ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  CHANGCHUN BERUSAHA KE ARAH PUNCA PENDAPATAN SUKAN MEMBINA GAYA HIDUP SIHAT RAKYAT

Friday 18/05/2018

AsiaNet 73600

CHANGCHUN, China, 18 Mei, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Marathon Antarabangsa Changchun 2018 akan diadakan di Changchun, ibu negara bagi Wilayah Jilin pada 27 Mei. Lebih daripada tiga puluh ribu peminat sukan tempatan dan dari luar negara akan berlari di jalan-jalan di bandar raya itu, menurut Kerajaan Perbandaran Changchun. Ini adalah satu detik penting di dalam usaha Changchun berhubung punca pendapatan sukan yang boleh ditulis ke dalam laporan kerja kerajaan bagi bandar raya itu. Semakin ramai rakyat menikmati gaya hidup yang sihat melalui pelbagai aktiviti kecergasan bertaraf kebangsaan.

Changchun terletak di timur laut China. Disebabkan oleh sumber air batu dan salji mereka yang unggul dan persekitaran yang sesuai untuk didiami, ia adalah merupakan satu daripada dua bandar raya di China yang melahirkan ramai juara Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Jabatan sukan di Changchun telah terus menerus menerokai cara-cara untuk menggalakkan sukan secara besar-besaran dengan sukan yang mempunyai persaingan. Hasil yang baik diperolehi selepas perundangan kerajaan dan peningkatan pelaburan. Dikatakan bahawa 70% daripada pendapatan tahunan Changchun digunakan untuk penghidupan rakyat dan manfaatnya semakin berkembang.

Changchun mempunyai pangkalan industri automobil dan pangkalan pengeluaran filem yang paling awal di China. Ia juga merupakan tempat bermulanya kenderaan kereta api, teknologi optoelektronik, kimia gunaan, produk biologi dan sebagainya. Pada masa ini, Changchun menjadi sebuah pusat bandar raya serantau di Timur Laut Asia untuk mempercepatkan pemulihan Timur Laut China. Pada tahun ini, ekonomi Changchun terus mempunyai trend pembangunan yang mantap dan pantas. Jumlah amaun KDNK pada suku pertama bagi bandar raya itu adalah 118 bilion 130 juta yuan, meningkat 7% daripada tempoh yang sama, dan kadar pertumbuhan adalah 0.2 mata peratusan lebih tinggi daripada keseluruhan negara itu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Changchun telah melakukan usaha ke arah mata pencarian sukan rakyat yang diberi nama "Changchun Yang Sihat, Sukan Diutamakan". Akibatnya, kesedaran kecergasan, kualiti fizikal dan kualiti hidup bagi penduduk di situ telah meningkat dengan ketara. Menurut statistik, populasi sukan di bandar raya itu telah melebihi 51%. Sesiapa sahaja di mana jua di Changchun boleh menemui sebuah tapak kecergasan dalam sekitar 8 minit dengan berjalan kaki. Terdapat pengurus-pengurus sukan khas di dalam komuniti itu. Kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah yang luas untuk rancangan pembinaan kemudahan negara itu. Orang ramai boleh menempah tempat sukan dan mencari rakan kecergasan melalui rangkaian itu. Amalan di Changchun itu telah dipanggil "model Changchun" oleh WHO, yang menyediakan amalan dan rujukan yang berguna untuk kerja transformasi daripada "kuasa sukan" kepada "kuasa sukan" di China.

Changchun telah disenaraikan sebagai bandar raya paling bahagia di China selama 10 tahun berturut-turut, dan juga dikenali sebagai "bandar raya paling berperikemanusiaan di China". Festival ski merentas desa antarabangsa Vasaloppet, yang juga dikenali sebagai "maraton salji", telah diadakan di sini selama 16 tahun. Dan maraton bandar raya itu berjaya diadakan buat kali pertama pada tahun lalu, di mana pelari-pelari telah kagum dengan pemandangan semula jadi yang indah, persekitaran kemanusiaan yang menggalakkan dan semangat bertamadun bagi rakyat Changchun. Pada tahun ini, lebih daripada 30,000 kuota Maraton Antarabangsa Changchun telah diambil dalam tempoh 5 hari.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Changchun 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.