ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KPWKM GALAK PARA WANITA UNTUK MENCEBURI KERJAYA SEBAGAI PENJAGA PROFESIONAL MELALUI KIDDOCARE

Thursday 08/03/2018



CYBERJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama dengan startup tempatan yang diterajui oleh kaum hawa dalam menggalakkan para wanita menceburi kerjaya sebagai penjaga profesional melalui KiddoCare. Pengumuman ini telah dibuat semasa pelancaran rasmi KiddoCare yang diadakan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2018 di Universiti Limkokwing, Cyberjaya awal hari ini.

KiddoCare merangkumi aplikasi mudah alih dan program pembangunan yang bermatlamat untuk menghubungkan keluarga dengan penjaga profesional dan bertauliah. Program ini secara holistik memperkasakan wanita moden dengan menawarkan persekitaran sokongan yang boleh dipercayai serta fleksibel dalam pengasuhan kanak-kanak. Ini juga membuka peluang kepada para wanita untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi serta mewujudkan keseimbangan yang baik antara keluarga dan kerjaya mereka.

Ini termasuklah membangunkan kerjaya sebagai penjaga profesional seterusnya sebagai usahawan yang memberikan impak kepada masyarakat melalui pentauliahan di pusat jagaan KiddoCare. Dengan menggunakan sepenuhnya aplikasi ini, para wanita juga boleh kembali bekerja atau memilih untuk menceburi keusahawanan; dengan mengetahui mereka mempunyai pembantu yang boleh dipercayai di hujung jari.

Berucap semasa program tersebut, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim berkata, “Saya berasa gembira dapat bersama-sama dalam pelancaran aplikasi inovatif ini dan pasti ia akan membantu memudahkan kehidupan moden para wanita serta keluarga di Malaysia.”

“Aplikasi KiddoCare melengkapkan niat yang baik dan teknologi dengan lancar. Ini adalah aplikasi yang diperlukan pada masa kini – di mana kualiti kehidupan para wanita dinaiktaraf secara berterusan dengan penyediaan peluang pekerjaan yang memenuhi keperluan wanita daripada pelbagai latar belakang. Kami juga mahu lebih ramai para wanita mengambil peluang ini, dengan menyertai sebagai penjaga profesional, atau lebih dikenali sebagai pengasuh. Pihak kami ingin membantu mengembangkan bakat para wanita kita dalam bidang penjagaan kanak-kanak kerana ia boleh dieksport dan dijadikan penceburan bidang keusahawanan,” tambah YB Dato’ Sri Rohani.

KPWKM menerajui usahasama ini melalui agensi penyelarasannya untuk memastikan semua kebimbangan mengenai penjagaan kanak-kanak dapat ditangani dengan baik. YB Dato’ Sri Rohani juga memuji Malaysian Global Innovation & Ceativity Centre (MaGIC) dalam mempamerkan sokongan mereka kepada Tahun Memperkasa Wanita 2018, membantu dalam memudahcara KWPKM-KiddoCare, iaitu usahasama awam-swasta melalui program Government Activate.

YB Dato’ Sri Rohani juga berkata ini mencerminkan semangat NBOS dan semangat pemerkasaan yang sebenar, di mana kaum hawa mengambil langkah untuk memimpin para wanita yang lain dalam menyelesaikan masalah mereka. Beliau menekankan ia adalah peranan pihak kerajaan untuk menyokong sektor swasta yang mempunyai idea dan penyelesaian inovatif, dan menyediakan sokongan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.

Nadira Yusof, Pengarah Urusan KiddoCare, menjelaskan, “Para wanita yang mendaftar sebagai penjaga diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan latarbelakang serta kesihatan. Mereka juga perlu melalui program pentauliahan profesional yang digariskan oleh KiddoCare dengan usahasama KPWKM dan badan-badan penyelarasan yang berkaitan sebelum menawarkan perkhidmatan jagaan mereka.”

Dalam memenuhi keperluan keluarga yang pelbagai, pakej penjagaan ini mengandungi pilihan asas dan premium. Yang pertama terdiri daripada penjagaan asas, atau perkhidmatan penjagaan anak, sementara yang kedua menawarkan perkhidmatan yang lebih komprehensif yang meluas kepada aktiviti permainan pintar dan mengembangkan imaginasi anak tanpa penggunaan gajet. Penjaga adalah diwajibkan untuk menjalani latihan yang diperlukan supaya dapat menyampaikan perkhidmatan dengan jayanya.

Para wanita yang berminat untuk menjadi penjaga adalah dijemput untuk memuat turun KiddoCare melalui Google Play atau mendaftar di www.kiddocare.my untuk menjadi sebahagian daripada peluang kerjaya penjagaan ini.

Mengenai KiddoCare
KiddoCare merupakan aplikasi yang dibangunkan bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dan startup tempatan yang diterajui oleh golongan wanita. Aplikasi ini menghubungkan terus para wanita serta keluarga kepada komuniti pengasuh bertauliah di samping menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti. KiddoCare kini boleh dimuat turun di Google Play, dan bakal memasuki App Store pada penghujung Mac. Penjaga yang berminat boleh mendaftar di www.kiddocare.my untuk menjalani program pentauliahan KiddoCare.

Sumber : Global Creative & Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Samentha James
PR & Komunikasi Korporat, Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 017 518 7186 / 03 7733 4262
Emel: samentha.james@gcma.tv

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.