ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TOMMY HILFIGER UMUM JUARA DUNIA FORMULA SATU LEWIS HAMILTON SEBAGAI DUTA JENAMA GLOBAL BAGI TOMMY HILFIGER LELAKI

Thursday 15/03/2018



Sebagai satu daripada pesaing sukan terbaik pada hari ini, Lewis Hamilton akan mewakili dunia lelaki TOMMY HILFIGER sebagai duta jenama global bermula pada Musim Bunga 2018.

AMSTERDAM, 15 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp.  [NYSE: PVH], mengumumkan bahawa pemandu perlumbaan Formula Satu British dan Juara Dunia Formula Satu® sebanyak empat kali Lewis Hamilton akan muncul sebagai duta jenama global baharu untuk TOMMY HILFIGER lelaki, termasuk HILFIGER COLLECTION, TOMMY HILFIGER TAILORED dan TOMMY HILFIGER Pakaian Lelaki, Seluar Dalam dan Pakaian Renang, bermula pada Musim Bunga 2018. Kerjasama itu menggambarkan komitmen strategik Tommy Hilfiger untuk membina warisan pakaian lelaki mereka yang mantap dan memacukan lagi pertumbuhan global bagi perniagaan lelaki secara keseluruhan, sekali gus membawa generasi peminat akan datang kepada jenama itu.

Siaran berita ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20180315005270/en/

"Saya selalu mengagumi ketahanan Lewis yang luar biasa semasa perlumbaan, serta gaya beliau yang unik ketika berada di luar trek, yang menggambarkan mengenai generasi baharu Tommy Guys," kata Tommy Hilfiger. "Beliau telah membina karier beliau yang luar biasa sebagai seorang pemandu lumba dengan penuh semangat, dedikasi dan usaha gigih -- nilai-nilai yang saya hayati ketika mewujudkan jenama saya. Kami mempunyai sejarah dengan Formula Satu, dan kerjasama ini membina di atas warisan kerjasama kami di dalam dunia sukan bermotor."

Pencapaian kerjaya Lewis Hamilton telah meletakkan beliau di dalam satu kumpulan atlet global yang elit, dan beliau dianggap sebagai seorang daripada pemandu Formula Satu yang terbaik di dalam sejarah. Beliau memegang rekod untuk kedudukan petak pertama yang  paling banyak sepanjang masa, mata kerjaya dan kemenangan yang paling banyak di litar yang berbeza. Beliau telah memenangi sekurang-kurangnya satu Grand Prix pada setiap musim yang beliau sertai. Lewis Hamilton berhubungan dengan lebih 17 juta orang peminat melalui saluran media sosial beliau yang mempunyai jangkauan luar biasa, menawarkan kepada penonton beliau dengan aksi sepintas lalu mengenai keadaan di balik tabir ke dalam dunia perlumbaan Formula Satu dan kehidupan peribadi beliau.

"Saya percaya di dalam kekuatan fesyen dan inovasi untuk meraikan identiti tersendiri dan menyimpang daripada kebiasaan, seperti Tommy Hilfiger," kata Lewis Hamilton. "Reka bentuk Tommy memberi inspirasi kepada saya untuk berani di dalam setiap pakaian yang saya pakai di luar trek perlumbaan, dengan menzahirkan kreativiti dan gaya eklektik saya dengan penuh keyakinan. Acara-acara eksperiensial TOMMYNOW beliau yang berinovatif  adalah lain daripada yang lain, dan saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan jenama yang berwawasan ini."

Kempen lelaki bersepadu itu dirakamkan oleh Mikael Jansson di Pocono Raceway, yang juga dikenali sebagai Tricky Triangle, di Pennsylvania, Amerika Syarikat dan akan menembusi peringkat global pada Musim Bunga 2018. Ia menampilkan mempunyai iklan acah video yang eksklusif, cetak, dalam talian dan keluar dari penempatan media kediaman, dan akan disokong oleh pengaktifan pengguna unik yang terus membawa perspektif unik jenama itu pada budaya pop sehingga kepada kehidupan di seluruh dunia. Kempen TOMMY HILFIGER lelaki akan berjalan bersama-sama dengan pengiklanan jenama itu bagi wanita berdedikasi, yang menampilkan duta jenama pakaian wanita global dan supermodel antarabangsa Gigi Hadid. Kempen itu disatukan apabila Lewis Hamilton dan Gigi Hadid membawa sebuah kereta Mercedes-AMG GT S di Pocono Raceway, dan mencatatkan pemanduan pertama mereka bersama-sama di sekitar trek dalam sebuah rakaman video kamera papan pemuka, yang diarahkan oleh Matt Baron, yang menunjukkan reaksi mereka terhadap kemahiran pemanduan rakan mereka.

