2017, Agrobank telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM676 juta atau 23.4 peratus dari keseluruhan pembiayaan yang diluluskan yang memanfaatkan 11,399 pelanggan wanita.  Pada tahun ini, kami ingin menyeru penglibatan usahawan wanita di dalam bidang pertanian dengan lebih lagi.  Di Agrobank, kami bukan sahaja menyediakan pembiayaan kepada para usahawan, malah kami juga turut memberikan tunjuk ajar kepada mereka melalui pelbagai program pembelajaran bagi memastikan para usahawan tani terus berjaya di dalam bidang yang diusahakan.  Kami percaya bahawa, suara wanita kini didengari di seluruh dunia dan ini adalah masanya untuk menyokong usaha memperkasakan wanita melalui pelbagai inisiatif dalam meraikkan kejayaan, peluang serta potensi mereka,” tambah beliau.
 
Pada tahun lalu, Agrobank telah melancarkan program Agro Teras, iaitu satu program pembiayaan mikro bagi membantu usahawan daripada golong miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) yang terlibat di dalam bisnes pertanian & industri asas tani. Program ini menyediakan dana secara berperingkat dengan menggunakan model pembentukkan kumpulan (peer-model group) dengan pembiayaan minimum berjumlah RM1,000 yang akan ditingkatkan dari semasa ke semasa sehingga RM30,000 bergantung kepada kemampuan dan rekod peserta.
 
Puan Masaat berkata, “Setakat February 2018, seramai 1,181 agropreneur telah didaftarkan di bawah program ini di mana 95% daripadanya adalah agropreneur wanita daripada kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.  Melalui program pembiayaan khusus seperti ini, Agrobank bukan sahaja membantu usahawan baru mikro, tetapi juga menyokong penglibatan wanita di dalam bidang pertaniaan dan industri asas tani.
 
Mengenai Agrobank
 
Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian Negara. Ia adalah sebuah bank milik Kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
 
Dengan 47 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 186 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.
 
Agrobank secara rasmi bergelar institusi perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015.
 
Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank


SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Ainul Rofidza Ibrahim
Tel : 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210
Emel : ainul.ibrahim@agrobank.com.my 


Nama : Budiotomo Othman
Tel : 03-2731 1600 (ext 1656) / 016-3504274
Emel : budiotomo@agrobank.com.my


Nama : Syarifah Syameen Syed Johari
Tel : 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101766
Emel : syameen@agrobank.com.my

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.