ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  HAINAN KINI AKAN MENAWARKAN KEMASUKAN PERJALANAN BEBAS VISA 30 HARI UNTUK 59 BUAH NEGARA

Friday 20/04/2018



---- Jadikan Sanya sebagai destinasi pelancongan anda yang seterusnya dan menikmati tempat yang indah ini!

SANYA, China, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 18 April, Kementerian bagi Keselamatan Awam China dan Pentadbiran Imigresen Negara telah mengadakan satu sidang akhbar untuk mengumumkan pengikatan penting bahawa, mulai 1 Mei 2018, rakyat dari 59 buah negara akan menikmati akses bebas visa selama 30 hari ke Pulau Hainan. Dasar baharu itu merupakan satu usaha untuk menyokong inisiatif pembaharuan dan pembukaan pulau itu.

59 buah negara yang boleh menikmati akses bebas visa ke Hainan termasuk:

Rusia, United Kingdom, Perancis, Jerman, Norway, Ukraine, Itali, Austria, Finland, Belanda, Denmark, Switzerland, Sweden, Sepanyol, Belgium, Republik Czech, Estonia, Greece, Hungary, Iceland, Latvia, Lithuania, Luxemburg, Malta, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Ireland, Cyprus, Bulgaria, Romania, Serbia, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Macedonia, Albania, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Mexico, Argentina, Chile, Australia, New Zealand, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Malaysia, Thailand, Kazakhstan, Filipina, Indonesia, Brunei, Monaco, Belarus, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.

Di bawah dasar baharu itu, sama ada kumpulan mahupun orang perseorangan dari 59 buah negara ini boleh melawat Wilayah Hainan selama 30 hari tanpa visa selagi mereka menempah lawatan mereka melalui agensi-agensi pelancongan yang didaftarkan di Wilayah Hainan dan diluluskan oleh Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China.

Sanya terletak di bandar raya paling selatan di Pulau Hainan dan dikenali sebagai "Hawaii China." Iklim bagi pulau ini sangat nyaman pada sepanjang tahun, sekali gus menjadikannya satu tempat yang popular untuk pelancong yang ingin melarikan diri daripada kehidupan bandar raya yang sibuk atau hanya sekadar mahu mencari tempat untuk berehat di tepi pantai yang mengagumkan yang dapat ditemui di sepanjang pulau itu. Apa yang menjadikan tempat ini sebagai sebuah destinasi yang luar biasa dan unik di China adalah budayanya yang kaya dan daya tarikan sensasi yang hanya dapat dialami di Sanya. Pelancong dapat melihat diri mereka menghabiskan masa seharian berjalan di sepanjang pantai yang indah dan pada hari seterusnya, menerokai dan bertemu dengan penduduk asli di hutan hijau yang subur di bandar raya itu.

Pelancong kini boleh mengambil kesempatan daripada akses baharu dan mudah itu untuk ke Sanya, China, satu daripada destinasi yang paling terkenal di China. Temui banyak daya tarikan yang indah di Sanya dan lihat diri anda menerokai landskapnya yang indah dan bertemu dengan penduduk tempatan yang menawan yang tinggal di tempat yang sangat indah ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai destinasi yang menakjubkan ini, sila layari:  

Laman web: http://en.sanyatour.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sanya.China/
Twitter: https://twitter.com/VisitSanya
Instagram: https://www.instagram.com/visit_sanya/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/15158623/

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180419006200/en/

Hubungi
Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya
Cherry Yu, 0086-15359868821
info@sanyatour.gov.cn

Sumber: Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.