Penawaran TOMMY HILFIGER lelaki Musim Bunga 2018 meraikan kecintaan Tommy Hilfiger terhadap sukan bermotor, di mana kelajuan dan kedekatan disatukan dengan sentuhan nostalgia vintaj. Koleksi itu, yang dipaparkan pada TOMMYNOW "DRIVE" semasa Minggu Fesyen Milan pada 25 Februari, memberi anggukan kepada krew pit perlumbaan Formula Satu, dengan pakaian kerja dan satu tumpuan yang kuat terhadap denim. Gaya jalanan dilahirkan daripada bentuk-bentuk ikonik, warna yang garang dan grafik yang diperkemaskan. Melihat kepada budaya automobil tradisional Amerika, pakaian dicipta semula untuk satu koleksi yang memenuhi keperluan gaya hidup pantas pada hari ini.

Warisan jenama TOMMY HILFIGER berkait rapat dengan bekerja dengan budaya pop dan ikon sukan. Pada tahun 1990-an, Hilfiger merupakan satu daripada pereka yang pertama yang menggabungkan fesyen dan selebriti, dan beliau menjadi seorang perintis dalam industri itu dengan mengenakan pakaian kepada artis muda seperti Aaliyah, Mark Ronson dan Usher; dan menampilkan pemuzik seperti David Bowie dan Beyoncé di dalam kempen pengiklanannya. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Tommy Hilfiger telah mewujudkan perkongsian yang memberikan inspirasi dengan juara tenis antarabangsa Rafael Nadal, supermodel antarabangsa Gigi Hadid, dan pasangan pemuzik/ pengeluar The Chainsmokers yang telah memenangi anugerah, sekali gus mencerminkan komitmen beliau untuk memperluaskan jangkauannya dan berhubungan dengan generasi pengguna akan datang. Tommy Hilfiger juga mempunyai sejarah dengan Formula Satu, yang paling terbaru mengumumkan satu perkongsian strategik bertahun-tahun sebagai Rakan Pakaian Rasmi untuk Juara Dunia sebanyak empat kali Mercedes-AMG Petronas Motorsport. Jenama itu sebelum ini telah menaja pasukan Lotus Formula One dari tahun 1991 hingga 1994, dan merupakan jenama bukan automotif yang pertama untuk menaja pasukan Formula Satu Ferrari, termasuk pakaian seragam yang dicipta oleh pereka dirinya sendiri, pada tahun 1998.

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER and TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan pereka gaya hidup berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki yang disesuaikan yang berkualiti tinggi dan pakaian sukan, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk pelengkap gaya hidup seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian sukan (golf dan renang), stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.
Dengan sejarah yang menjangkau lebih 135 tahun, PVH telah mencatatkan kecemerlangan di dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang kaya, untuk menjadi satu daripada syarikat pakaian yang terbesar di dunia. Kami mempunyai lebih 35,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan lebih $8 bilion dalam pendapatan tahunan. Kami memiliki jenama ikonik CALVIN KLEINTOMMY HILFIGERVan HeusenIZOD, ARROWSpeedo*Warner’s and Olga , dan juga jenama intim True & Co.  yang sentrik digital, dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenama ini dan jenama lain yang terkenal yang dimiliki dan dilesenkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20180315005270/en/

Hubungi

Tommy Hilfiger
Baptiste Blanc, +31 62904 2334
Pengarah Kanan, Perhubungan Global
baptiste.Blanc@tommy.com
atau
Lewis Hamilton
Emma Philpott, +44 74924 49969
Ketua Antarabangsa bagi Hiburan dan Sukan
Emma.Philpott@purplepr.com

Sumber : Tommy Hilfiger

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.