PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

September 21, 2018 -Jumaat

 
  ​CLOUDFLARE WORKERS MEMBUKA PENGKOMPUTERAN PINGGIR KEPADA ORANG RAMAI

Wednesday 14/03/2018



Penyelesaian pertama industri menjadikan Cloudflare peneraju dalam pengkomputeran pinggir

SAN FRANCISCO, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat peneraju prestasi dan keselamatan Internet, hari ini mengumumkan ketersediaan umum Cloudflare Workers, cara baharu untuk pembangun mengerah dan melaksanakan kod mereka terus pada pinggir rangkaian global Cloudflare.

Sebelum Cloudflare Workers, terdapat dua tempat utama pembangun boleh menggunakan kod: kod bahagian depan dijalankan pada peranti pengguna akhir atau kod bahagian belakang dijalankan dalam pusat data utama. Kedua-duanya mempunyai kelemahan tersendiri. Kod dijalankan pada peranti pengguna akhir sukar untuk dikemas kini dan dihadkan oleh kuasa dan lebar jalur. Kod dijalankan dalam pusat data utama mempunyai kependaman rangkaian yang besar dan menjadi subjek kepada gangguan.

Cloudflare Workers memberikan pembangun tempat ketiga untuk pengerahan kod yang dekat dengan pelanggan mereka — di pinggir perkembangan rangkaian global Cloudflare — membawa kuasa dan fleksibiliti pusat data awan dan lewahan sistem teragih besar, dalam masa beberapa milisaat kepada hampir setiap pengguna Internet.

“Sebelum hari ini, satu-satunya cara untuk menulis kod yang berjalan di pinggir rangkaian Cloudflare adalah dengan menjadi pekerja Cloudflare. Cloudflare Workers membuka skala perangkaian global kami kepada sebarang pembangun,” jelas Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Dengan menghubungkan bahagian depan dan bahagian belakang dengan tempat ketiga untuk membangunkan kod, kami teruja Cloudflare Workers akan memperkasa kelas baharu aplikasi yang sebelum ini mustahil. Saya tidak sabar untuk melihat apa yang dibina oleh pembangun.”

Faedah Cloudflare Workers termasuklah:

  • Boleh Atur Cara: Pembangun boleh menggunakan kod tersuai JavaScript di pinggir untuk bertindak balas secara pintar kepada pengguna di sebarang pelayan atau pelanggan API.
  • Boleh Skala: Cloudflare Workers berjalan merentasi pusat data Cloudflare’s 127+ dan secara dinamik menskala untuk memenuhi permintaan sebarang beban.
  • Pantas: Rangkaian global Cloudflare adalah dalam milisaat hampir pada setiap pengguna Internet, membenarkan Cloudflare Workers untuk menyokong aplikasi sensitif kependaman.
  • Lasak: Diedarkan secara global, seni bina “tanpa pelayan” Cloudflare Workers tidak dilumpuhkan oleh sebarang titik tunggal kegagalan.
  • Tidak Berkekangan: Sokongan untuk tugas pengkomputeran kompleks tanpa bimbang akan beban lebar jalur atau bateri pengguna akhir.
  • Mampu Milik: Cloudflare Workers berharga 50¢ setiap 1 million tugas, menjadikan harganya mudah untuk difahami, konsisten secara global, boleh diramal dan kurang mahal berbanding alternatif terpusat.
  • Mudah Alih: Dikuasakan oleh JavaScript, bahasa pemprograman paling popular Internet, Cloudflare Workers menyokong kod yang sama yang ramai pembangun telah gunakan untuk aplikasi bahagian depan dan belakang mereka.
  • Boleh Dikemas Kini: Pembangun boleh mendorong kemas kini pada Cloudflare Workers dan dalam beberapa saat mengetahui kod mereka telah dikerah secara global — tanpa perlu menunggu pengguna akhir untuk mengemas kini app atau platform awam terpusat mereka yang boleh mengambil masa setengah jam atau lebih untuk pengerahan kod.
  • Serasi Ke Belakang: Bahasa konfigurasi statik legasi seperti Bahasa Konfigurasi Varnish (VCL) atau Edge Side Includes (ESI) boleh ditukar secara automatik ke dinamik Cloudflare Workers.
Cloudflare mengumumkan beta Cloudflare Workers pada September. Sejak itu, pelanggan dalam beta telah menjalankan berbilion tugas pengkomputeran pinggir menggunakan Cloudflare Workers.

