ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  OPERASI NBOS PENGUATKUASAAN PERATURAN GPL DI PINTU MASUK PASAR BORONG KUALA LUMPUR (GRADING, PACKAGING DAN LABELLING)

Wednesday 14/03/2018



KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Operasi NBOS kali ini akan disertai oleh FAMA, DBKL, Jabatan Alam Sekitar dan PDRM dengan kekuatan keseluruhan anggota adalah seramai 50 orang dari pelbagai Agensi.
 
Pencapaian Operasi NBOS bersama Jabatan lain sepanjang 2017 di Pintu Masuk Pasar Borong Kuala Lumpur adalah sebanyak 4 kali setahun. Bagi tahun 2018, hari ini adalah pertama kali seumpamanya.
 
Sepanjang tahun 2017, sebanyak 35 Surat Amaran telah dikeluarkan kepada mereka yang tidak mematuhi Peratuan GPL FAMA. Tindakan Mahkamah akan diambil jika 3 kali surat amaran sudah diberi kepada mana-mana syarikat, perbadanan dan individu.
 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan melancarkan Peraturan GPL (Grading, Packaging dan Labelling). Peraturan – peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan keluaran Pertanian) 2008 [ P.U. (A) 274/ 2008 ] telah diwartakan pada 18hb Ogos 2008. Peraturan GPL ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Julai 2011 secara berperingkat. Ia telah digubal berdasarkan Seksyen 3(2) (c) Akta 141 yang menjelaskan kuasa FAMA untuk melaksanakan aktiviti penggredan, pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian.

Tujuan utamanya ialah memastikan keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel semasa dipasarkan diperingkat dalam negeri, eksport dan import. Selain dari itu, peraturan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemasaran keluaran pertanian supaya terus berdaya saing serta berupaya mengekalkan pasaran sedia ada atau meluaskan akses pasaran di dalam dan luar negara sejajar dengan perubahan kehendak perdagangan dunia.
 
Draf Peraturan GPL  juga telah dibawa ke Jawatankuasa Notifikasi  WTO pada 24hb Jun 2008 untuk memberitahu kepada negara-negara anggota WTO berkenaan dengan perancangan Malaysia menguatkuasakan Peraturan GPL. Penguatkuasaan sepenuhnya peraturan ini adalah pada 1 Julai 2013.

Dengan perlaksanaan peraturan ini juga kita boleh mengesan pengeluar  hasil-hasil  pertanian. Sebagai contoh sekiranya berlaku penggunaan racun berlebihan maka tindakan dapat diambil dengan cepat oleh pihak Jabatan Kesihatan di atas sampel–sampel pemeriksaan yang telah dilakukan.

Pelaksanaan Peraturan GPL menjurus kepada pemasaran yang berkonsepkan telus dimana petani dan pengguna mempunyai hak di atas penetapan sesuatu gred bersesuaian dengan harga yang ditetapkan. Ini adalah kerana  pengetahuan mengenai standard dan gred mudah  diakses  dan menjadi rujukan dalam menentukan  sesuatu transaksi.
 
FAMA akan memainkan peranan yang penting untuk memastikan petani tidak ditindas oleh orang-orang tengah apabila Peraturan GPL dikuatkuasakan. Amalan ini akan diamalkan sepanjang pengurusan rantaian bekalan makanan dari ladang hingga ke meja makan. Bagi  produk pertanian yang diimport ke Malaysia, pematuhan Peraturan GPL diperlukan terutama sekali mengenai aspek penggredan. Setiap hasil pertanian yang dieksport mestilah mematuhi gred  MS dan mana-mana hasil pertanian yang tiada  MS hendaklah mempunyai sijil gred negara asal  yang memenuhi keperluan minima standard Codex Alimentarius Commission.
 
Dengan melaksanakan Peraturan GPL ini, kualiti hasil keluaran pertanian dapat ditingkatkan melalui pengeksportan ke pasaran Eropah, China, Asia Barat dan Amerika Utara  yang mementingkan penggunaan piawaian-piawaian yang ditetapkan seperti CODEX Alimentarius Commission, Hazard Analysis And Critical Control Point (HACCP) dan Euro Retailer Working Group Good Agriculture Practice (GLOBALGAP) yang mengenakan syarat-syarat yang ketat perlu diamalkan bagi menjamin kemasukan produk kepada negara pengimport.
 
Peraturan GPL ini juga penting untuk memperkukuhkan pasaran eksport   Malaysia ke Singapura dan Brunei di mana  Agri Food & Veterinary Authority (AVA) Singapura dan Jabatan Pertanian Brunei menguatkuasakan pelabelan dibakul-bakul sayur dan buah-buahan keluaran Malaysia yang ingin dieksport kedua-dua negara berkenaan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan eksport buah-buahan dan sayur-sayuran tidak terjejas setelah petani-petani mengamalkan Amalan Pertanian Baik dan seterusnya mengikuti standard dan piawaian yang ditetapkan oleh negara pengimport. Peraturan GPL dapat mengenal pasti  petani yang menghasilkan keluaran pertanian yang sisa baki racun yang tinggi melalui sampel yang  diuji di makmal dan pembuktian adalah berdasarkan pemakaian label.

Peraturan GPL juga berupaya mengawalselia pengimportan keluaran pertanian yang tidak mematuhi standard-standard yang di tentukan dan mengawal aktiviti lambakan (dumping).  Ini jelas berlaku apabila hasil-hasil pertanian dari Negara China dan Thailand dengan luasnya membanjiri pasaran di Malaysia dan setakat ini tiada apa-apa sekatan yang boleh dilaksanakan dan akhirnya ia memberi saingan kepada hasil-hasil pertanian tempatan dan menjejaskan pendapatan petani tempatan.
 
PERTUBUHAN PERBADANAN:
 
DENDA RM25,000.00 (kesalahan Pertama) dan kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda RM50,000.00; Jika pertubuhan perbadanan disabitkan kesalahan, tiap-tiap pengarah atau pegawai boleh didenda tidak melebihi RM15,000.00 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya;
 
AKUAN, PENYATA, PERAKUAN ATAU DOKUMEN ATAU MAKLUMAT LAIN, DSB, YANG PALSU
 
DENDA RM15,000.00 (kesalahan Pertama) atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 2 tahun  atau kedua-duanya; dan kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda RM25,000.00 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun  atau kedua-duanya
 
INDIVIDU
Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini adalah melakukan    suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, denda tidak melebihi Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya

Sumber : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Anzara Azizan@Halim 
Penolong Pengarah Komunikasi Korporat  
Tel : 017-8448420 
Emel : anzara9810@gmail.com

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.