ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  FASILITI KESIHATAN DI DAERAH KULAI JAYA, JOHOR

Monday 19/03/2018



KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Media sosial baru-baru ini telah ditularkan dengan kenyataan tidak benar berkenaan kekurangan fasiliti kesihatan di daerah Kulai Jaya di negeri Johor. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menafikan kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa Kementerian ini sentiasa komited memastikan setiap rakyat di negara ini menerima perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti. 

Buat masa ini, dalam daerah Kulai Jaya telah wujud fasiliti-fasiliti Kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan. Antara fasiliti-fasiliti berkenaan adalah seperti berikut :

1 Hospital Daerah
 
1Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun IbrahimHospital Temenggong Seri
Maharaja Tun Ibrahim, 81000 Kulai
Kulai JayaJohor


11 Klinik Desa dan 2 Klinik Kesihatan
 
1Klinik Desa Air BembanBatu 25 Jalan Air HitamKulai JayaJohor
2Klinik Desa Felda Bukit PermaiJalan Sekolah KulaiKulai JayaJohor
3Klinik Desa Felda Bukit BatuJalan Klinik, KulaiKulai JayaJohor
4Klinik Desa Felda InasJalan Titiwangsa KulaiKulai JayaJohor
5Klinik Desa Kampung BahagiaJalan Mawar Kg BahagiaKulai JayaJohor
6Klinik Desa Kampung Bukit BatuBatu 28 Jalan Air HitamKulai JayaJohor
7Klinik Desa Kelapa SawitJalan Kelapa SawitKulai JayaJohor
8Klinik Desa SalengBatu 17 Jalan Air HitamKulai JayaJohor
9Klinik Desa SedenakBtu 24 Lorong 4Kulai JayaJohor
10Klinik Desa SenaiBatu 13 Jalan Air HitamKulai JayaJohor
11Klinik Desa Ulu ChohKg Ulu ChohKulai JayaJohor
12Klinik Kesihatan KulaiJalan Pejabat Kerajaan,
Kulai, Kulaijaya
Kulai JayaJohor
13Klinik Kesihatan Kulai BesarBatu 19 Jalan Air Hitam,
Kulaijaya
Kulai JayaJohor


5 Klinik 1Malaysia
 
1Klinik 1Malaysia Taman ManisNo. 392, Jalan Manis 17,
Taman Manis Kelapa
Sawit
Kulai JayaJohor
2Klinik 1Malaysia Taman Putri2635-S, Jalan Sri Puteri
8/2, Taman Putri
Kulai JayaJohor
3Klinik 1Malaysia RTC Kulai Jaya Kulai JayaJohor
4Klinik 1Malaysia Taman Saleng Indah Kulai JayaJohor
5Klinik 1Malaysia Bandar Putra Kulai JayaJohor
 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan semasa rakyat di negara ini termasuk mempertimbangkan pembinaan fasiliti kesihatan yang baharu bergantung kepada keperluan perkhidmatan tambahan yang diperlukan serta jumlah pesakit yang hadir pada fasiliti-fasiliti kesihatan sedia ada.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.