ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BANK ISLAM, PETRONAS DAN SJPP METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BAGI MEMBANTU VENDOR PETRONAS MELALUI PROGRAM PEMBIAYAAN VENDOR PKS

Monday 07/05/2018



Table

Kapsyen: Berdiri dari kiri ke kanan:
En. Mazuin Ismail, Timbalan Presiden Kanan, Perlaksanaan Projek & Teknologi,  PETRONAS; Puan Norliza Nawi, Pengurus Besar Kanan, Projek Korporat, PETRONAS; Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETRONAS; En. Samsudin Miskon, Timbalan Presiden,  Perolehan Kumpulan, PETRONAS; En. Abdul Rashid Abdul Hamid, Ketua Perbankan Komersial, Bank Islam; En. Chen Yin Heng, Pengurus Besar Kanan, SJPP; Datuk Zamani Abdul Ghani, Pengerusi Bank Islam; Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pegawai Utama, SJPP; En. Khairul Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam; Puan Juanita Rusmini Abdul Jalil, Pengurus Besar, SJPP; Puan Noorshiha Mohammad, Penolong Pengurus Besar, SJPP. 


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (“MOU”) dengan Petroliam Nasional Berhad (“PETRONAS”) dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (“SJPP”) bagi menyediakan penyelesaian kewangan kepada vendor PETRONAS melalui Program Pembiayaan Vendor PKS bertujuan untuk memberi manfaat kepada sektor Pekhidmatan serta Peralatan Minyak dan Gas (“OGSE”) tempatan.
 
Sektor PKS mencatat 97% jumlah perniagaan di Malaysia dan 65% tenaga kerja. Segmen ini menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (“KDNK”) negara sebanyak 36% dan 18% eksport Malaysia. Sehingga Mac 2018, Bank Islam telah membiaya 1,235 pelanggan PKS dengan jumlah pembiayaan kira-kira RM2.9 bilion.  Dengan hasrat untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan dan kecairan penggiat sektor OGSE, Bank Islam, PETRONAS dan SJPP berkerjasama melalui Program Pembiayaan Vendor PKS, terbuka kepada PKS tempatan yang telah mendapat kontrak dengan PETRONAS dan menepati penilaian kredit oleh Bank Islam serta kelayakan dan kriteria SJPP.
 
Menandatangani bagi pihak PETRONAS ialah Timbalan Presiden Perolehan Kumpulan, Encik Samsudin Miskon dan Bank Islam diwakili oleh Ketua Perbankan Komersial, Encik Abdul Rashid Abdul Hamid. Manakala SJPP pula di wakili oleh Pengurus Besar Kanannya, Encik Chen Yin Heng.

Majlis menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS; Encik Khairul Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam dan Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pegawai Utama SJPP.
 
Encik Khairul Kamarudin berkata, “Bank Islam telah mengambil pendekatan realistik ke arah menghasilkan produk-produk berinovasi bagi memenuhi keperluan Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”). Melalui kerjasama ini, kami dapat memberikan khidmat kepada ekonomi sebenar (real economy) yang mana ia mewakili salah satu inisatif pengantaraan berasaskan nilai (value-based intermediation) kami serta menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkatkan dan meransang pertumbuhan perniagaan PKS di negara ini. Kami juga komited untuk memberi khidmat kepada perusahaan-perusahaan besar serta masyarakat, lantas menyumbang kepada ketahanan ekonomi dan kesejahteraaan sosial.”
 
Timbalan Presiden Kanan, Pelaksanaan Projek & Teknologi, PETRONAS, Encik Mazuin Ismail berkata, “PETRONAS memulakan kerjasama ini sebagai sebahagian daripada langkah yang diambil untuk mengekalkan ketahanan sector OGSE Malaysia.  Kami menghargai kerjasama yang dibuat dengan Bank Islam dan SJPP dan kami percaya ia akan mengurangkan cabaran yang dihadapi oleh vendor OGSE.”
 
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, SJPP, sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, akan bertindak sebagai penyedia jaminan kredit. SJPP akan menyokong program ini dengan menyediakan lebih dari 70 peratus jaminan kredit kepada vendor-vendor PKS OGSE yang layak untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan. Sebagai rakan kerjasama, peranan PETRONAS adalah untuk mempromosikan kemudahan pembiayaan ini kepada vendor PKS mereka, di samping mengesahkan kontrak dan maklumat vendor. 
 
Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pegawai Utama, SJPP berkata, “Kerajaan komited membantu perniagaan-perniagaan PKS dan telah menyediakan bantuan secara berterusan dalam membangunkan PKS melalui pelbagai inisiatif, produk dan perkhidmatan, termasuk skim jaminan Kerajaan yang diurus oleh SJPP. Sehingga kini, sebanyak 15,780 PKS telah menerima manfaat daripada pelbagai skim di bawah SJPP. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana institusi kewangan dan pihak-pihak lain yang boleh menepati mandat kami untuk membantu sebanyak mungkin penggiat pasaran PKS kerana industri PKS disasarkan untuk menyumbang 41% kepada ekonomi negara menjelang tahun 2020 seperti yang dinyatakan dalam Pelan Induk PKS.
 
Bank Islam komited untuk menjadi sebahagian dari ekosistem kewangan dalam menyediakan penyelesaian kewangan kepada vendor OGSE. Kami berminat menyediakan pilihan pembiayaan kepada para vendor, sebagai salah satu daripada pelbagai cara yang boleh menambah nilai kepada sektor ini. Pihak Bank amat berbangga dengan pendekatan inovatifnya terhadap perkhidmatan pelanggan dengan menawarkan liputan rangkaian dan keupayaan yang paling luas untuk menyokong keperluan sektor OGSE. Program ini juga membantu promosi produk sedia adanya terutama kemudahan pembiayaan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan PKS untuk perolehan dan kontrak khusus mereka.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bankislam.com.my
  
Mengenai Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad, anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad ditubuhkan pada 1983 sebagai Bank Islam pertama di Malaysia. Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 147 cawangan dan lebih daripada 1100 terminal layan diri di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan kewangan masyarakat Malaysia umumnya, Bank Islam menawarkan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan orang Islam dan bukan Islam. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam, sila lawati www.bankislam.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03-26 900 900.
 
Mengenai PETRONAS

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) merupakan syarikat minyak dan gas bersepadu negara yang tersenarai di antara syarikat minyak dan gas terbesar di dunia dalam FORTUNE Global 500®. Menjalankan perniagaan teras kami dalam sektor Huluan dan Hiliran, kami sentiasa berusaha dan berterusan mengharungi pelbagai cabaran demi memastikan bekalan minyak dan gas mencukupi demi memenuhi keperluan pengguna. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami menyumbang terhadap kesejahteraan masyarakat dengan menambah nilai ke atas sumber-sumber minyak dan gas dengan mengambil kira aspek keseimbangan komersil, persekitaran dan sosial.
 
Mengenai SJPP

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. SJPP berperanan untuk mentadbir dan mengurus pelbagai skim jaminan Kerajaan, antaranya Skim Jaminan Modal Kerja, Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri, Skim Jaminan Modal Kerja Rancangan Malaysia ke-10, Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan dan banyak lagi. Maklumat lanjut berkenaan SJPP boleh didapati melalui laman sesawang di www.sjpp.com.my. Prokhas Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan telah diberi mandat untuk menguruskan operasi harian SJPP. 

Sumber : Bank Islam Malaysia Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bank Islam Malaysia Berhad 
Nama : Wan Norkhairi Wan Samad
Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan 
Bank Islam Malaysia Berhad
Tel : 03-2782 1232 / 019-339 4491
Faks : 03-2781 2998
Emel : wnorkhairi@bankislam.com.my
Web : www.bankislam.com.my

Nama : Omar Atin
Penolong Timbalan Presiden
Hubungan Media & Editorial, Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad
Tel : 03-2781 2943 / 019-391 9144
Faks : 03-2781 2998
Emel : omar@bimbholdings.com
Web : www.bimbholdings.com

PETRONAS
Nama : Joseph Edwin 
Pengurus Besar
Perhubungan Media
Komunikasi Strategik Kumpulan  
PETRONAS
Tel : 03-2331 4028 / 012 287 9034
Emel : joseph_edwin@petronas.com.my

Nama : Azeman Said 
Pengurus Kanan
Perhubungan Media
Komunikasi Strategik Kumpulan 
PETRONAS
Tel :   03-2331 7437 / 013-3311 699
Emel : azeman_said@petronas.com.my

SJPP
Nama : Noorshiha Mohamad
Ketua, Pengurusan Skim Jaminan
Tel :  03-2096 5186 / 016-3843696 
Emel : nsm@prokhas.com.my

Nama : Faridah Abd Wahab
Ketua, Komunikasi Korporat 
Tel :  03-2096 5080 / 012-2126151
Emel : faw@prokhas.com.my

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.