“Cloudflare Workers menjimatkan banyak masa kami,” kata John Thompson, Pentadbir Sistem Senior di MaxMind. “Menguruskan trafik bot tanpa Workers akan membazirkan pembangunan yang bernilai dan sumber pelayan yang lebih baik dibelanjakan di tempat lain.”

“Di Postmates, kepercayaan pelanggan adalah perkara yang paling penting,” kata Aabhas Sharma, Peneraju Infrastruktur di Postmates. “Kami memerlukan cara untuk melakukan lencongan bervolum tinggi tanpa memerlukan sumber dalaman tambahan. Pada dasarnya, Cloudflare Workers memberikan kami cara yang lebih mudah untuk membina kawalan yang fleksibiliti dan berira halus ke dalam sistem kami di pinggir untuk proses yang lebih boleh dipercayai dan selamat.”

"Berganjak daripada VCL dan menggunakan Cloudflare Workers akan membenarkan kami untuk melakukan penghalaan kreatif yang akan membenarkan kami memberikan JavaScript yang lebih pantas daripada sekarang kepada jutaan pengguna npm," kata CJ Silverio, Ketua Pegawai Teknologi npm, Inc. "Kami akan membina generasi perkhidmatan kami yang seterusnya pada platform Cloudflare dan kami akan melakukannnya dalam JavaScript!"

Tujuan penggunaan Cloudflare Workers muncul merentasi pelbagai cabang:
  • Pelanggan beta adtech menggunakan Workers untuk menjalankan ujian masa nyata untuk menentukan versi pengiklanan yang menghasilkan pertukaran yang paling baik. Mereka telah mendapat faedah daripada pertukaran lebih tinggi untuk pelanggan mereka dan peningkatan pendapatan syarikat, semuanya semasa membawa keupayaan pengoptimuman ad yang sebelum ini mahal ke pasaran yang lebih besar.
  • Pelanggan lain yang berada dalam media dan penerbitan menggunakan Workers untuk melencongkan pembaca khusus-bahasa ke tapak mereka yang berversi Jerman, membekalkan pengalaman lebih diperibadikan dan peluang untuk membina tapak pengiklanan yang optimum.
  • Pelanggan ePerdagangan menggunakan Workers untuk mengenalpasti jenis peranti yang pengguna sambungkan supaya mereka boleh menghantar imej secara optimal. Ini akan menghasilkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan akhirnya lebih pembelian.
  • Satu syarikat permainan kini menggunakan Workers untuk melaksanakan pengesahan dan lencongan kepada infrastruktur bahagian belakang mereka. Workers telah mentransformasi perbelanjaan operasi dan capex mereka dengan menghapuskan perkakasan pelayan tambahan yang menghoskan NGINX, menjimatkan masa kejuruteraan berjam-jam lamanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cloudflare Workers, sila semak sumber di bawah.Perihal Cloudflare
Cloudflare, Inc. (www.cloudflare.com / @cloudflare) adalah dalam misi untuk membantu membina Internet yang lebih baik. Hari ini syarikat menjalankan salah satu rangkaian terbesar di dunia yang menguasakan lebih daripada 10 trilion permintaan setiap bulan, yang merupakan hampir 10 peratus daripada seluruh permintaan Internet untuk lebih daripada 2.5 bilion orang di seluruh dunia. Cloudflare melindungi dan mempercepat sebarang aplikasi Internet dalam talian tanpa menambah perkakasan, memasang perisian atau menukar barisan kod. Ciri Internet yang dikuasakan oleh Cloudflare mempunyai semua trafik web dihalakan melalui rangkaian pintar globalnya, yang menjadi lebih pintar dengan setiap tapak baharu ditambah. Hasilnya, mereka melihat perubahan ketara dalam prestasi dan pengurangan spam dan serangan lain. Cloudflare telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Perintis Teknologi, dinamakan sebagai Syarikat Teknologi Rangkaian & Internet Paling Inovatif selama dua tahun yang dijalankan oleh Wall Street Journal dan diletakkan antara 50 syarikat paling inovatif dunia oleh Fast Company. Beribu pejabat di San Francisco, CA, Cloudflare mempunyai pejabat di Austin, TX, Champaign, IL, New York, NY, Washington, DC, London dan Singapura.

Hubungan:
Daniella Vallurupalli
Komunikasi
daniella@cloudflare.com 
press@cloudflare.com 
650-483-4463

SUMBER : Cloudflare, Inc. ​

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.