PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Ogos 15, 2018 -Rabu

 
  NEURALSTEM MENYEDIAKAN KEMAS KINI PERNIAGAAN DAN MELAPORKAN HASIL FISKAL SUKU PERTAMA 2018

Wednesday 16/05/2018



GERMANTOWN, Md., 16 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang memfokus pada pembangunan terapi sistem saraf berasaskan teknologi sel induk saraf, menyediakan kemas kini perniagaan dan melaporkan hasil kewangannya untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2018.

“Kami kekal komited kepada pembangunan NSI-566, calon terapi sel stem utama kami dan berharap untuk melengkapkan pembedahan pertama dalam kohort kedua ujian klinikal Fasa 1 berterusan kami untuk pesakit dengan kecederaan saraf tunjang kronik,” kata Rich Daly, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif. “Kami dijangka memulakan ujian klinikal untuk NSI-566 dalam strok kronik di China dan telah menyasarkan pertengahan 2018 untuk memulakan pengedosan. Kami terus menjalankan pembangunan untuk NSI-189, calon molekul kecil utama kami untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan berharap untuk bertemu dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. pada separuh tahun kedua 2018 untuk merumuskan laluan pembangunan klinikalnya. Kami percaya bahawa NSI-189 mungkin menawarkan faedah kognitif, sebagai tambahan kepada kesan antidepresan, yang akan membezakannya daripada rawatan diluluskan untuk MDD yang lain.”

Serlahan Klinikal untuk Program Klinikal Utama

NSI-566, adalah titisan sel stem saraf terbitan saraf tunjang yang telah dinilai untuk merawat lumpuh yang berkaitan dengan strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI). NSI-566 merupakan calon terapi sel stem utama Neuralstem.
  • Neuralstem mengumumkan hasil daripada kajian yang diterbitkan dalam Annals of Clinical and Translational Neurology dalam manuskrip yang bertajuk “Dapatan Transplantasi Sel Stem Fasa 1/2 Jangka Panjang dalam Sklerosis Lateral Amiotrofik” yang menyokong potensi sel stem neural daripada saraf tunjang (HSSC) transplan untuk menstabilkan fungsi pesakit ALS. Kajian ini menilai kesan transplan HSSC dalam dapatan fungsian, seperti yang diukur menggunakan skala ALSFRS-R dan pada statistik komposit yang menggabungkan dapatan fungsian dan kemandirian. Hasil yang dinilai dengan kawalan yang dipadankan daripada dua set data terdahulu menunjukkan skor ALSFRS-R yang lebih baik pada 24 bulan, serta skor komposit fungsian/kemandirian dalam subjek yang menerima HSSC. Skala Penilaian Fungsian ALS-Dipinda (ALSFRS-R) ialah borang soal selidik sah yang menilai fungsi fizikal dalam menjalankan aktiviti kehidupan harian (ADLs). Manuskrip ini telah diterbitkan pada 3 Mei 2018.
     
  • Pada 28 Mac, Neuralstem telah melengkapkan pembedahan pertama menggunakan sel stem saraf terbitan saraf tunjang NSI-566, dalam ujian klinikal Fasa 1 kohort kedua kecederaan serviks untuk pesakit dengan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI). Pesakit dalam kohort ini termasuklah pesakit kecederaan lengkap dengan tiada fungsi motor atau deria di bawah kecederaan. Ujian klinikal sedang dijalankan di University of California San Diego, Bahagian Neurosurgeri. Ujian klinikal diperluaskan untuk memasukkan kohort baharu empat pesakit yang layak dengan AIS-Kecederaan serviks lengkap, bersifat kuadriplegia yang melibatkan C5-C7 saraf tunjang mereka, selepas hasil yang menggalakkan dapat dilihat dengan kohort pertama. Ujian klinikal menilai keselamatan dan kebolehlaksanaan menggunakan sel stem saraf terbitan saraf tunjang NSI-566 untuk memperbaiki cSCI. 
NSI-189, benzylpiperazine-aminopyridine, dalam pembangunan klinikal untuk MDD dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.
  • Pada separuh kedua 2018, Neuralstem merancang untuk bertemu dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. untuk membincangkan laluan pembangunan klinikal untuk NSI-189 dalam kecelaruan kemurungan major.
Hasil Kewangan untuk Suku Berakhir 31 Mac 2018

Kedudukan dan Kecairan Wang:  Wang dan pelaburan adalah $9.7 juta pada 31 Mac 2018 berbanding $11.7 juta pada 31 Disembar 2017.  Pengurangan $2.0 juta menunjukkan $2.1 juta kerugian untuk tempoh diselaraskan untuk item bukan tunai tertentu termasuklah $240,000 pampasan berdasarkan saham, $190,000 perolehan hasil daripada perubahan dalam nilai saksama waran terhad liabiliti kami dan $180,000 aliran tunai bersih yang berkaitan dengan perubahan dalam aset dan liabiliti operasi kami.

Kerugian Operasi: Kerugian operasi untuk suku berakhir 31 Mac 2018 ialah $2.3 juta berbanding kerugian $4.2 juta untuk tempoh yang sama pada tahun 2017.  Pengurangan dalam kerugian operasi untuk setahun terutamanya disebabkan oleh pengurangan perbelanjaan percubaan klinikal dan kos berkaitan disebabkan oleh pelengkapan percubaan klinikal Fasa 2 NSI-189 Syarikat dicampur dengan pengurangan kakitangan, kemudahan dan perbelanjaan berkaitan disebabkan usaha penstrukturan korporat dan usaha pengurangan kos yang berterusan kami.

Kerugian Bersih:  Kerugian bersih untuk suku berakhir 31 Mac 2018 ialah $2.1 juta, atau $0.14 per syer, berbanding kerugian $7.6 juta, atau $0.68 per syer, untuk tempoh yang sama pada tahun 2017.  Pengurangan dalam kerugian bersih disebabkan terutamanya oleh pengurangan dalam perbelanjaan operasi dan caj bukan tunai yang berkaitan dengan perubahan dalam nilai saksama waran terhad liabiliti dan perbelanjaan pendorong waran pada tempoh 2017 disamping pengurangan perbelanjaan bunga yang berkaitan dengan hutang jangka masa panjang yang matang pada April 2017.

Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan: Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan $1.2 juta untuk suku berakhir 31 Mac 2018 mewakili $1.7 juta, atau pengurangan 60% daripada perbelanjaan untuk tempoh yang sama pada tahun 2017.  Pengurangan ini disebabkan terutamanya oleh $1.1 juta pengurangan dalam percubaan klinikal dan kos berkaitan disebabkan oleh pelengkapan percubaan klinikal Fasa 2 NSI-189, $200 ribu pengurangan dalam perbelanjaan kakitangan dan kemudahan kami disebabkan usaha penstrukturan korporat dan usaha pengurangan kos yang berterusan kami dan $310 ribu pengurangan dalam perbelanjaan pampasan berdasarkan saham bukan tunai kami.

Perbelanjaan Umum dan Pentadbiran:  Perbelanjaan umum dan pentadbiran $1.2 juta untuk suku berakhir 31 Mac 2018 mewakili $150 ribu, atau 11% pengurangan daripada untuk tempoh yang sama pada tahun 2017.  Pengurangan ini disebabkan terutamanya oleh $140 ribu pengurangan dalam gaji dan kos berkaitan dicampur dengan $50 ribu pengurangan dalam perbelanjaan perkhidmatan perundingan dan profesional disebabkan oleh usaha penstrukturan korporat dan usaha pengurangan kos, sebahagiannya oleh $20 ribu peningkatan dalam perbelanjaan pampasan berdasarkan saham bukan tunai.

Kecairan: Syarikat menjangka tunai, kesamaan tunai dan pelaburan jangka masa pendek sedia ada untuk membiayai operasi berdasarkan rancangan operasi semasa kami, ke suku pertama tahun 2019.


Neuralstem, Inc.
Unaudited Condensed Consolidated Balance Sheets

http://mrem.bernama.com/nteprimages/Table1(31908).jpg

Neuralstem, Inc.
Unaudited Condensed Consolidated Statements of Operations and Comprehensive Loss

http://mrem.bernama.com/nteprimages/Table2(31908).jpg



Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Berpandangan Ke Hadapan:
Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunannya pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017 dan Laporan Sukuannya pada Borang 10-Q untuk tiga bulan yang berakhir pada 31 Mac 2018, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
neuralstem@argotpartners.com 

SUMBER : Neuralstem, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.